Teaser : Trip Ke Sungai Lembing, Kuantan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ sempat gi short trip 3 hari 2 malam kat Sungai Lembing, Kuantan..
Ini pun last minute plan sebenarnya...
Seminggu sebelum trip AJ dapat mesej dari Devi.... Dia la mastermind trip ni... Hahahhaha...
AJ pun memang takde plan on that weekend, yelah cuti Thaipusam kan...
Selain AJ dan Devi, sorang lagi kawan Devi pun join... Zue nama dia... =D


Day 1

Kitorang bertolak dari KL hari Ahad, 24 Januari....
Perjalanan amik masa lebih kurang 3 jam kot.....
AJ pun tak sure since masuk je Bentong AJ dah terlelap sepanjang perjalanan sampailah ke Sungai Lembing.... Hahahahahha...


Sampai je pintu gerbang Sungai Lembing kitorang bergambar la dulu....
Kate pelancong kannn... Hihihihi...
Awalnya nak check in dulu, tapi bile call owner cakap bilik tak ready lagi...
So takpelah, kitorang pegi lunch dulu kat sana dan pusng-pusing kawasan sekitar...
Sempatlah masuk Muzium Sungai Lembing dan Lombong Bijih Timah Tin Mines....

Day 2

Seawal 5 pagi dah bangun sebab nak get ready ke Rainbow Waterfall or bahasa melayu nya Air Terjun Pelangi... Hihihihih....
Nak ke sini memang kene naik 4WD tau... Naik kereta sendiri boleh jugak... Tapi syaratnya kereta korang tu 4WD la ye.... =D
Selesai breakfast dalam pukul 6 pagi kitorang bertolak ke sana,,,,
Dalam lebih 2 jam jugak la perjalanan... Sejam naik 4WD, sejam berjalan masuk...


Sebelah petang pulak kitorang pusing lagi Sungai Lembing, bergambar kenangan dan melawat Jambatan Gantung Kolong Pahat..
Dikhabarkan jambatan gantung ni berusia lebih 100 tahun.....


Day 3

Hari terakhir trip kitorang...
Still bangun seawal 5 pagi untuk mendaki Bukit Panorama....
Pagi tu pulak cuaca tak berapa nak cantik... Hujan dari malam...
Tapi gigih jugak kami naik Panorama Hill tu...


Kitorang naik 7 orang... Masa kat capsule berjumpa pulak dengan 4 orang yang ade minat sama...
So kitorang plan mendaki sesama la..
The more the merrier kan... =D
Seriously mendaki Panorama Hill tu agak mencabar mental AJ yang dah lama tak hiking ni....
Dalam 45 minit jugaklah nak sampai ke puncak...

Sebelum gerak balik KL, kitorang singgah kejap kat Gua Charas...
Tapi sekadar bergambar kat luar je.....
Cuaca pun tak berapa okay, so malas lah kitorang nak masuk dalam tu...
Amik gambar pun jadilah kan..... Hhehehe...


Then tamatlah trip kitorang...
Memang best sangat! Rasa macam dah taknak balik KL okay....
Next entry AJ cerita lagi secara detail trip kitorang ni ye...
Tau ade yang tak sabar nak tunggu entri tempat AJ stay tu kan???
Tunggu tau!

P/s : Pestime kot join Girl's Trip!


Baca Selanjutnya »

Cara Memilih Foundation Yang Sesuai Dengan Kulit


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak bagi tips sikit cara memilih foundation yang sesuai dengan kulit....
Foundation ataupun dalam bahasa melayu nya alas bedak merupakan salah 1 bende wajib kalau nak bermekap....
Fungsinya untuk menyamarkan noda dan menyamaratakan kulit wajah kita...

Ramai wanita yang keliru macam mana nak tau warna sesuatu foundation tu sesuai atau tidak dengan kulit wajah....
Sebenarnya tak susah pun nak pilih foundation ni....



Meh baca tips ringkas AJ ni!

1. Sebelum pilih foundation korang kene tau dulu undertone / base kulit korang...
Undertone kulit tu contohnya pink (cerah) atau kuning, warm atau cool.....
Senang cakap macam ni la....
Kalau korang ni mempunyai tona kulit yang cerah macam cina, orang putih tu korang boleh amik yang warna dasarnya pink (cerah) / cool....
Kalau korang berkulit hitam manis atau gelap korang boleh amik yang warna dasarnya kuning / warm...


Kalau kulit AJ ni biasenya kuning / warm....
Faham tak???? Tak faham tengok carta atas ni.. =D

2. Jangan mencuba foundation pada tangan korang. Kaedah ni memang ramai yang selalu amalkan kan?
Sebab apa? Kulit wajah kita dengan kulit pada tangan selalunya tak sama tonanya....
Dan tak semestinya kalau cuba pada tangan, kena warnanya kat muka.....
Sebaiknya korang cuba sendiri pada kulit wajah dekat dengan rahang korang....
Contohnya macam gambar kat bawah ni....


Tapi make sure korang lap dulu kulit bersih-bersih atau lap sisa mekap yang ada sekiranya time tu muka korang dah sedia bermekap...
Kalau tak, korang takkan nampak bezanya...
Kat mana-mana outlet yang jual produk kecantikan selalu sediakan make-up remover!

3. Ratakan foundation pada kulit wajah dan tengok mana 1 foundation yang korang tak nampak....
Kenapa nak pilih yang tak nampak pulak????
Haaaaa.... Itu kan, tandanya foundation tu paling sesuai dengan kulit korang....
Ingat ye.... Fungsi utama foundation untuk menyamarkan noda..... Bukan nak cerahkan kulitttt...

4. Sebaiknya... Jangan beli foundation dalam talian atau online unless korang dah penah guna dan tau code warna mana yang sesuai dengan kulit....
Haaaa... Beli online ni kan memanglah senang dan mudah....
Tapi kalau tak pasti tona ape yang sesuai dengan kulit jadi membazir pulak nanti....
Barang yang dalam gambar ataupun yang dipakai oleh model adakalanya lain dari apa yang kita nampak...
Boleh jadi lighting dalam gambar tu ke, gambar model tu dah siap edit ke kan...
So adalah lebih baik korang ke kaunter dan cuba sendiri...
Dah tau nanti barulah boleh beli secara online lepas pada tu kan....


So dah tau tak macam mana nak pilih foundation??
Barulah mekap kita nampak cantik, rata je... Takdelah bercapuk-capuk.... Yeayyyy!!!!
Senang je kan... =D

P/s : AJ suka main mekap-mekap....
Baru ni Mr.JR hadiahkan set mekap...
Entah bila nak cuba, tak tau la... Hehehhehe....


Baca Selanjutnya »

WW#55 : Kuasa Mekap!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Selalu sampai ofis baru mekap, ikat rambut elok-elok!
Hihihihih...

P/s : Kurang sihat sejak Jumaat lepas.....
Demam, selsema dan batuk.... Pakej terus... =(

Baca Selanjutnya »