KBBA Bloggers Day Di Zoo Negara... Happy Birthday PANDA!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, AJ dan rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari (KBBA) telah menyerang Zoo Negara...
Riuh rendah jadinya Zoo Negara pagi Ahad tu..... Hehehhhee...
Ini merupakan kali kedua AJ menjejakkan kaki ke Zoo Negara bile dah besar panjang ni...
Tapi excited dia tetap mengalahkan kanak-kanak! Hahahhahaha....

Seawal jam 9 pagi, kami semua mula berkumpul di sana untuk urusan pendaftaran....
Selesai urusan pendaftaran dan pembahagian kumpulan kami bergambar dulu di pintu masuk utama Zoo Negara...
Blogger diletakkan di bawah Kumpulan Panda, manakala ahli keluarga lain dibahagikan dalam Kumpulan Tiger dan Hornbill....


First kami dibawa ke Butterfly Garden....


"Seumpama rama-rama...
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan...
 Aman damai suka-suka,
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama......"

-Rama-Rama : Ella-


Nah Queen Rama-Rama! Ihiks.. =P


Kan dah ternyanyi lagu Ella... Hehehhehe...
Kat sini bermacam-macam jenis, warna dan corak rama-rama ade....
Ralit sekejap tengok sang rama-rama yang berterbangan.....
Lensa kamera AJ pun berpusing-pusing la nak capture rama-rama tu... Hehhhehehe...

Selepas itu kami dibawa pula tengok pelbagai spesis ungka, siamang, memerang dan tour di Hornbill Centre mengenali beberapa spesis burung Kenyalang ni.....
Baru AJ tau burung Kenyalang ni ade banyak jenis....
Ingatkan sejenis je... Yelah rupa semua lebih kurang nak sama tapi ade beza.....


Selepas itu kami dibawa ke Tuanku Abdul Rahman Aquarium untuk melihat pula pelbagai spesis ikan.....
Banyak juga ye keluarga ikan... Macam-macam jenis dan nama ade...
Ade juga yang AJ tak penah dengar dan tak penah pun kewujudannya.... Hehehheheh.....

UjiMinda : Kenal tak ikan ape kat atas-atas ni??

Masa nak ke akuarium tu, ternampak pulak peguin...
Alahaiiii... Comel sunggguh terkedek-kedeknya penguin tu! =D

 Hello Pingu!

Dan lepas tu, masa yang ditunggu-tunggu....
Animal Show di Zoo Negara Show Amphitheatre!!!!
Kat situ kami dihiburkan dengan persembahan dari Burung Kakak Tua, Singa Laut, Burung Flamingo dan sebagainya....
Terhibur sungguh tengok keletah dan gelagat haiwan-haiwan yang comel dan bijak....
Big applause buat trainer yang telah berjaya melatih mereka ni.. =D


Seterusnya kami dibawa menaiki tram ke Wild Life Park Restaurant untuk menjamu selera... Nyum nyum...
Terima kasih Food Panda kerana sudi menaja hidangan makanan tengah hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari....
Sambil makan tu, ade lucky draw.... AJ macam biaselah...
Bile tang lucky draw memang tak berepa nak lucky...
Tahniah buat mereka-mereka yang bertuah ye....


Selepas makan kami dibawa ke Bee Museum tengok lebah dan merasa sendiri madu asli yang fresh dari sarang lebah tu tau....
Manis je rasa.... =D
Patut lelaki selalu cakap "Manisnya MADU!" Ehhh! =P


Dalam perjalanan nak tengok Panda, kami dibawa melalui Savannah Walk melihat Zirafah, Zebra, Seladang, Badak, Unta dan lain-lain...



Kami juga dibawa ke Orang Utan Center dimana orang utan dan spesis "monkey" ditempatkan....
Ade sekor tu kan, kemain pandai lagi posing bile kite nak amik gambar tau... Hehehhehehe.....


Kemuncak acara kami dibawa ke Giant Panda Conservation Center untuk melihat sendiri Panda...


Yelah bukan senang nak tengok Panda since Panda ni cuma ade kat Negara China je kan.....
 Kami sangat berbesar hati kerana diberi peluang tengok Panda dan juga menyambut Hari Kelahiran Panda yang ke 9 tahun!


Kali ni, kami hanya dapat tengok Xian-Xian aka Fu Wa sekor je...
Yelah Liang-Liang aka Feng Yi kan dikuarantinkan selepas melahirkan anak beberapa hari sebelum sambutan Hari Lahir Giant Panda ni....
Apapun AJ nak ucapkan Happy Birthday yang Ke 9 buat Fu Wa dan Feng Yi!!

Selfie Panda! Hahahhaha...

Last sekali free and easy activity....
Sempat jugaklah kami pusing habis 1 Zoo Negara tengok semua haiwan yang ada....
Gajah, Badak Air, Harimau semua...
Tapi tak dapat nak tengok Buaya je sebab tempat buaya tu tengah renovation...
Buaya Darat banyak! Hahahahha.... =P

AJ memang enjoy habis dengan KBBA Bloggers Day Di Zoo Negara ni...
Excited dan seronoknya mengalahkan bebudak okay!
Dikesempatan ni AJ nak ucapkan terima kasih kepada Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda, Wild Life, Curves kerana menaja outing kami pada kali ini..
Tak lupa juga kepada pihak media dari Bernama dan Kosmo....
Dan juga kepada AJK Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertungkus lumus bagi melancarkan perjalanan Bloggers Day ni....
Terima Kasih semua.... Lain kali jangan lupa panggil AJ join lagi tau!


P/s : Nanti nak bawak anak buah AJ pulak  pegi Zoo Negara...

Baca Selanjutnya »

Review : SkinSoul Natural Volume Attack Mascara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tadaaaaa... Review lagi!!!!
Kali ni AJ nak review Natural Volume Attack Mascara dari SkinSoul....
Seriously AJ memang suka gila dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni....
Mascara yang sangat unik dan boleh memanjangkan bulu mata secara semulajadi....
Tak percaya? Baca bawah ni dan kemudian korang boleh tengok sendiri AJ cuba... =D


Keunikan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara

1. 100 bebas paraben dan prostagladin.

2. Tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh mengganggu pandangan mata.

3. Diperbuat dari bahan organik, ekstrak mulberry semulajadi yang terkenal dalam bertindak menyuburkan, menguatkan dan melentikkan bulu mata. 
Ianya anti-oksidan bertindak melindungi folikel bulu mata dari sebarang kerosakan.

4. Terbukti mampu menggalakkan pertumbuhan dan menebalkan bulu mata dalam 8 minggu.

5. Memanjangkan dan melentikkan bulu mata dari akar ke hujung.


Kini dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara korang boleh dapat bulu mata yang lebat, lentik secara semulajadi...
Korang dah boleh ucap selamat tinggal pada bulu mata palsu, teknik pemanjangan bulu mata (extension) dan segala teknik yang menyakitkan....

AJ dah cuba sendiri dan setakat ni AJ berpuashati dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara...
Oh ya... Ianya juga tak bergumpal walaupun korang sapu berulang-ulang kali.....
Lembut je rasa berus dan mascaranya...
So far AJ baru guna lebih kurang 2 minggu.... =D
Jom tengok antara perubahan AJ sebelum dan selepas mencuba....

Bulu mata jadi sedikit lebat...

Perbezaan bile memakai mascara dan tidak memakai mascara..

Nak cuba sendiri tak?
SkinSoul Natural Volume Attack Mascara berharga RM 195 sebatang....
Boleh didapati di mana-mana outlet SkinSoul....
Jangan lupa code #SSAYUEJEAN semasa korang nak lakukan pembelian ye.....


  P/s : Cantik, menarik, kau memang Da'Boom!

Baca Selanjutnya »