Iphone oh Iphone!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sedih nak cite pasal iphone ni sebenarnya... Sadis sungguh cite ni... Huhuhuu..
Last 2 week AJ buat 1 permintaan...
AJ nak iphone 5 Mr.JR..
Entah kenapa tetibe rasa nak pakai iphone pulak....
Nak usung ipad kehulu kehilir besar sangat pulak kan.... =P
Last week henpon tu finally dalam genggaman AJ.... Thanks Mr.JR! Hahahhaha....


Baru beberapa hari henpon dalam tangan AJ, berlaku tragedi sadis yang membuatkan henpon tu rosak....
Waaaaaa... Bab menjahanam barang bagi kat AJ.... Settle!
Al-kisahnya hari Jumaat sebelum ke hari keluarga #KelabBloggerBenAshaari tu, AJ tunggu Helena pick up kat Sunway Putra Mall...
Sementara tunggu Helena sampai, AJ pegi toilet dulu....
Entah macam mana masa AJ step nak keluar toilet tu, AJ tergelincir sebab lantai licin....
Habis terpelanting semua barang AJ.... Termasuklah beg, henpon dan kamera.....
Nasib masa AJ bukak pintu toilet tu takde orang lain kat toilet sebelah-sebelah tu....
Kalau tak malu gile wehhh... Hahahahhaha...
Dan nasib baik juga kepala AJ tak terhantuk kat tembok tandas tu... Kalau tak, another story la pulak kan....

Malam tu, AJ tak notice apa-apa yang pelik lagi kat henpon tu....
Lagipun masa jatuh tu, takde pulak henpon tu cedera parah ke ape....
Ade pun tempered glass dia sopek sikit kat bucu bawah tu....
Esoknya tu AJ perasan ade garis-garis merah appear kat skrin dia...
Tapi still boleh guna lagi....

Masa ni dah keluar garis-garis halus warna merah, tapi tak berapa nampak sangat....

Esoknya pulak skrin tu dah start freeze dan mula bukak apps sendiri even AJ tak buat apa-apa pun....
Lepas tu misteri berterusan, bila iphone start menaip dan call contact AJ kat dalam tu...
Cite dia teruslah AJ off.... Then minta Mr.JR tolong tengokkan.....
Tapi tadi dia cakap skrin tu dah jadi makin teruk...

Patah hati tengok skrin jadi gini.. Huhuhuhhuhu....

Solution dia nak kene tukar skrin....
Waaaaaaaaaa.... Hai lah Iphone....
Why why why??????

Korang rasa kan, tukar skrin Iphone 5 berapa ek?
Nampaknya gaji nanti terpaksalah AJ labur duit dari poket Mr.JR untuk ganti skrin baru...
#Ehhhh... AJ buat jahanam, duit orang lain pulak kene keluar untuk repair... Hahahhaha...
Dahlah ko mintak henpon dia, dah rosak dia jugak kene repair... =P

Punah harapan Iphone AJ.... Ke dia nak suruh beli Iphone 6 ni??
Oh tidakkkkkk..... Takmoooo......

P/s : AJ memang spesis careless sikit... =(

Baca Selanjutnya »

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari Meriah!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas merupakan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dekat resort Hulu Langat...
Meriah! Memang meriah!
Terima kasih kepada penaja utama COSMODERM! I luv Cosmoderm....
Foto dan video rasmi Kaio Studio
 Juga para penaja lain :
#azzuhatraveltours
#AJCDistrict
#BukuPTS
#karyaseni
#teamumieofficial

#QasehSU
#Dkna

Dan juga AJK KBBA untuk event ini iaitu Lan Careno, Sue Izza, Yanty Lee, Najeeb Abdullah dan ramai lagi...


Hari keluarga ni berlangsung dari hari Jumaat (11/09/2015) sampai hari Ahad (13/09/2015)....
Tapi AJ join pada malam Jumaat dan datang balik lepas keje Sabtu tu.... AJ cuma stay kat sana semalam je la... =D

Jumaat tu lepas balik keje terus AJ ke resort dengan Helena untuk dinner, sempat jugaklah AJ join pertandingan karaoke....
Bidan terjun je sebenarnya... Hehehhehhe....
Mengigil jugak atas pentas tu mengalahkan nak bertanding untuk Akademi Fantasia pulak... =P


Day 1

Pagi Sabtu keluarga #KelabBloggerBenAshaari buat aktiviti poco-poco dan flying fox...
Yang ni AJ tak dapat join.... Masih lagi kat ofis time ni...
Tapi bila tengok gambar diorang, membuak-buak nak kembali ke resort! Hehehheheh...
Alhamdulillah masa lunch AJ selamat sampai....
Lepas makan, AJ letak barang dalam bilik dan bersiap untuk aktiviti sukaneka darat dan air... =D

Untuk sukaneka, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna t-shirt.....
AJ tergolong dalam Kumpulan MERAH dengan tagline kami JUARA!
Nak tau juara ke tak, baca lagi sampai habis okay... Hahhahahah.....


Terdapat beberapa permainan darat dan air yang diaturkan untuk semua peserta antaranya :

* Terompah Gergasi


* Kepit Bola

 
* Bowling Kelapa


* Pancing Tin
Tengok ade toyol curi tin! Hahahha...

* Tutup Lubang Air


* Wrestling Titi


* Tarik Tali Dalam Air


Riuh habis masa ni... masing-masing nak tunjuk kehandalan....
Macam-macam ragam ade.... Yang terjatuh, yang tergolek, yang terbahak-bahak ketawa sambil menyokong kumpulan sendiri dan provoke kumpulan orang lain pun ade.....
Time ni barulah tau perangai masing-masing macam mana...
Yang mak bapak budak pun sama naik mengalahkan anak-anak.... Hahahhahaha.....

Lepas habis sukaneka, semua abis berkubang dalam sungai....
Pelbagai skill terjun keluar! Hahahaha....

Pada sebelah malam acara malam penutup, penyampaian hadiah dan lucky draw pula diadakan....
AJ tang lucky draw memang tak lucky lah kan....
Tapi AJ menang no 2 untuk pertandingan karaoke!


Wahhhh.. Tak sangka sangat walaupun suara AJ kelaut, boleh menang.... Hehehhehe...
Tahniah buat pemenang lain dan mereka yang bertuah.....

Nak tau kumpulan MERAH juara ke tak???
Jawapannya TIDAK!!!! Kami hanya dapat tempat kedua je.....
Hahahhahaha....

Malam itu juga, mereka yang lahir pada bulan September turut diraikan.....
Selamat Hari Lahir Korang!!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki tau... =D
Kemuncak majlis, kami dihiburkan dengan persembahan api....


Day 2

Usai bersarapan, kami berzumba pula......
Enjoy habis keluarga #KelabBloggerBenAshaari berzumba...
Instructor zumba kita pulak memang fun dan comel habis.... Siapa lagi kalau bukan Razi!
Hahhahahha....



Selesai berzumba, kami dibawa Jungle Trekking...
Takdelah jauh mana trekking nya... Dalam 15-20 minit je dah sampai ke kawasan air terjun....
Sampai je dah tak tunggu lama, sambung pulak berendam dalam air terjun tu...
AJ dah macam kanak-kanak riang pulak.....
Hahahhahahah....


Haaa... Amik kau skill terjun flip anak dara bernama AJ!
Yang penting produk Cosmoderm tetap dalam genggaman... =P
Tepat jam 12 tengah hari kami berkemas-kemas dan makan tengah hari....
Alahai.... Tang ni yang tak syok...
Rasa tak puas sangat meluangkan masa dengan keluarga #KelabBloggerBenAshaari ni....
Hilang segala lelah bila ingat telatah masing-masing...
AJ harap next time KBBA akan terus maju dan dapat menjalankan aktiviti macam ni lagi.....

Sekali lagi terima kasih kepada semua Sponsor dan AJK #KelabBloggerBenAshaari yang bertungkus lumus menjayakan Hari Keluarga ini.....

Kalau nak tengok lagi kemeriahan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari,
Korang boleh tengok semua live update di IG @kelabbloggerbenashaari (Jangan lupa hit button Follow sekali tau!)
Dan boleh ke album FB AJ (klik) juga!
Kredit kepada semua ahli Kelab Blogger Ben Ashaari untuk gambar-gambar korang yang AJ guna dalam entri ni... =D

#kelabbloggerbenashaari 
 "Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together."

P/s : Next time buat lama sikit pleaseeee.... =D

Baca Selanjutnya »