Quartet Kini Di Nu Sentral


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ingat tak Ketchup Blogger Run yang AJ pegi aritu???
Ahad lepas AJ join Maven Communication sekali lagi ke Majlis Pembukaan Rasmi Quartet di Nu Sentral, Kuala Lumpur...


Ye betul.... Quartet TTDI kini berada kat Nu Sentral okay....
Konsep Quartet Nu Sentral ni masih lagi sama...
Menghidangkan sandwich yang dibuat sendiri tapa bantuan mesin, ditambah dengan pelbagai jenis kopi dan kek sebagai pembuka selera.....
Kat sini lebih menekankan konsep take away dan delivery...
Bagi memudahkan korang, Quartet ada apps mereka sendiri....
So korang boleh order melalui apps dan hanya perlu datang collect makanan korang je...
Buat masa ni, Quartet menyediakan khidmat delivery dalam kawasan berradius 500 meter...
Korang yang berada di sekitara kawasan Nu Sentral, KL Sentral boleh request untuk delivery je.....
Senang kan??
Masa majlis pelancaran lepas kami berpeluang mengenali lebih dekat dengan Pemilik Quartet iaitu En Wandy, Pn Su dan Cik Azian ....
Banyak cerita yang dikongsikan dengan geng #kelabbloggerbenashaari dan team Ketchup....

Quartet ni agak tersorok sikitlah kedudukannya...
So kalau korang nak pegi, ianya terletak berdekatan dengan Fudge n Cream dan Secret Recipe...
1 level dengan Victoria Secret dan berdekatan dengan eskalator menuju ke KL Sentral...
Info AJ sertakan kat bawah....

Jom tengok gambar sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Quartet dan juga makanan yang dihidangkan...
Terima kasih sekali lagi kepada Team KetchUp dan Quartet atas kesudian menjemput kami....
Semoga bertambah success...

Info :

Quartet Nu Sentral
Level C, KL Sentral Link Bridge

Waktu Operasi : 8pagi - 10malam
Dibuka setiap hari
Tel : 03-2276 0360

Sedikit info Mengenai KetchUp Community :
Menurut Mr. Nicholas Pang, KetchUp Community ni mendapat namanya dari Tomato.....
Kenapa tomato???
"Setiap tomato ada sedikit berbeza, berlainan bentuk, jenis dan juga warnanya..
Sedikit perbezaan membuat kita lebih unik jika digabungkan...
Perhimpunan sosial KetchUp akan membawa semua "tomato" bersama-sama, menghargai setiap perbezaan dan mewujudkan keseronokan serta hubungan yang menarik!"

Maksudnya, kalau bergabung kita akan jadi lebih cantik dan kuat! =D
Unik kan?

Nak tau apa lagi acara menarik yang akan dianjurkan oleh mereka boleh klik link-link kat bawah okay...
P/s : Terbayang-bayang Tempala....
Sandwich Tempe best!

Baca Selanjutnya »

Al-Fatihah | Mr. OS Meninggal Dunia di Hari Jumaat, 8/4/16



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru sebentar tadi AJ baca berita pemergian pelawak terkenal era 80'an Mr. OS atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid di usia 55 tahun di Hospital Selayang...
Perkara ini disahkan sendiri oleh anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui status yang diupdate kat laman sosial facebook...

 

Innalillahiwainnalillahirajiun....
Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita pulang....

Gambar yang dimuat naik beberapa hari lepas....
Terkejut AJ mendapat perkhabaran ni....
Baru beberapa hari lepas AJ nampak Una buat ucapan hari lahir buat Allahyarham....
 Jenazah Mr. OS akan dibawa pulang di Gombak, Surau Al-Muhajirin Kampung Sri Gombak Indah, 681000 Batu Caves.....

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dengan tenang selepas usai bersolat dan dalam keadaan berwudhuk...
Alhamdulillah.... Semoga ditempatkan di kalangan insan beriman.....


P/s : Takziah Una, semoga Una sekeluarga tabah dan bersabar atas pemergian Abah....




Baca Selanjutnya »