Kembara KBBA ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa minggu lepas AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari AJ join Kembara KBBA ke Taman Negara, Kuala Tahan yang terletak di Negeri Pahang selama 4 hari 3 malam....
Sepanjang minggu lepas, banjir FB dan IG dengan gambar-gambar kitorang kat sana...
Seronok sangat dapat berkumpul dan beriadah di sana dengan rakan-rakan yang sempoi dan havoc.....

Han Rainforest Resort, Taman Negara

Kembara 4 hari 3 malam kami bermula pada 19 Februari 2016, lebih kurang pukul 9 malam bas bertolak dari Matic...
Dalam 5 jam perjalanan kami sampai di tempat penginapan, Han Rainforest Resort iaitu penaja utama Kembara KBBA kali ni....
Bilik yang disediakan buat kami semua memang cukup selesa...
Ade 1 katil Queen dan 1 katil single.... AJ ditempatkan sebilik dengan kak Zura....
Nampak je katil empuk terus tak fikir pape... ZzzzzZZZzzzzzz.....

Menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling

Hari kedua 20 Februari 2016, pagi lagi dah bangun... Settle breakfast kitorang bersiap ke Jeti untuk aktiviti trekking mendaki Bukit Terisek dan Canopy Walk.....
Nak pegi trekking ni kene seberang sungai dengan bot tau... Pemandangan pagi kat sane indah je dan damai je.....
 

Pemandangan dari Taman Negara
Sebelum trekking, kenelah briefing dulu kan... Masuk tempat orang kan.... =D
Kitorang semua dibahagikan kepada 4 kumpulan.....

Sesi pengenalan dengan tumbuhan dan hidupan Taman Negara
 Setiap kumpulan ade 1 guide.. Guide kitorang Abang Alif, memang sempoi gile wa baq ang.....
Kelakar pun ye.... Sesambil jungle trekking kami dipelkenalkan dengan pelbagai spesis hidupan dan pokok yang terdapat di Taman Negara....


Lebih kurang beberapa KM trekking, kami sampai ke puncak Bukit Terisek....Agak mencabar jugak perjalanan tu.... Naik bukit, turun bukit dan ade yang kene naik tangga lagi.... Fuhhhh.... Berpeluh!

Yeayyy!!! Berjaya!

Pemandangan dari puncak Bukit Terisek
Info : Bukit Terisek berketinggian 344 meter dan hanya 1.7KM dari Kuala Tahan. 
Dari puncak Bukit Terisek korang boleh nampak pemandangan Gunung Tahan.

P/s : Perjalanan mendaki agak landai dan juga berbukit. Stamina kena kuat.
Jangan lupa bawa air mineral okay!

Selepas turun dari Bukit Terisek kami berjalan meniti Canopy Walk....
Terdapat 6 laluan semuanya dan setiap 1 laluan tu ketinggian dia lain-lain... Siapa yang gayat tu confirm ketaq jugak kaki... Hihihihi.....
Tapi mase kitorang pegi tu, hanya 4 laluan dibuka... 2 lagi tu ditutup sementara....

Canopy Walk
Info : Canopy Walk Taman Negara berketinggian lebih kurang 45 meter dan 510 meter panjang merupakan titian kanopi terpanjang di dunia.
Korang boleh melihat flora dan fauna daripada atas....
Yang gayat AWAS! =D





  
Kuyup!
Habis aktiviti di hutan Taman Negara, kami Rapid Shooting pulak!
Memang habis basah kuyup..... Ramai juga yang terkorban HP termasuk AJ... Hahahahhaha....








Kemudian kami dibawa ke perkampungan Orang Asli Dedari yang terdiri daripada Kaum Batek untuk menyelami cara hidup mereka serta berkhemah....
Demonstrasi menghidupkan api menggunakan sumber alam

Penduduk Kg Dedari


Hari ketiga 21 Februari 2016, kami meninggalkan Kg Dedari dengan 1001 kenangan...Sebelum pergi, kami sempat singah disetiap rumah penduduknya mengagih-agihkan sedikit sumbangan makanan dari ahli KBBA dan para penaja... Seronok sangat!





Pengalaman menaiki 4WD
Kembara diteruskan dengan menaiki 4WD ke Hutan Lipur Ulu Tembeling....
Sepanjang perjalanan tu AJ memang enjoy habis.....
Duduk kat belakang 4WD feeling-feeling Gerua sampai terduduk atas riba blogger ittew....
Siapa ittew??? Krik krik krik... Empuk weh riba dia... Hahhahahah.. =P



 Sampai sana, dah tak ingat apa dah... Terus terjun sungai sambil menikmati keindahan alam....
Sejuk gila air dia... AJ difahamkan Hutan Lipur ni dah lama takde pengunjung...
Ruginya kalau tak pegi sini... Suasananya damai...
Korang kalau ke Taman Negara jangan lupa singgah sini jugak tau!

Keluar perangai kanak-kanak semua!
Smile!

Aktiviti bebas, gaya bebas! =P


Sebelah malam pula kami buat aktiviti karaoke dan juga aktiviti bebas....
Time ni abis bakat terpendam keluar..... Hahahhaha...
Ada juga yang amik kesempatan merehatkan diri.... AJ? Karaoke la..
Lepas tu keluar minum.... Haaaa... Kat Han Rainforest Resort ni ade wifi tau kat area jungle lounge dia... =D



 


Hari keempat 22 Januari 2016, merupakan hari terakhir Kembara KBBA ke Taman Negara ni....
Arini kami ade program "Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia dan Kelab Blogger Ben Ashaari"





Kami berbesar hati dapat turut sama dalam perasmian semula Han Rainforest Resort dan pecah tanah untuk Eco Adventure Camp yang diselia oleh Han Rainforest Resort.
Ahli KBBA juga berpeluang beramah mesra bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin


Han Rainforest Resort, Taman Negara
Selain tu AJ sendiri berpeluang mengikuti rombongan YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin ke beberapa lagi tempat menarik seperti melihat pokok Tualang sebesar 27 pemeluk orang dewasa, memberi makan ikan kelah menaiki bot sepanjang perjalanan.....







 Walaupun panas terik tapi AJ enjoy sangat.... Bukan senang nak dapat peluang macam ni....Ralit amik gambar, video dan sebagainya... Memang puas hati...




Lebih kurang pukul 8 malam, kami bertolak meninggalkan bumi Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang....
Memang 1 kenangan manis Kembara KBBA kali ni....

Dikesempatan ini AJ nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ben Ashaari selaku pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari kerana memberi peluang kepada kami 35 orang blogger dan juga kepada para penaja yang sudi menaja Kembara KBBA ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan,
27020 Jerantut, Pahang .
Tel : 09-2667888
Email : hanrainforestresort@gmail.com
Website : www.han-rainforestresort.com




#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki

P/s : Enjoy sangat walaupun balik KL kulit dah berubah warna...
Hahahhahahahah....


Baca Selanjutnya »

Review : Hanangell Skin Booster


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak review 1 lagi produk yang merupakan salah 1 teknologi terbaru dari Korea...
HANANGELL Skin Booster, serum unik yang mempunyai manfaat besar... 


Kenapa AJ cakap unik?
Serum ini dipakejkan dalam 1 unit picagari... Mana ada lagi serum muka dalam picagari kan?
Hanangell la satu-satunya.... =D 
Lepas tu ianya senang dimuatkan dalam beg... Tak senang tumpah pun....

Berbentuk picagari
Setiap 1 unit Hanangell bersamaan dengan 10 keping topeng muka (mask)....
Setiap pek mengandungi 2 picagari... 1 picagari tu boleh tahan dalam 2 - 3 minggu...
Kandungan utama dalam Hanangell ialah Asid Hyaluronik dan Kolagen yang sememangnya baik untuk kulit
 
Antara fungsi utama Hanangel Skin Booster :

* Menghidratkan kulit
* Melembut kulit
* Mencerahkan kulit
 
Selain daripada tu Hanangell Skin Booster mempunyai 11 manfaat lain :

* Anti-oksida
* Menyamaratakan tona kulit
* Memperbaiki struktur kulit
* Mengurangkan melanin
* Menghidrasikan / melembabkan kulit
* Memudarkan kesan parut jerawat
* Mengecilkan liang roma
* Mengurangkan kedutan pada wajah
* Menganjal / Menegangkan kulit
* Mengurangkan alahan pada kulit
* Membersihkan kulit secara mendalam

Masa AJ dapat Hanangell ni, kulit AJ memang tengah sunburn teruk...
Al-maklum 4 hari 3 malam berjemur di Taman Negara kan.....
Masa pertama kali AJ guna, kulit terasa lembut dan kesan selar matahari tu pun tak terasa pedih.... =D
Rumusan serum tu pun cepat menresap ke dalam kulit dan tak melekit....

Lepas amalkan selama 2 minggu AJ dapat rasa kesan positif....
Kulit makin lembut, kulit AJ pun tak kering walaupun sebelum tu memang dah sunburn...
Kulit pun sedikit cerah berbanding sebelum menggunakan Hanangell Skin Booster ni...

Sebelum : Kulit gelap akibat sunburn serta kering

Selepas 2 minggu : Kulit lebih cerah dan sekata serta lebih lembab

Cara menggunakan Hanangell Skin Booster :
 Apply sedikit serum pada kulit selepas mencuci wajah 2 kali sehari, pagi dan malam...
Cecair putih jernihnya menyerap terus ke dalam kulit wajah.....
Memang segar je kulit...
 
Cecair putih jernih
Macam mana nak dapatkan Hanangel Skin Booster?

Harga : RM 80/pek
Untuk tempahan : info.evemagic@gmail.com
atau
Facebook page ID : 1295507717604

Nak tau apa lagi best?
Pembaca blog AJ boleh nikmati diskaun sebanyak 20% sah sehingga 1 Mac 2017
Korang cuma perlu gunakan kod diskaun : Hanangell20blogger

Baca Selanjutnya »

Crab Hut Asia @ Shaftsbury Square, Cyberjaya | Hidangan Seafood Terbaik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Penah dengar Crab Hut Asia???
Kalau nak tau Crab Hut Asia ni merupan restoran dimana ianya menyediakan hidangan seafood terbaik!
Aritu AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari sempat menjamu selera disini....
Makanan dia memang superb sangat!
Nak tau apa yang superb??? Kenelah baca entri ni sampai habis! =D

Crab Hut Asia terletak di Shaftsbury Square yang terletak di Cyberjaya....
Nak kesana senang je..... Kalau dari KL hanya lebih kurang 30 minit je melalui MEX...
Korang WAZE je Shaftsbury Square, mesti jumpa punya!
Kat situ parking pun senang jugak.. Korang cuma perlu pegi dibelakang bangunan tu je....
Lepas tu korang naik ke P2 dan cari Restoran Crab Hut Asia.....

 


Terdapat banyak hidangan makanan laut yang boleh korang pilih....
Lobster, ketam, udang, scallop semua la... Pendek kata, apa saje seafood korang boleh dapat kat sini....
Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan....
Tapi sebelum menjamu selera tu korang kene pakai apron tau! Kalau tak abislah baju....
Hehehehehehhe.....

 

Jom tengok antara hidagan yang AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari makan....

Okra (RM 10.90)
 
Bendi yang digoreng rangup dan disaluti dengan 2 pilihan perisa iaitu Cajun ataupun Garlic....
Masa mengunyah tu terasa rangup dia tu... Kruk kruk bunyinya wa baq ang... =D

 Fried Soft Shell Crab (RM 22.00)


Red Lobster  (RM179.00)
 

Hidangan ni memang signature la kat Crab Hut Asia.... Tak sah makan kat sini kalau tak rase sendiri keenakkan dia...
2 ekor Lobster Mera yang disajikan dengan Signature Southern Bang Mild Sauce...
Memang terangkat! Rase lobster yang juicy tu memang kene dengan tekak...

Pelbagai pilihan Combo Seafood Bag




Yabby, Scallop, Japanese Hamaguri Clams, French Beans dengan Garlic Butter Sauce...
Ini memang favourite AJ tau..... Sedappppp....


Crab, Mussels dengan Asam Pedas Sauce....
Yang ni memang pedas..... Lepas tu bau asam pedas memang menusuk kalbu okay!
 
Kalau korang kurang gemar dengan seafood, jangan risau.....
Terdapat juga Lunch Tray yang dihidangkan antaranya :

 Chamala Chicken & Garlic Fried Rice
 

Signature Southern Bang Baby Octopus & Garlic Fried Rice
 

BBQ Chilled Australian Sirlion Beef in Smoky BBQ Sauce









Selain tu, Crab Hut Asia ade Happy Hour Combo pada setiap hari dari 12 PM - 4 PM tau..
 
 
 
Haaaaaaa..... Kat sini AJ nak sikit promosi yang sedang berlangsung di Crab Hut Asia....
Untuk bulan Februari terdapat Promosi Monthly Crazy Bag February iaitu "2Pcs Red Lobster (800gm) dengan harga RM155 sahaja (Biasa : RM 179) "
 
 
 Dan
 
Untuk bulan Mac terdapat Promosi Monthly Crazy Bag March iaitu "Spanner Crab RM12/100gm sahaja (Biasa : RM17/100gm)"
 
Kalau korang ke Crab Hut Asia cara nak order makanan laut nye senang je...

Boleh ikut 3 langkah kat bawah ni :

Langkah 1 : Pilih makanan laut (Minimu, 1 jenis, maksimum 3 jenis) seberat 300gm atau 500gm.
Ketam boleh dipilih secara kepingan

Langkah 2 : Pilih sos dan tahap kepedasan untuk Signature Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Langkah 3 : Pilih 1 atau 2 Bag Buddies

Tunggu korang!!!!
Disebabkan korang baca entri ni sampai habis, AJ ade hadiah special buat korang...
Kalau korang ke Crab Hut Asia, korang boleh tunjuk je kupon kat bawah ni dan nikmati diskaun 10% untuk makanan.... Sah sehingga 30 April 2016....
 

Suka tak?
Mestilah suka kan??

So jangan lupa nanti singgah kat Crab Hut Asia okay...
 
 
 
P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya l, Selangor...
Tel : +603-83226861

P/s : Kene repeat.. Wajib!!!
 
 
Baca Selanjutnya »