Langsing dan Sihat dengan SR-9 dari RBS Network Sdn Bhd


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 Sape yang tak idamkan tubuh badan yang langsing, kurus dan sihat kan???
Kalau dah sedia langsing. body shape pun kurus mestilah nak sihat kan... Betul tak??

Haaa.. Arini AJ nak kenalkan korang dengan produk SR-9 (fat burner) keluaran Syarikat RBS Network Sdn Bhd....



Di sini, AJ nak ucapkan terima kasih kepada Kak MiaLiana atas jemputan ke Bengkel SR-9 Bersama Blogger di Hotel Sani Kuala Lumpur bersama beberapa orang blogger lagi...
Kat bengkel ni AJ dapat banyak ilmu dan info tentang produk ni...

Mesti korang tertanya-tanya kenapa AJ yang dah sedia kurus ni gunakan produk SR-9...
Sebelum AJ cerita kenapa, meh AJ kenalkan korang dengan produk ni dulu...

Apa itu SR-9??



SR-9 ialah 1 produk formula khas untuk membantu kita mengurangkan berat badan, membina otot...
Formula Secret 9 ini bertindak secara khusus pada bahagian lemak dalam tubuh badan dan memberikan tenaga kepada badan kita...
Bagi mereka ynag mempunyai masalah obesiti, anda boleh mengamalkan Produk SR-9 kerana ianya terbukti berkesan dalam menangani masalah anda...
Didatangkan dalam botol dan mempunyai 20 sachet Mixed Botanical Powder berperisa Oren...

Khasiat SR-9

Terdapat beberapa khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada produk SR-9 antaranya :
  • Meningkatkan Metabolisma badan
  • Membantu mengawal selera makan
  • Bakar lemak 200% lebih pantas
  • Memberi Tenaga Tambahan kepada mereka yang aktif


Bahan-Bahan aktif yang digunakan dalam SR-9
  • Glutamine - Mengekalkan otot-otot badan
  • Creatine - membantu memberikan tenaga kepada tubuh badan
  • Protein - membina otot, hormon, enzim, sel, asid nukleik dan sistem immunisasi
  • Asidamino - Meningkatkan metabolisma
  • L-Carnithine - Asid amino yang penting dalam mengurangkan berat badan
  • Fenugreek - Mengawal kadar kolestrol 
  • Garcinia Cambogia - membantu mengawal selera makan
  • Tribulus - meningkat hormon testerone untuk lelaki
  • Catuaba - Membantu memberikan nafas baru kepada kehidupan seksual lelaki dan wanita
 Cara pengunaan SR-9

• Tuang 1 sachet ke dalam 150ml air mineral / air kosong dan kacau sehingga sebati


Nota : AJ minum dengan air sejuk =D

• Minum 15 minit sebelum mengambil sarapan pagi
• Untuk penurunan berat badan yang optimum, ambil 2 uncang dan amalkan dalam masa 40 hari
• Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter (8 - 10 gelas) air setiap hari untuk kesan yang lebih baik!


* Simpan di tempat sejuk dan kering. Elakkan dari terkena cahaya matahari.
* Jangan ambil sekiranya anda hamil

Sejauh mana keberkesanan produk SR-9?

Kat bawah ni semua testimoni pengguna SR-9 yang telah berjaya mengurangkan berat badan...
Segala lemak tepu, gemuk air mampu dibakar tanpa membuatkan kulit kita menggeleber....





AJ dan SR-9



Kalau korang penah jumpa AJ mesti tau AJ ni takdelah besar mana...
Apa kesan SR-9 kalau orang yang kecik-kecik macam AJ ni amalkan??
Masa bengkel tu pun AJ ade tanya jugak....
Masa memula serius AJ rasa agak was-was... AJ dahlah kurus, kang bertambah kurus pulak...
Ataupun kang tak pasal jadi SADO pulak...
Tapi sangkaan AJ tu meleset sama sekali....
SR-9 ni kan, selain membakar lemak dia boleh bertindak untuk membentuk badan kita...
Memang sesuai sangat untuk mereka yang nak kekalkan bentuk badan..
So AJ tak perlu risau akan masalah out of shape in future..
Insyaallah SR-9 boleh membantu....

Masa AJ memula ambil SR-9, apa yang AJ perasan pada diri sendiri ialah AJ senang lawas....
Lepas tu awal-awal tu rase berpeluh, badan rase berminyak sebab toksin dalam badan tu keluar...
Lepas beberapa hari AJ rase lebih ringan, kurang rasa letih....
Badan pun rasa lebih bertenaga....
Alhamdulillah....

Bagaimana untuk mendapatkan produk SR-9 dan harga??

SR-9 boleh didapati secara online mahupun melalui agen yang terdapat di seluruh Malaysia...
Kalau nak tanya AJ pun boleh jugak... =D
Produk SR-9 berharga RM170 (SM) / RM180 (SS)

BERITA BAIK!

Sekarang ni RBS Network Sdn Bhd ada promosi okay....
Dengan RMxxx korang boleh dapatkan 2 botol SR-9 ditambah pulak dengan 1 botol lagi secara PERCUMA....

Ulang suaraaaa.....

PERCUMA okay!!!

Kalau nak tau berapa korang boleh Whatsapp 014-6118445.... 
Memang jimat sangat! Rugi tau kalau tak cuba dan beli produk SR-9 ni...
Tapi lagi sekali AJ nak bagitau, jangan lupa cakap nama AJ tau....
Kalau tak tak dapat diskaun nanti.. =D

Untuk info lebih lanjut :

Website : http://www.rbsnet.biz/

Facebook : SR-9-HQ

Instagram : @rbsnetwork

Whatsapp : 014-6118445

Kat bawah ni pulak antara blogger-blogger yang turut menjayakan Bengkel SR-9 Bersama Blogger di Hotel Sani pada 10 April yang lepas...
Jom kite tengok sekitar majlis pulak...








Penerangan oleh Pengasas SR-9

Penereangan dan penduan penggunaan dari duta SR-9
Penerangan oleh En. Ismail
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama....
Korang apa lagi? Jom dapatkan produk SR-9

Katakan TIDAK Kepada OBESITI!!!

#BakarLemak #BinaOtot #Cergas #Sihat #Menawan #Tenaga #Nakkurus #TakLapar #FatBurner #KuruskanBadan #Langsing #Menawan # Ramping #SR-9 #UbatKurus

P/s : Bila kurus, langsing dan sihat barulah keyakinan diri tu meningkatkan?

Baca Selanjutnya »

Blogger Day Bersama Dr. Ruban's Skin & Hair Clinic


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas AJ berkesempatan mengikuti Blogger Day bersama Dr. Ruban bertempat di Dr. Ruban's Skin & Hair Clinic atau Nathan Skin Laser & Hair Transplant Center yang terletak di Menara UOA Bangsar....


Masa Blogger Day ni Dr. Ruban berkongsi mengenai Hair Transplant ataupun teknik menanam rambut bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut....
Masalah ni selalunya kerap terjadi kepada kaum Adam dan juga kaum wanita... Pendek kata ianya boleh berlaku pada semua orang....



Kenapa masalah keguguran rambut ni berlaku?

Masalah ini selalunya disebabkan oleh faktor genetik iaitu Alopecia Areata dan Lupus.
 Ianya juga disebabkan oleh penyakit menyebabkan seperti jangkitan kulat dan yang berkaitan dengan penyakit seperti Anemia, gangguan tiroid seperti Hipertiroidisme / Hypothyroidism, Kimoterapi, selepas kehamilan atau penyakit seperti denggi yang dikenali sebagai Telogen Effluvium dan Sindrom Ovari Polycystic .

Masalah keguguran rambut pada lelaki...

Masalah keguguran rambut pada wanita...

Faktor yang menyebabkan keguguran rambut

Banyak perkara yang boleh buat rambut gugur antaranya faktor genetik, gaya hidup kita seperti pemakanan, merokok, tekanan, kurang bersenam, kurang tidur dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk merawat masalah keguguran rambut?

Siapa cakap masalah keguguran rambut tidak boleh dirawat?
Terdapat pelbagai cara untuk merawat permasalahan ni...
Selain pengambilan ubat-ubatan seperti Finasteride, Minoxidil, Diane 25, Biotin dan Zink korang boleh berjumpa pakar untuk menjalankan Hair Transplant....

Kalau nak tau, Dr.Ruban Nathan merupakan pakar yang tidak asing lagi dalam bidang Hair Transplant.
Berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan kes keguguran rambut ni....
Segala yang korang nak tau mengenai beliau : klik sini

Proses Hair Transplant

Terdapat 2 jenis hair transplant iaitu Follicular Unit Transplantation (FUT) atau
Follicular Unit Extraction (FUE)....


 Biasanya contoh rambut akan diambil dan diproses selama beberapa jam bergantung kepada jenis hair transplant...
Rambut itu kemudiannya dicantum dan disimpan dalam plat sejuk...
Selepas itu rambut dimasukkan ke bahagian atau kawasan yang ingin ditanam oleh pakar perubatan terlatih...
Proses ini mengambil masa selama beberapa jam, ianya juga akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada jumlah rambut yang ingin ditanam....
 Lagi banyak rambut yang gugur, lagi banyak banyak masa yang diambil untuk hair transplant ni....

Apa kata korang tengok gambar kat bawah ni kalau nak tau lebih lanjut mengenai apa itu Hair Transplant...


 



Biasanya apabila menjalani Hair Transplant, ianya mengambil masa selama 6 minggu dan keatas untuk rambut tumbuh secara normal.....
Kos perubatan bergantung kepada jumlah rambut yang ditanam...

Kalau nak tau lagi info mengenai Hair Transplant : drruban.com/hair-transplant-surgery

atau layari :

Website : www.drruban.com
Facebook : Dr.Ruban's Skin & Hair Clinic

atau boleh mengunjungi :

Nathan Skin Laser and Hair Clinic

Level 2, Menara UOA Bangsar, No.5, Jalan Bangsar Utama 1
Kuala Lumpur.

Tel : 03 2284 0557 / 03 2282 2388

  Selain hair transplant, Dr Ruban juga membuat pelbagai rawatan lain seperti :

Acne, Laser CO2 Fractional Resurfacing, Laser Hair Removal, Laser Mole Removal, Laser Removal EVUS of OTA, Laser Tattoo Removal, Melasma, Sunspots, Vitiligo, Botox, Psoriasis
 
Laser CO2 Fractional Resurfacing
Vitiligo
Masa Blogger Day tu jugak AJ berpeluang dirawat oleh Dr Ruban sendiri tau...
AJ ni ada masalah jerawat di bahagian badan...
Dr Ruban sendiri dah tunjukkan sikit cara dia buang jerawat-jerawat tu.....
Tak sakit pun.. Cara dia merawat pun teliti...
Hasil dia memang superb!
 
 
So kalau korang nak cuba rawatan di Dr.Ruban's Skin & Hair Clinic boleh contact klinik untuk consultation...
 
Dr.Ruban's Nathan
P/s : Nanti AJ kene buat appointment dengan Dr.Ruban lagi... =D



Baca Selanjutnya »

Quartet Kini Di Nu Sentral


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ingat tak Ketchup Blogger Run yang AJ pegi aritu???
Ahad lepas AJ join Maven Communication sekali lagi ke Majlis Pembukaan Rasmi Quartet di Nu Sentral, Kuala Lumpur...


Ye betul.... Quartet TTDI kini berada kat Nu Sentral okay....
Konsep Quartet Nu Sentral ni masih lagi sama...
Menghidangkan sandwich yang dibuat sendiri tapa bantuan mesin, ditambah dengan pelbagai jenis kopi dan kek sebagai pembuka selera.....
Kat sini lebih menekankan konsep take away dan delivery...
Bagi memudahkan korang, Quartet ada apps mereka sendiri....
So korang boleh order melalui apps dan hanya perlu datang collect makanan korang je...
Buat masa ni, Quartet menyediakan khidmat delivery dalam kawasan berradius 500 meter...
Korang yang berada di sekitara kawasan Nu Sentral, KL Sentral boleh request untuk delivery je.....
Senang kan??
Masa majlis pelancaran lepas kami berpeluang mengenali lebih dekat dengan Pemilik Quartet iaitu En Wandy, Pn Su dan Cik Azian ....
Banyak cerita yang dikongsikan dengan geng #kelabbloggerbenashaari dan team Ketchup....

Quartet ni agak tersorok sikitlah kedudukannya...
So kalau korang nak pegi, ianya terletak berdekatan dengan Fudge n Cream dan Secret Recipe...
1 level dengan Victoria Secret dan berdekatan dengan eskalator menuju ke KL Sentral...
Info AJ sertakan kat bawah....

Jom tengok gambar sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Quartet dan juga makanan yang dihidangkan...
Terima kasih sekali lagi kepada Team KetchUp dan Quartet atas kesudian menjemput kami....
Semoga bertambah success...

Info :

Quartet Nu Sentral
Level C, KL Sentral Link Bridge

Waktu Operasi : 8pagi - 10malam
Dibuka setiap hari
Tel : 03-2276 0360

Sedikit info Mengenai KetchUp Community :
Menurut Mr. Nicholas Pang, KetchUp Community ni mendapat namanya dari Tomato.....
Kenapa tomato???
"Setiap tomato ada sedikit berbeza, berlainan bentuk, jenis dan juga warnanya..
Sedikit perbezaan membuat kita lebih unik jika digabungkan...
Perhimpunan sosial KetchUp akan membawa semua "tomato" bersama-sama, menghargai setiap perbezaan dan mewujudkan keseronokan serta hubungan yang menarik!"

Maksudnya, kalau bergabung kita akan jadi lebih cantik dan kuat! =D
Unik kan?

Nak tau apa lagi acara menarik yang akan dianjurkan oleh mereka boleh klik link-link kat bawah okay...
P/s : Terbayang-bayang Tempala....
Sandwich Tempe best!

Baca Selanjutnya »

Al-Fatihah | Mr. OS Meninggal Dunia di Hari Jumaat, 8/4/16



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru sebentar tadi AJ baca berita pemergian pelawak terkenal era 80'an Mr. OS atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid di usia 55 tahun di Hospital Selayang...
Perkara ini disahkan sendiri oleh anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui status yang diupdate kat laman sosial facebook...

 

Innalillahiwainnalillahirajiun....
Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita pulang....

Gambar yang dimuat naik beberapa hari lepas....
Terkejut AJ mendapat perkhabaran ni....
Baru beberapa hari lepas AJ nampak Una buat ucapan hari lahir buat Allahyarham....
 Jenazah Mr. OS akan dibawa pulang di Gombak, Surau Al-Muhajirin Kampung Sri Gombak Indah, 681000 Batu Caves.....

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dengan tenang selepas usai bersolat dan dalam keadaan berwudhuk...
Alhamdulillah.... Semoga ditempatkan di kalangan insan beriman.....


P/s : Takziah Una, semoga Una sekeluarga tabah dan bersabar atas pemergian Abah....




Baca Selanjutnya »

Malindo's Steak Haus | Murah dan Berpatutan!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay makan lagi! Seorang AJ ni memang makan je keje dia....
Hahahahahhaha...

Kali ni AJ nak bawak korang makan kat Malindo's Steak Haus yang terletak kat Taman Nirwana, Ampang....
Landmark dia kan senang je... Tau Galaxy Ampang tak??
Dekat-dekat situ jugaklah....
Kalau korang tau Me'nate Ampang tu lagi bagus sebab Restoran Malindo's Steak Haus ni belakang Me'nate je.... =D



Malindo's ni baru je beroperasi dan menyediakan Western & Italian Food dengan harga yang murah dan berpatutan....
 Khabarnya Chef di Malindo's mempunyai pengalaman selama 10 tahun tau!
Kedai dia berkonsepkan ala-ala koboi sikit....
Waiter pun pakai topi koboi.... Kuda je yng takde... Hahahahaa....



Kat sini dari segi harga makanan, memang AJ tak nafikan murah gile....
Jarang dah nak dapat harga makanan macam ni dalam keadaan ekonomi sekarang ni....

Kat sini banyak sangat menu yang boleh korang pilih ade Chicken Chop, Lamb Chop, Mix Combo, Spaghetti, Fish & Chips dan sebagainya....
Kalau nak cite kat sini banyak sangat...
Apa kata korang tengok je gambar kat bawah ni.....






 Nampak terliur tak? =P

Lepas tu ade pelbagai jenis minuman buah-buahan...
AJ macam biase, kedondong asam boi jadi pilihan....
Harganya cuma RM4.50 je... Kecur liur dibuatnya...
Tapi agak manis sikit.. Mungkin kalau korang tak suka yang manis boleh request kurang manis la... =D



So kalau korang teringin nak makan makanan barat dengan harga yang berpatutan, korang boleh singgah kat Malindo's Steak Haus ni okay!
Restoran ni beroperasi dari 11 pagi hingga 1 pagi....

Info lanjut :

Malindo's Steak House
B3-10-G Garden City Commercial Centre, 
Taman Nirwana, Ampang.

Tel : 016-263 7769

 Facebook : https://www.facebook.com/malindosteakhouse/

Ehem bawah ni pulak geng-geng #kelabbloggerbenashaari yang turut sama memeriahkan Malindo's Steak Haus...
Masing-masing dah tak pandang kamera dah oi...
Hahahhahahaha


Oh tidakkk!!!! Ade orang nak curik makanan!!!!

 P/s : Bab makan, AJ memang champion! Hahahhaha...

Baca Selanjutnya »