Pinkz Fashion, Semua House KL | Online Je!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

10 hari dah kita berpuasa.... Mesti ada yang dah sibuk cari baju raya semua kan kan kan???
AJ??? Alhamdulillah semuanya dah settle termasuklah untuk family AJ dan juga Mr. JR.....

Okay bukan nak cerita pasal persiapan AJ tapi nak bagitau pasal baju raya AJ...
Siapa penah dengar pasal Pinkz Fashion yang terletak di Semua House KL???
Kalau nak tau Pinkz Fashion ni ade menawarkan pembelian baju raya melalui online tau....
Sekarang ni zaman yang semuanya nak pantas, so baju raya pun online je.....
AJ pun lagi senang cari online je.....
Tak payah nak bersesak dengan orang ramai kan....

Kenapa Pinkz Fashion???

Pinkz Fashion ni memang menawarkan baju-baju yang berkualiti...
Lepas tu yang paling best kan dia ade size 34... Yup size AJ ni petite... 
Sekarang ni banyak butik yang tak jual baju size 34 tau... Paling kecik pun 36... :(
So aritu ternampak ada yang size 34 lajulah AJ scroll-scroll.....
Lepas tu pulak banyak pilihan yang ada bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.....
Pilihan size pun dari 34 (XS) sehingga 48 (4XL)

Design-design yang ada pun cantik-cantik belaka...
Rambang mata AJ nak pilih.....
Akhirnya AJ pilih 2 pasang dari Pinkz Fashion....

Yang pertama AJ pilih Baju Kurung Moden Ayue | N30122...

Terus melaram depan cermin =D
Nama koleksi pun dah tersama dengan nama.... Lepas tu pulak baju dia diperbuat dari lace...
Memang so Ayue la kan....
Kalau siapa yang betul-betul kenal AJ mesti sedia maklum yang AJ ni memang penggemar lace...
Tak sah kalau takde lace.... Hihihihi...



Baju Kurung Moden Ayue didatangkan dalam 3 warna Turquoise, Magenta & Peach...
AJ pilih warna Peach sebab AJ ni kasar orangnya.. Kalau pakai warna-warna lembut kan nampak lembut sikit....
Aritu masa photoshoot AJ dah siap rasmikan baju ni dah....
Dia berzip kat belakang dan berzip di lengan... Wudhu friendly...
Materialnya pun 100% Polyester dan tentunya lace....

Ni gambar AJ masa pakai Baju Kurung Moden Ayue untuk photoshoot tempoh hari...

Photo by : Akid

Photo by : Amirul

Kredit to Photographer : Akid dan Amirul dari Senigala Studio & Photography
Kalau korang nak dapatkan khidmat Photographer boleh contact diorang tau.... =D

Untuk baju yang kedua pulak AJ pilih Baju Kurung Moden Xiandra | N30119


Baju kurung Xiandra ni AJ suka sebab dia sangat simple dan ade perincian Manik kat bahagian depan baju tu....
Lepas tu lengan dia ade butang balut dan lengan dia jenis bubble / puff..... Elok je terletak tau....



Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Peach, Grey dan Mint Green.....
Setiap 1 warna tu kan ade 2 tona..... Baju dan kain warna lain-lain....
AJ pilih warna Mint Green.... Cantik pulak bile tengok.....
Dari segi material pulak Baju Kurung Moden Xiandra diperbuat daripada 92% Polyester, 8% Spandex untuk baju.... Manakala kainnya pula 100% Polyester....
Bile sentuh baju dia, terasa kelembuatan kain tu tau... Pakai pun tak panas.....
Selesa habis.....
Lepas tu design baju dia pulak hi low.... Panjang di belakang...
So kalau nak pakai dengan jeans favourite pun sesuai... =D


Close-up sikit detailing manik pada baju AJ
Kredit to Photographer : Adam

Sebenarnya banyak lagi koleksi pakaian yang terdapat di Pinkz Fashion...
Meh AJ tunjuk sikit bagi korang lebih teruja....










Cantik-cantik kan????
Actually banyak lagi design dari Pinkz Fashion ni tau.....
Jubah pun ada... =D

Macam mana nak dapatkan koleksi-koleksi Pinkz Fashion?
Haaaaa... Apa tunggu lagi layari laman sesawang kat bawah ni okay :

Facebook


Instagram


Whatsapp 

016-3266406

Untuk size measurement, boleh refer terus kat FB ataupun whatsapp je mereka....
Diorang akan guide terus bab size... :)

Kalau korang rajin nak singgah ke butik pun boleh jugak....
Pinkz Fashion terletak di Semua House KL bersebelahan dengan Kedai Emas Seri Pinang...

P/s : Raya sakanlah AJ!


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan Murah di Kafe The Chef, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

2 hari lepas AJ berkesempatan berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan Murah di Kafe The Chef, Shah Alam dengan beberapa orang rakan dari #KelabBloggerBenAshaari...
Seriously memang harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dengan kepelbagaian hidangan makanan yang pasti menambat selera korang....

Sebelum AJ cerita lebih lanjut AJ nak bagitau korang harga Buffet Ramadhan kat sini dulu...
Untuk orang dewasa harganya RM 39.90 dan kanak-kanak RM 19.90 sahaja......
Memang berbaloi okay!


Kafe The Chef ni terletak di Kota Kemuning ...
Landmark dia senang je bersebelahan dengan Gamuda Walk.....
Kalau dari tepi jalan tu memang dah boleh nampak dah.....
AJ memula 2-3 kali lalu tapi tak perasan... Hehehehehe...
So AJ bagi korang landmark bagi memudahkan korang jumpa lokasi dia....


Kalau Buffet Ramadhan mestilah nak cerita pasal menu yang terdapat kat sini kan....
Kafe The Chef ni ada macam-macam jenis hidangan seperti hidangan Melayu, Western dan yang paling special kat sini ialah Mongolian Barbeque....
Kalau nak makan Mongolian BBQ ni korang boleh pilih sendiri makanan laut, ayam dagimg atau isi ikan dengan beberapa sayuran yang segar...
Lepas tu korang kene pilih sos BBQ yang korang nak...
Kemudian chef akan grill pilhan korang tu betul-betul depan mata.....
Panas-panas lagi... =D
 Kat bawah ni antara pilihan yang ada.....



Pilihan SOS


Ehemmm... Ni pulak apa yang AJ amik....
Nyum nyum.... Memang sedap wa baq ang....
Grill dia pun tak terlalu masak dan tak mentah... Sedang-sedang elok je....
AJ pilih sos Thai.. Pedas!

Sebelum
Selepas
Selain tu terdapat juga hidangan masakan Melayu...
Terdapat lebih kurang 60 juadah yang boleh korang pilih...
AJ sampai rambang mata tak tau nak pilih yang manalah! Hahahahahha...
Rase macam nak makan semua yang ada okay....
Mana tak nye... Cer korang intai kat bawah ni...


Pilihan ulam dan sambal belacan serta buah-buahan


Haaaaaa... Terliur tak?

Selain dari tu terdapat juga beberapa jenis hidangan western...
AJ suka sangat beef lasagna dengan cauliflower dengan cheese..
Tak penah lagi AJ cuba ni... Selalu cauliflower orang masak goreng-goreng je atau masukkan dalam sup... =D


Pilihan kuih muih dan pencuci mulut pun banyak tau....


Tak lengkap rasanya kalau Buffet Ramadhan tanpa kambing golek....
Dengan harga berpatutan yang korang bayar, korang boleh makan kambing golek tau.....
Best kan? Dahlah murah.. Ada kambing golek lagi.. =D


Kami juga sempat merasa Air Pandan 3 layer..
Selalu ade Teh 3 layer je kan??
Kat sini ada Pandan 3 Layer okay...
Rasa dia sedap sangat... Selain rasa pandan, AJ rase ade macam rase cendol sikit... Hihihihi...


So far overall makanan disini tidak mengecewakan...
Semuanya sedap dan kene dengan selera AJ...
Kalau tak, masakan penuh 1 meja dengan makanan kan??
Hahahhahahahahah....

Penuh meja dengan makanan
Okay kalau korang nak berkunjung ke sini korang boleh tengok info kat bawah ni...

Alamat :

Kafe The Chef
43 Persiaran Anggerik Vanilla,
Bussiness Park 1,
Seksyen 31, Kota Kemuning
(Bersebelahan Gamuda Walk)

Waktu Operasi :

6 petang - 10 malam (Ramadhan)

Telefon :

03-55253787
012-3171707

Facebook :


Instagram :


Di kesempatan ini AJ nak ucap jutaan terima kasih kepada Chef Azman Zainal Aziman dan Kak Ezlin selaku owner Kafe The Chef untuk juadah berbuka yang sedap ni....
Korang semua apa lagi...
Jangan lupa buat booking tau... Pasti tak mengecewakan!

Bergambar kenangan dengan Chef Azman Zainal Azinam dan Kak Ezlin (kanak sekali)

P/s : Nanti nak repeat dengan family AJ pulak...


Baca Selanjutnya »