Malindo's Steak Haus | Murah dan Berpatutan!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay makan lagi! Seorang AJ ni memang makan je keje dia....
Hahahahahhaha...

Kali ni AJ nak bawak korang makan kat Malindo's Steak Haus yang terletak kat Taman Nirwana, Ampang....
Landmark dia kan senang je... Tau Galaxy Ampang tak??
Dekat-dekat situ jugaklah....
Kalau korang tau Me'nate Ampang tu lagi bagus sebab Restoran Malindo's Steak Haus ni belakang Me'nate je.... =D



Malindo's ni baru je beroperasi dan menyediakan Western & Italian Food dengan harga yang murah dan berpatutan....
 Khabarnya Chef di Malindo's mempunyai pengalaman selama 10 tahun tau!
Kedai dia berkonsepkan ala-ala koboi sikit....
Waiter pun pakai topi koboi.... Kuda je yng takde... Hahahahaa....



Kat sini dari segi harga makanan, memang AJ tak nafikan murah gile....
Jarang dah nak dapat harga makanan macam ni dalam keadaan ekonomi sekarang ni....

Kat sini banyak sangat menu yang boleh korang pilih ade Chicken Chop, Lamb Chop, Mix Combo, Spaghetti, Fish & Chips dan sebagainya....
Kalau nak cite kat sini banyak sangat...
Apa kata korang tengok je gambar kat bawah ni.....






 Nampak terliur tak? =P

Lepas tu ade pelbagai jenis minuman buah-buahan...
AJ macam biase, kedondong asam boi jadi pilihan....
Harganya cuma RM4.50 je... Kecur liur dibuatnya...
Tapi agak manis sikit.. Mungkin kalau korang tak suka yang manis boleh request kurang manis la... =D



So kalau korang teringin nak makan makanan barat dengan harga yang berpatutan, korang boleh singgah kat Malindo's Steak Haus ni okay!
Restoran ni beroperasi dari 11 pagi hingga 1 pagi....

Info lanjut :

Malindo's Steak House
B3-10-G Garden City Commercial Centre, 
Taman Nirwana, Ampang.

Tel : 016-263 7769

 Facebook : https://www.facebook.com/malindosteakhouse/

Ehem bawah ni pulak geng-geng #kelabbloggerbenashaari yang turut sama memeriahkan Malindo's Steak Haus...
Masing-masing dah tak pandang kamera dah oi...
Hahahhahahaha


Oh tidakkk!!!! Ade orang nak curik makanan!!!!

 P/s : Bab makan, AJ memang champion! Hahahhaha...

Baca Selanjutnya »

MyFIR Wellness | Cantik dan Sihat!




ASSALAMUALAIKUM DAN SAN SALAM SEJAHTERA

Penah tak korang rase penat sangat nak pegi bersenam walaupun setakat jogging je untuk keluarkan segala peluh dan toksin dalam badan?
Walaupun AJ agak aktif, kadang tu rasa malas nak bersenam tu memang ada....
AJ lagi prefer tidur kat rumah je.. =P
Bile tak bersenam memang segala toksin akan terkumpul dalam badan dan buat badan ni rase lesu je....

 

Baru ni AJ berpeluang berkunjung ke My FIR Wellness kat Damansara Perdana...
To be truth, I've no idea apa tu FIR sauna....
Pada AJ sauna kat memana pun sama je... Tapi sangkaan tu meleset rupanya....

Apa itu FIR Sauna?



FIR iaitu Far Infrared mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kita...
FIR berkesan untuk penyembuhan secara semualajadi dan pencegahan.
Infrared mempunyai keupayaan untuk menembusi tisu manusia dan menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan..



Antara kebaikan Far Infrared :

Detox
Berpeluh adalah salah satu cara yang paling selamat dan paling semula jadi badan untuk menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan yang baik...
Selain mengeluarkan peluh dengan bersenam, kita boleh melakukan sauna..
Peluh yang terhasil dari Far Infrared Sauna ini juga mampu mengeluarkan segala toksin di dalam badan kita sama seperti kita bersenam di luar...

Anti penuaan dan meremajakan kulit 
 Membantu memulihkan kulit untuk kelihatan muda remaja...
Mampu memperbaiki tona dan struktur kulit..

Mengurangkan kesakitan

Haba infrared yang menembusi tisu mampu melegakan sakit otot dan sendi..
Memang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan dan juga mereka yang berumur...
 
 Selain itu, ianyanya mampu menenangkan, memperbaiki sel-sel, memperbaiki kitaran darah dalam badan, mengurangkan tekanan darah, membantu menurunkan berat badan dan juga boleh menyembuhkan luka....

 

Masa kat My FIR Wellness, AJ diberi masa lebih kurang 40 minit untuk merasai sendiri kesan Far Infrared Sauna ni...
Kebetulan sebelum menjalani rawatan ni, AJ tengah sakit belakang dan kaki sebab join Songkrun kat Sepang...
Sebelum masuk, AJ diberi penerangan serba sedikit mengenai FIR Sauna, fungsi dan kelebihannya...
Lepas body mass index kita diambil AJ dibenarkan masuk di dalam kotak sauna dengan suhu sesuai tubuh kita....
Kat dalam tu memang AJ berpeluh sangat, more than dari AJ bersukan...
Pegi running pun tak berpeluh macam ni....

Toksin dalam badan keluar melalui peluh...



Lepas 40 minit AJ dapat rasa ada sedikit perubahan pada tubuh....
AJ rasa lebih ringan dan paling best sekali sakit belakang dan kaki AJ tu berkurangan sama sekali!!
Malam tu memang AJ tidur lena okay... =D 

 

Yang ni pulak FIR Blanket...
Sesuai untuk mereka yang tak boleh duduk lama macam orang yang lebih tua tu kan....

Fungsinya sama macam FIR sauna... =D

AJ sarankan korang kene cuba sendiri FIR sauna ni...
Banyak kelebihan yang boleh korang dapat dari rawatan ni...
Bukankah mencegah lebih baik dari merawat???



Tunggu dulu!!!!
Kat My FIR Wellness ade promo tau untuk 1st Trial..
Hanya RM19.90... Betul tak tipu!
RM19.90 sahaja....

So apa lagi??? Call sekarang untuk appointment....
Info :
www.facebook.com/groups/firmalaysia
And www.facebook.com/firmalaysia

MY FIR Wellness (FIR Malaysia)

dimiliki oleh DESTINATION WELLNESS SDN BHD (COMPANY NO. 1069278-M)

PG-11, Tropics Shopping Centre (Komplek Prima)
No. 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor D.E.

Tel: 03-77334613 / 012 254 2997 / 0172272007

P/s : Umur makin meningkat i kene lagi jaga kesihatan...

Baca Selanjutnya »

Saksi Kes Pembunuhan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak tau macam mana nak start cerita...
Sure airmata menitik...
Ni baru start menaip pun dah bergenang airmata.. TAK SUKA!




Semalam AJ nak bagi kucing makan....
Since anak kucing baru tu kecik lagi, diorang memang diletakkan dalam bilik....
Masa bukak pintu nak bagi makan, meluru je anak kucing 4 ekor tu keluar....
AJ sempat tangkap 3 ekor... Entah macam mana yang sekor tu tak sempat AJ nak tarik terus kene terkam dengan kucing besar.....
Cepat sangat bende jadi.. AJ memang tak dapat nak buat pape untuk selamatkan anak kucing tu....
AJ angkat je dah terkulai layu, mati...
Menitik-nitik darah keluar.... Ya Allah....

Allahhhh.. Sedih sangat, terus AJ meraung...
Depan mata bende tu jadi... Maafkan mummy sayang, mummy tak sempat nak selamatkan awak....
Sebulan lebih je awak dapat hidup...
AJ rase bersalah sangat...
Kalaulah AJ tau bende nak jadi macam ni, memang AJ tak bukak pintu bilik tu... =(

AJ tak taulah kenapa kucing AJ yang sekor tu buat tebiat pelik serang anak kucing...
Waaaaaaa.....

P/s : Sedih!

Baca Selanjutnya »

Vitamin Blackmores Bio C 1000mg | Supplemen Terbaik AJ!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ memang bukan makhluk yang rajin nak amalkan pengambilan supplemen. Serius! Jarang AJ nak amalkan supplemen yang betul-betul dan teratur. Entah macam mana AJ boleh tersangkut pulak dengan Blackmores Bio C 1000mg ni.

Memang peneman kemana je... 1 botol kecik mesti ade dalam beg.. =D
Gambar ni masa mula-mula AJ consome vitamin ni...

Kisahnya macam ni, lebih kurang 2 bulan lepas kan. Kawan ofis AJ tunjuk gambar kawan dia, katenye kawan dia tu just amalkan Vitamin C ni je. Tapi dah lame la dia amalkan. Kulit dia pun memang cantik je jadinya.

Kalau dah namanya perempuan, mesti terpengaruh kan bile tengok result dia tu. AJ pun macam biase, terpengaruh jugaklah kan. AJ pun terus bukak Guardian E-Store. Kebetulan masa tu memang Vitamin C Blackmores ni tengah ade offer. Beli 2 botol besar, dapat percuma 1 botol kecik. Terus hakak sambar.

Masa memula makan, niatnya nak cantik lah! Walaupunnnnn... Krik krik krik.... 😂 Tapi lepas dah mula amalkan, dah nampak perubahan kat diri AJ. dDulu AJ ni kerap selsema, kalau bangun tidur atau pagi-pagi je mesti selsema. Kadang berlarutan sampai sehari selsema tu. Tapi since makan Blackmores Bio C 1000mg, memang AJ dah susah nak dapat selsema. Seingat AJ takde langsung kot!

Dari segi kulit pulak, tak banyak pun perubahannya. Nak kata jadi putih melepak tu tidak. Kulit AJ ni memang sawo matang. Memang idoklah putihnya Yop!

Tapi jerawat nakal dah tak datang bertandang! Yeayyyy!!! Kenapa jerawat nakal? AJ ni hanya naik jerawat pada masa-masa tertentu je especially kalau berpanas. Balik outdoor je confirm menternak lebih lagi tang dahi. Lepas tu kalau miss P nak datang pun ade je jerawat degil naik seketul dua. AJ pulak kadang jenis malas nak cuci mekap! Lagilah kadang tu naik jerawat kan..

Tapi sekarang AJ dah boleh senyum. Even balik berpanas dari Taman Negara aritu, lepas tu miss P datang jengah pun muka still relax je. Bebas jerawat!

So AJ suggest sapa yang ada masalah jerawat tu boleh cuba amalkan pengambilan Blackmores Bio C 1000mg ni! Tapi AJ tak pasti macam mana dengan mereka yang ada masalah jerawat kronik la ye. Kalau baca review pun, memang ramai akui keberkesanan Vitamin C ni untuk masalah jerawat.

Cara makan senang je.

Ambil sebiji setiap hari dengan makanan. Jangan makan time perut kosong. AJ selalunya ambil lepas sarapan pagi.

Oh ya, korang telan je vitamin tu tau. Jangan hisap okay, boleh kene ulser lidah nanti.

"Pengalaman AJ first time cuba, pegi hisap. Amik kau terus lidah ulser! Ade citrus kan Vitamin C ni. Tajam woo!"

Lepas tu banyakkan minum air masak! (To be truth, i don't do this!) Hahahahaha...

So apa tunggu lagi? Baca je ke? Apa kata korang pulak cuba amalkan. Mana tau serasi. Sebelum tu nak bagitau, kalau korang nak beli, rajin-rajinlah survey market okay. Beli time ade offer memang jimat. Tahan berbulan-bulan kot. Kalau takde offer tu cam agak mahal sikitlah.

Ni AJ sekarang (November 2018), masih amalkan pengambilan Vitamin Blackmores Bio C ni tapi dah culas! Hehehehehe...

Banyak soalan lazim yang AJ terima kebelakangan ni, so AJ edit sikit la kat sini ek. Kadang tak perasan korang komen tu. Maaf!

  • Kalau mengandung jangan amik Vitamin C ni sebab dose dia tinggi, lagipun bila mengandung elok ikut saranan doktor bab-bab supplemen ni. Mereka lebih arif. 😁

  • Period? So far AJ makan takde masalah pun. Period AJ still teratur macam biasa.

  • Sekiranya korang ada penyakit dan bergantung dengan ubat, contohnya sakit jantung, kencing manis atau apa sahaja jenis penyakit. Dapatkan dulu nasihat doktor sebelum nak consume pape.

Vitamin Blackmores Bio C ni ada 2 dose. Kalau korang tak yakin nak try 1000mg korang try dulu 500mg. Beza dia, AJ tak berapa pasti.


 P/s : Sajelah nak share... =D

Baca Selanjutnya »

Trip Kecemasan ke Singapore


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah seminggu lebih AJ tak bersiaran....
Sepanjang minggu sudah AJ memang sibuk sangat...
Isnin lepas AJ patutnya cuti sebab abang sulung AJ yang kemalangan bulan lepas nak operate masukkan besi dekat tangan dia......
Tapi pagi Isnin tu AJ bukak fb dan nampak cousin AJ kat Singapore post cakap Pak Long AJ yang dah 18 tahun tak jumpa tu masuk ICU.....

Image result for emergency sign

AJ bagitau Abah, terus Abah menung panjang....
Yelah, dah lama dia tak jumpa abang dia since Pak Long AJ tu rakyat Singapore, dengar pulak dia masuk ICU lagilah dia menung....
AJ tanye nak pegi ke? AJ adelah sikit saving kalau dia nak pegi.....
Bile dia cakap ON je terus AJ kuarkan duit dan buatkan orang tua dan kakak AJ passport....
AJ sempat mesej boss bagitau AJ nak sambung cuti... Nasib boss AJ ok.....

Dalam pukul 6 petang settle hal passport diorang, terus AJ cari tiket keretapi...
Dapat tiket pukul 10.30 malam, balik buat passport terus bersiap, kemas beg segala...
Sampai JB sentral dalam pukul 7 pagi... Patutnya sampai awal sikit, tapi keretapi delay pulak malam tu....
Sampai sana AJ beli tiket Shutle ke Woodlands dan tukar duit pulak.... Nangis weh tengok nilai duit kite sekarang... =(
Sebelum masuk Singapore, AJ mesej dulu cousin AJ tanye arah kat sana sebab AJ tak on roaming...
Gile nak on roaming? Mahal gile rate dia... So AJ decide beli sim card je bile dah masuk sana.....
Sebelum pegi hospital jumpa Pak Long, kitorang singgah dulu rumah dia nak rehat, makan dan mandi semua sementara menunggu waktu melawat pukul 5 petang....

Sampai hospital, nasib kami tak berapa baik... Pak long kene pegi dialisis pulak...
Kalau ikutkan plan asal, kitorang akan balik KL malam tu jugak....
Hasil perbincangan dengan family AJ, kitorang decide tidur 1 malam dulu kat JB...
Kelam kabut AJ cari hotel.... Nasib semua boleh online je....
Kitorang tak tidur kat SG sebab kos kat sana agak besar, bajet pun tak berapa banyak....

Esoknya kitorang naik shuttle masuk balik SG...
Pastu dapat pulak mesej dari cousin AJ cakap Pak long kene buat immediate operation....
Kitorang terus bergegas pegi hospital... Tapi nasib masih tak menyebelahi bile naik je wad, nurse cakap Pak long baru je turun untuk operation....
Memang frust gile kitorang masa tu... Tapi nurse cakap kemungkinan operation habis pukul 1 lebih camtu... Itupun kalau takde pape..... Dalam hati kami berdoa je la semoga dapat melawat Pak long....

Alhamdulillah setelah beberapa jam tunggu, pak long masuk wad balik sebelum habis waktu melawat....
Nampak pak long, terus masing-masing berjurai airmata.....
Sedih sangat... Dah berbelas tahun tak jumpe lepas tu bile jumpe keadaan pak long tak sihat macam dulu.... =(
Tak tau nak cakap macam mane perasaan masa tu, airmata je yang keluar....
Nasib kat staff kat hospital tu boleh bertolak ansur, patutnya wakt melawat habis pukul 2pm, disebabkan pukul 1.40pm baru pak long masuk wad balik dan kitorang datang dari jauh dia bagi kitorang visit lame sikit....

Lepas habis melawat, terus kami keluar dari SG sebab kami kene balik KL malam tu jugak....
Kalau ikutkan hati, nak stay lama sikit kat situ tapi keadaan, masa dan kewangan pun tak berapa nak mengizinkan....
Semoga pak long cepat sihat.... Insyaallah, ade rezeki lebih kami datang lagi....

Trip kali ni memang agak kelam kabut, semua last minute tapi AJ berjaya manage semua....
Alhamdulilah.. Lepas rindu belasan tahun Abah....

P/s : Jumaat lepas dapat perkhabaran kaki pak long dah kene potong...
nangis dia mase call bagitau Abah... =(
Hope pak long tabah... =(


Baca Selanjutnya »