Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ bersama geng #kelabBloggerBenAshaari pegi menjejak hantu..
Kat mana??? Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon....


Yup betul kat Sunway Lagoon sekarang ni memang banyak sangat hantu yang berkeliaran....
Kalau korang nampak tu jangan takut okay...
Baca je apa-apa yang patut, larilah hantu tu nanti...... =P

Okay sebenarnya AJ nak bagitau korang Ghostbusters Adventure Live di Scream Park ni merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Taman Tema Air tak asing lagi Sunway Lagoon...
Sejak dibuka 7 tahun lepas, ni pertama kali Scream Park membawakan Ghostbusters Adventure secara langsung untuk para pengunjung.... 


Kat sini korang boleh jumpa dengan karakter dan hantu depan-depan muka..
Kalau pegi rumah hantu, korang boleh tengok hantu yang statik je... Tapi kat sini hantu-hantu nya memang berkeliaran je kat dalam tu.....
Sesiapa yang penakut tu memang gugur jantung....


Keadaan dalam Scream Park tu memang tersangatlah gelap.....
So pemandangan korang dalam tu memang terhad....
Hantunya pulak memang real! Sumpah sepanjang dalam tu memang banyak kali AJ terkejut...
Bayangkan dalam keadaan yang gelap tu korang kene terjah dengan hantu.... Nasib tak terpelanting segala benda dalam tangan masa tu.....


Perjalanan menakutkan lebih kurang 20 minit ni memang betul-betul ikut sebiji macam lokasi dan jalan cerita Ghostbusters tau... Rugilah kalau korang tak pegi dan rasai sendiri pengalaman tu...
Bagi AJ tarikan terbaru ni memang best dan tak terdapat lagi kat mana-mana...
Perasaan dalam tu tak macam korang pegi rumah hantu kat funfair... Lain sangat..
Hantu pun lebih real...
AJ memula masuk tu gelak-gelak lagi..... Dah berjalan dalam tu terkeluar segala latah mak nenek...

 Jom AJ tunjuk korang sikit apa ade dalam tu...





Takut tak????

Encik tengko!
Okay bagi  korang nak merasai sendiri pengalaman Ghostbusters Adventure Live di Lynton V. Harris Scream Park, Sunway Lagoon, ianya sudah dibuka kepada pengunjung bermula 14 Julai 2016 yang lepas....


Kunjungi Sunway Lagoon sekarang okay!

Tiket berharga :

RM150 (12 tahun keatas)
RM120 (12 tahun kebawah)

Waktu operasi :

11 pagi sehingga 6 petang (setiap hari)

Info lanjut hubungi :

+603-56390000 


Okay berita baik untuk korang!
Sekarang ni ada contest "Spend and Win" untuk rakyat Malaysia yang berbelanja RM300 dan keatas dalam 1 resit...
Korang berpeluang memenangi sebuah Proton Iriz...
Apalagi?? Pegi Sunway lagoon sekarang okay!

Ghostbuster Contest
*terms and conditions apply*


AJ ade teka teki untuk korang ni...
Dalam gambar kat atas ni kan, korang rasa sapa jerit paling kuat????
Hahahahahahahaha.....

P/s : Habis kene kejar hantu berendam pulak kat dalam kolam Sunway Lagoon tu...
Memang terus gelap kulit AJ lepas tu.. Hahahhaha.....


Baca Selanjutnya »

#AltheaTurns1 | Happy Birthday Althea!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


 
#AltheaTurns1
Happy Birthday to You...
Happy Birthday to You...
Happy Birthday to You... Althea Korea
Happy Birthday to You...

 Hari ni 20 Julai merupakan ulangtahun Althea Korea yang pertama...
Yeayyyy!!! Rasanya semua orang tau Althea merupakan gedung online kosmetik terkenal yang menawarkan pelbagai jenis barangan kosmetik terus dari Korea....
Haaaaa... Dengan pembelian RM150 keatas, korang akan dapat free shipping tau....

Tapi kannnnnn.. Sempena ulangtahun Althea Korea yang pertama ni korang akan dapat lebih banyak hadiah menarik, free goodies bersaiz besar dan juga boleh join contest di Instagram dan berpeluang memenangi Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! Siapa tak nak kan???


Lagi?? Apa lagi yang menarik sempena ulangtahun Althea bermula 20/7 sehingga 31/7???
Banyak lagi sebenarnya okay...

Jika anda membuat pembelian bermula hari ini 20/7 onwards korang akan dapat Limited Edition Birthday Box (It's soooo PINK!) yang disertakan dengan DIY Party Kit...
*Sementara stok masih ada


Untuk 1,500 pembeli pertama bermula hari ini korang akan dapat free goodies bersize besar...
Pssttt... Jangan lupa gunakan kod : ALTHEATURNS1
*Sementara stok masih ada



Special Birthday Giveaway : Pilih 3 produk Top Sellers dan dapatkan 100% rebat yang akan dikreditkan di dalam akaun Althea korang.. =D


 Dannnnn... Instagram contest!!
yang ni AJ memang suka....
Gunakan kretiviti korang menghias DIY Party Kit yang disertakan dalam Limited Edition Birthday Box dan post gambar di instagram dengan ##AltheaTurns...

 Menarik kan?? So apa lagi pegi ke website ALTHEA KOREA sekarang dan rebut peluang untuk memenangi banyak hadiah hebat...

Sebelum tu AJ nak tunjuk dengan korang apa yang ade dalam Birthday Box AJ tu....
Seminggu tau simpan rahsia.... Now it's time to reveal the secrets... =D


 Dan AJ actually ade buat 1 video youtube.....
Hahahhahaa... My 1st time ever okay...
Neves gile kot... Tapi demi Althea Korea punya 1st Birthday, AJ buat jugak...
Mohon jangan kecam.... Baru tau macam mana rasa dia...
Susah jugak ek nak buat video ni.... AJ tak edit pun, ni pun dah berapa kali retake.. =P
Dengan pronounciation yang kelaut tu... Hehehhe..


Dah tengok?? Jangan ketawa tau...
I'm still learning.. =D

So once again....

Happy Birthday Althea!
Semoga terus success okay...

P/s : Makeup isso called beauty without pain.. =D

Baca Selanjutnya »