Fakta Ke Auta?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam nampak fakta ni kat FB, so AJ nak share dengan korang....
AJ kan anak bongsu....
Yang tergolong dalam kategori si bongsu ni, AJ nak tanya korang..
Ini FAKTA ke AUTA????
Hehehehheheh....


Fakta AJ
 
1. Anak manja - Ye kot.... Tapi takdelah manja sangat... (Ececececehhh!) 
2. Degil - Memang ye sangat!
3. Tak pandai pujuk - Sikit-sikit tu bolehlahhhhh...
4. Cinta - Errrr.... Hahhahah.. Nampak???
5. Hati - #Garang (kawan AJ cakap AJ garang)
5. Arahan - Hahahhahaha.... Memang tak suka diarah tapi takde lah semua sendiri....
7. Pemaaf / caring - Pemaaf tu cam 50-50 depends pada situasi.... Tang tengah hangin tu, memang ye.....
Datang baran aku... SIAP!
8. Mudah bergaul - Tepat! Hahahhaa.... Tengok orang, tengok situasi...
9. Istimewa - Pandai masak?? Yang ni tak tau lah pulak...
AJ jarang masak... Kalau masak pun aku main campak-campak je jadilah lauk... =D

AJ ni ramai yang cakap jenis semua pun boleh masuk...
Orag cakap tau... Bukan AJ cakap!
Hehehehhehe....
Dan ade yang cakap AJ penasihat dan pendengar yang baik..... Iye ke?? Hmmm...

P/s : Korang anak no berapa?

Baca Selanjutnya »

Mana Datangnya Nama Ayue?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lately ni kan, banyak urusan berblog ni guna nama penuh...
So ramai yang tertanya-tanya mana datangnya nama AYUE?
Nama AJ yang sebenar memang takde sikit pun perkataan Ayue.....
Sesebut pun takde tau... =P

Nama penuh AJ, Norhamidah dan selalunya memang guna untuk urusan rasmi je...
Urusan yang lain-lain tu semua guna nickname.... =D
Bukan nak deny atau malu dengan nama sebenar (Ye nama AJ nama kampung... So what? =P), tapi AJ tak biase kalau dipanggil dengan nama sebenar...
Yelah kan dari AJ lahir, sampailah ke sekolah, tempat keje semua duk panggil AJ ni Ayue...
Kat sekolah pun tak ramai tau nama betul AJ even cikgu pun mention AJ as Ayue....
Kat ofis? Dalam email je la kot korang cari by real name...
Tapi isi kandungannye tetap mula dengan "Hi Ayue"... Hahahhaaha...

Sejarah nama AJ

Mak AJ cakap nama penuh AJ ni jiran yang bagi....
Arwah Cik Hussin namanya.... Mak pun bagi AJ nama tu sebab tak nak hampakan hati orang tua...
Tak baik kan hampakan orang, nak pulak bile orang tu dekat dengan kita kan....
Tapi nama tu tak serasi dengan AJ pulak...
Bila nama tak serasi, menangis je la kejenya kan..... Hehhehehe...
So nenek AJ panggil Ayue, terus AJ tak menangis...
Penyudahnya sampai umur AJ dah 29 tahun ni, orang kenal AJ sebagai Ayue....
 To be truth, AJ sendiri tak biasa bile ade yang mention nama penuh AJ....
Rasa janggal gila dan too formal kot....
Ade sampai 1 tahap, orang panggil nama penuh AJ boleh buat tak tau.... Hahahahahaha.....
Bukan saje taknak pandang or menyombong....
Aku sendiri lupa nama penuh! Hahahhahaha..
Apa pun tak boleh....

Ade jugak yang penah tanya.... "Kenapa tak tukar nama? dan "Kenapa tak guna nama betul?"
Buat apa AJ nak tukar nama?
Maksud nama sebenar AJ tu Yang Terpuji, bukan ade maksud yang tak elok pun..
Cuma untuk dipanggil dengan nama penuh untuk kegiatan seharian tu, memang AJ tak biase la....
So biarlah orang kenal AJ sebagai Ayue je.... Short, simple dan lebih mesra.. =D
 
So inilah kisahnya...
Pasni sape tanye je AJ suruh baca kat blog.... 
Hehehhehhe...

Tetibe nak cite pasal nama penuh kan....
Ramai sangat tanya macam mana boleh jadi Ayue...

P/s : Tak kisahlah nak panggil apa pun...
Asalkan maksudnya baik kan... =D

Baca Selanjutnya »

Mencabar IQ Geng KBBA di BreakOut!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Semalam geng Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) menggegarkan BreakOut di Nu Sentral....
Seramai 30 orang ahli KBBA berkumpul kat Nu Sentral seawal jam 9.30 pagi.....
AJ punyalah excited sampai tertinggal purse kat rumah..
Hahahhahaha.....
Nasib dalam poket ade duit nak bayar teksi... Kalau tak naya je.... =P

Breakout?? Apa tu?


Breakout merupakan sebuah outlet yang memiliki beberapa buah bilik bertema yang boleh memuatkan 2-8 orang pemain....
Di dalam bilik ini, para pemain akan diuji minda dengan klu dan petunjuk bagi membolehkan pasukan ke level seterusnya untuk melepaskan diri.....
Setiap seorang pemain diberikan peranan dan keupayaan yang boleh ditukar dengan klu ataupun jawapan sekiranya korang stuck kat mana-mana level...

Antara peranan dan keupayaan yang diberikan kepada setiap pemain :

* Light Bringer
* Oracle
* Scholar
* Time bender
* Lock master
* Healer
* Martyr
* Gemini
* Assassin
* Merchant
Mereka perlu melepasi dan penyelesaikan setiap klu yang diberikan dalam masa 45 minit sahaja....


Sebelum memulakan game, kami dibawa melihat setiap bilik yang ada.....
Setiap 1 bilik tu lain tema dan lain cabarannya.....
Dekat Nu Sentral ade 7 buah bilik kesemuanya....
Setiap 1 bilik tu, kalau tak salah AJ ade 4 stage yang perlu korang pegi... =D 




* Materia Medica
* War For Rembrandt
* Dreadnought
* The Secret Of Hocus
* testament Of Tesla
*Terraform
* Perpetual

Selepas melihat setiap bilik kitorang semua dibahagikan kepada 5 kumpulan....
AJ 1 kumpulan dengan Razi, Helena, Mar, Kak Dila dan Kak SueAida...
Sebelum memulakan permainan kami diberikan sedikit briefing dari pihak Breakout mengenai rules permainan dan task yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan....

Kumpulan AJ dapat bilik War For Rembrandt.....
Bilik yang direka seperti sebuah gerabak keretapi.....
Kitorang ni kire pemberontaklah.... Hehehhehehe.....


45 minit diberikan untuk setiap kumpulan....
Selama 45 minit tu prossesor otak pun ligat je berfikir.....
Nak selesaikan klu yang disembunyikan di setiap bende yang ada dalam bilik tu.....
Masa kat room pertama tu kitorang guna banyak jugak masa nak selesaikan.....
Aduh susah jugak rupanya.... Hahahhahaha....

Room kedua dan ketiga pulak masa yang kami gunakan agak singkat tapi memerlukan kesabaranlah nak selesaikan task untuk ke stage seterusnya.....

Room keempat pulak kami stuck... Memasing habis idea macam mana nak selesaikan....
Masa pulak makin mencemburui.... Makanya kami minta bantuan...
Hehehhehhhee....
Kitorang pilih untuk gunakan scholar untuk jawapan express.... =P
Tepat 44 minit dan 59 saat kami berjaya breakout dari bilik tersebut.....
Wahhhhhh... Terror jugak ek 1 saat sebelum habis kitorang dapat keluar.....

Dan paling best, kumpulan 1 ialah kumpulan yang pertama keluar dari Breakout room...
Yeayyyyyy!!!!!

Dalam game ni kan, apa yang penting kerjasama dari setiap ahli kumpulan...
Selain tu kecerdasan berfikir juga akan jadi advantage untuk korang lepaskan diri....

Memang syok sangat dapat join geng KBBA di Breakout.....
Nanti AJ nak plan cuba kat room yang lain pulak.... =D

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Breakout, layari :

Facebook : BreakoutMY
Instagram :  @breakoutmy #BreakOutMY 

Terima kasih kepada pihak Breakout atas kesudian menerima kunjungan ahli KBBA pada kali ni... =D

Habis je game, masing-masing bukan main sakan bergambar.....
Time ni dah tak kisah dah sape cepat dan sapa lambat...
Hehehhehehe...
Nak tengok meriah tak meriah..... Jom layan gambar kat bawah ni.....

 Kumpulan 1

Kalah kanak-kanak ribena...
Itulah KBBA.... Time main, kita main kan....
Time serius kita serius... =D

P/s : Alhamdulillah, AJ seronok duduk dalam komuniti KBBA ni...
Semoga kita semua terus success.... =D


Baca Selanjutnya »