Plan Kejutan Buat Yang Tersayang Di Flora Kafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa kat sini suka buat kejutan???
AJ nak bagitau korang 1 tempat untuk korang buat kejutan buat yang tersayang....
Flora Kafe yang terletak di AmpWalk,Jalan Ampang..
Lokasi nya bersebelahan Hotel Sucasa / The Nomad....

Namanya pun dah Flora Kafe kan, berada di sana akan membuatkan korang terasa macam kat Taman Bunga..
Dekorasinya yang cantik buat korang rasa tenang dan damai....
 Hati pun berbunga-bunga je okay... =D
Kalau korang ada plan nak buat makan malam romantis dengan pasangan, sinilah tempatnya...
Kalau takde pasangan nak surprisekan keluarga pun boleh...
Dan korang bebas pilih tema yang korang nak...
Nak hias belon ke, nak tabur kelopak bunga atas table ke, ikut citarasa korang la... =D


Jom AJ bawak dulu korang pusing sekitar Flora Kafe...



Selain dekorasi AJ boleh katakan makanan kat sini memang sedap-sedap belaka...
Yang specialnya kat sini adalah Masakan Melayu nya....
Sekarang ni susah jugak nak dapat restoran yang mengetengahkan masakan Melayu kan??

Bila cakap pasal menu kan, tak sah kalau takde gambar kan?
Meh AJ nak share sikit pilihan makanan yang ada...
 Oh ya, masa AJ pegi tu memang dah penghujung puasa, so lauk pauk semua ada...
 Bila korang pegi nantiu kan, boleh order je masakan apa yang korang nak.... =D





Apa macam terliur tak??
Jangan kata kakak tak payung okay...
 So kalau korang dah ade plan apa kata terus hubungi Flora Kafe je....

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai pakej di Flora Kafe, layari facebook FloraKafe...

Atau terus ke alamat :

Flora Kafe, 
Lot G.08B-1, Ground Floor, The Ampwalk 218,
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 10 pagi - 10.30 malam.

Atau hubungi :

03-21618010 / 012 20700166 (Mell)

P/s : Kejutan siapa yang tak suka kan?

 
Baca Selanjutnya »

Zack Kapcai Komedi Terbaru Taruhan MIG Picture Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Jumaat lepas AJ diundang untuk menghadiri Majlis Hari Raya dan Movie Gathering filem Zack Kapcai Komedi Terbaru Taruhan MIG Picture Sdn Bhd yang bertempat di eCurve, Mutiara Damansara...
Kalau korang nak tau filem Zack Kapcai dah mula ditayangkan dari 14 Julai yang lepas....
Dah tengok ke belum??? Rugi tau kalau tak tengok!

 Filem ke-133 terbitan MIG Picture ni diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni menggabungkan beberapa nama besar dalam industri perfileman seperti Fad Bocey, Syuk SYJ, Rahim R2, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shahfiez dan juga mengetengahkan bakat baru Julia Farhana Marin...


Sinopsis Filem Zack Kapcai

Mengisahkan Zack (Fad Bocey) seorang anak muda yang suka berlumba motosikal tapi minatnya ini ditentang oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan) kerana bapa kandung Zack, Rudy (Rahim R2) merupakan Raja Kapcai...
Kerana gelaran Raja Kapcai ini rumahtangga Minah dan Rudy berkecai....

Zack bagaimanapun mengetahui rahsia yang disimpan kemas oleh ibunya dan ke Kuala Lumpur bagi mencari bapa dan adik perempuannya dibantu oleh rakan baiknya Roy (Syuk SYJ) dengan motorsikal milik bapanya walaupun sebelum itu hubungan persahabatan Zack dan Roy goyah gara-gaya Qistina, motorsikal kesayangan Roy...

Dalam pencarian Zack, pelbagai perkara yang telah terjadi...
Apakah yang telah terjadi??? Korang kene tengok sendiri Filem ni.... =D



Zack Kapcai meletakkan elemen permotoran tapi bagi AJ filem ni mengandungi mesejnya yang tersendiri...
Filem ini menyelitkan unsur kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dan percintaan menjadikan ianya komedi yang begitu dekat dengan masyarakat...
Plot penceritaan dia pun tak berat malahan komedi yang bersahaja yang dimuatkan dalam filem ni memang buat korang tak kering gusi...
Bayangkanlah AJ sendiri pun asik tergelak je sepanjang cerita ni ditayangkan....
Filem komedi yang tak meleret menjadikan filem Zack Kapcai sangat menghiburkan...

 So korang memang kene tengok cerita ni...
Best dan kelakar sangat tau! Lagi sekali AJ cakap RUGI tak tengok!


Okaylah semasa Majlis Hari Raya dan Movie Gathering tu, kami dijamu dengan buffet steamboat dari Pak John Steamboat & BBQ...


Pada majlis ni jugak Mejar (K) David Teo juga telah menyampaikan sepatah 2 kata dan ucapan hari Raya serta meminta maaf sekiranya ada keterlanjuran kata yang mengguris hati semua... 


Mejar (K) David Teo juga turut memberikan duit raya kepada semua tetamu yang hadir...
Terima Kasih Mejar (K) Davis Teo... Fuhhh.. Duit raya pertama AJ ni... =D
Turut hadir memeriahkan suasana Serina Redzuawan, Epy Kodiang dan Julia Farhana Marin...


Selain Zack Kapcai, MIG Pictures Sdn Bhd juga bakal menayangkan beberapa buah filem lagi pada penghujung tahun ni seperti Volkswagen Kuning pada 22 September nanti, Dorm Melati dan Hospital. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem ni tau....
Sebelum tu tengoklah Zack Kapcai dulu.. =D

Layan dulu video sekitar Majlis Hari Raya dan Movie Gathering filem Zack Kapcai trailer kat bawah ni dulu...

 Jangan tanya kenapa banyak seorang budak rambut hijau... Hahahahhaha...


Bawah ni pulak AJ bagi gambar special sikit untuk korang...
Sekitar  penggambaran Zack Kapcai...




 




Okay dah...
See u when i see u okay..

P/s : Stress pulak, nak tengok Zack Kapcai lagilah....

Baca Selanjutnya »

Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih dengan Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

30 Jun, hampir ke penghujung Ramadhan, AJ berkesempatan Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih dengan Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview, yang terletak di Menara Arina Uniti, Kampung Baru Kuala Lumpur...
Majlis bertemakan "Langit dan Hati yang Terbuka" ini dianjurkan sendiri oleh D'Arina Skyview dengan kerjasama Persatuan Pereka Fesyen Muda (Young Designer Arena @ YODA) dan juga Persatuan Seniman Malaysia...


Pada majlis ini diselitkan juga sedikit sumbangan Hari Raya buat Anak-Anak Yatim, tazkirah dari Imam Muda Yusuf Din dan juga persembahan dari artis di bawah naungan Seniman...
Seronok tau tengok anak-anak yatim ni gembira... =D
Comel sangat diorang ni...





Oh ya... Pasal D'Arina Skyview ni kan, AJ tak penah tau pulak kat KL ni ada tersembunyi 1 tempat makan dengan view yang cantik kat Kampung Baru ni tau..
Masa majlis iftar ni baru AJ perasan okay....
Kalau nak tau kat sini ada disediakan Pakej hidangan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri okay..
Terdapat banyak hidangan yang disediakan antaranya Soto ayam, aneka kuih muih, lontong, rendang, kuah kacang, lemang, ketupat, nasi putih, nasi beriyani, ayam masak merah, daging kurma, daging masak hitam, satay, bubur kacang, buah-buahan tempatan dan sebagainya....

Cakap je tak guna kan?
Jom jamu mata dengan hidangan yang ada...












Dan tak lupa star of the day.....


Kambing Golek!!!!

Memang meriah makanan dia....
AJ sampai tak tau nak pilih mane yang nak makan....
Lepas tu kan yang bestnya sambil makan, korang boleh menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur okay....
Kat sini open air tau... Takde dinding cermin bagai... Udara segar punya.. =D
Selain tu kemudahan surau juga ada disediakan untuk kita bersolat....

Kalau korang sendiri nak rasa keenakkan makanan di D'Arina Skyvew boleh hubungi :

Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview (RM45)

Alamat :
Tingkat 20 Menara Arina Uniti, 
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Telefon : 03 - 2202 7353
Whatsapp : 017 - 229 4669

P/s : Nanti nak celebrate birthday abah kat sini la... =D

Baca Selanjutnya »

Iftar Meraikan Anak-Anak Yatim di PICC


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Pada 16 Jun lepas AJ dan Mr.JR serta geng #kelabbloggerbenashaari berkesempatan menghadiri Iftar meraikan anak-anak yatim di PICC....


Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan untuk meraikan lebih kurang 80 orang  kanak-kanak dari YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)....


YAKIN Malaysia merupakan satu badan kebajikan yang berperanan sebagai "Pusat Rundingan Cara Harian". Lebih kurang macam One Stop Centre.
Pusat jagaan tidak berkediaman yang menjadi pusat khidmat nasihat, penyelaras dan penyalur maklumat dalam pelbagai aspek seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, perubatan, perumahan dan sebagainya. 

RUKESA pula adalah sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menaungi lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang berusia dalam linkungan antara 3 hingga 12 tahun.



Sekiranya korang berniat untuk memberi sumbangan pada mereka atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk info dibawah :

YAKIN Malaysia

BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA, 
99-3 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-9201 6695 / 012-208 1547
Fax : 03-9285 0853 / 03-9282 3853
Email : malaysia_yakin@yakinmalaysia.com

Sebelum berbuka, anak-anak syurga ini diberikan sedikit sumbangan duit raya oleh YBhg Dato Badlishah Hj. Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif  Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X)...
Wahh tersenyum lebar adik-adik kita tau.. =D



Pada majlis ini kami dijamu dengan lebih daripada 300 juadah oleh Cafe@PICC untuk bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya"
Sedap-sedap makanan nya tau....
Alhamdulilah rasa seronok bila tengok anak-anak syurga ni makan...
Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu bila nampak senyuman mereka....
Sebenarnya dalam kita tak bernasib baik ada lagi yang lebih kurang bernasib baik pada kita tau....


Insyaalah kalau lain kali ada lagi majlis Iftar dengan anak-anak yarim ni AJ ak join lagi...
Nak kongsi sedikit kebahagian dan kegembiraan dengan mereka....


P/s : Seronok!

Baca Selanjutnya »