Lirik Lagu Permata Cinta - Aiman Tino

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah 2 hari lagu ni duk main dalam kepala otak AJ...
Haahahhaaha...
Sebenarnya masa tengah dengar lagu kat Youtube, tetibe autoplay lagu ni...
Sedap jugak didengar dek halwa telinga AJ...
Penyudahnya melekat....

https://i.ytimg.com/vi/oVqTP-PzFfE/maxresdefault.jpg

So nah AJ nak bagi lagu ni melekat dalam kepala korang pulak...
Heheheheheh...


Lirik Lagi Permata Cinta - Aiman Tino

Lihat diri ini, tatap mata ini.
Adakah aku pendusta cintamu...
Renungku disini didalam hati ini,
Adakah aku insan yang engkau cintai...

Mana kau campakkan hatiku,
Hati yang ku berikan padamu kasih...
Semua jawapannya ada padamu...

Ku disini kan setia menunggumu oh kasihku..
Meskipun maut mendatang menjemputku...

Mengapa kau pergi dari diri ini,
Mengapa harus kau merelakan aku..
Mudahnya kau melepaskan ku oh kasihku
Mudahnya kau mencari teman penggantiku...

Mana kau campakkan hatiku,
Hati yang ku berikan padamu kasih...
Semua jawapannya ada padamu...

Ku disini kan setia menunggumu oh kasihku..
Meskipun maut mendatang menjemputku...

Mana ku campakkan hatimu,
Hati yang kau berikan padaku kasih...
Semua jawapannya ada padamu...
Ku disini kan setia menunggumu oh kasihku..

Meskipun maut mendatang...
Menjemputku...


Best kan? AJ dah tahap ulang-ulang 40 kali dah ni.... 💓💓💓💓💓💓

P/s : Fefeeling...

Baca Selanjutnya »

Jalan-Jalan Japan | 1 Lagi Fenomena Terbaru Jepun di Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jalan-Jalan Japan 1 lagi fenomena terbaru Jepun yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada 18 November ini bertempat di One City Mall, USJ....

Sejak awal 90an Jepun dilanda fenomena dari dunia luar seperti fesyen dan sebagainya...
Disebabkan mereka mempunyai kemampuan tetapi memiliki ruangan simpanan yang terhad menjadikan lambakan barangan preloved disana terlalu banyak....
Sehubungan itu mereka menjual pelbagai jenis barangan preloved yang berkualiti dan baru untuk kegunaan orang lain termasuk kereta, pakaian, barangan am dan sebagainya...
Dari situ tertubuhnya Bookoff Corporation yang mempunyai lebih 800 outlet di Jepun...

Di Malaysia pula, Jalan-Jalan Japan yang akan dibuka ini adalah 1 outlet dimana mereka menawarkan pengalaman membeli-belah kontemporari untuk semua....
Sebagai pembeli, kita selalunya memang suka tawar-menawar...
Di Jalan-Jalan Japan korang boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan bajet korang sendiri....
Dengar kata #hargagiler...


Jalan-Jalan Japan ditubuhkan oleh Bok Marketing Sdn Bhd gabungan antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn.Bhd dan Koike
Corporation Limited.


Kalau nak tau apa itu Jalan-Jalan Japan korang boleh datang ke One City Mall, USJ pada 18 November nanti...

Info :
Level 1A, One City Mall, USJ.
Business Hours: 10.00am 10.00pm
Facebook page:
Jalan Jalan Japan.Malaysia
Instagram: https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/

P/s : Khabarnya barangan kat situ memang #hargagiler

Baca Selanjutnya »

Bandoru Store | Mall "Preloved" Berkualiti Tinggi Pertama dan Terbesar Di Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Rabu lepas AJ berkesempatan mengunjungi pra-pelancaran Bandoru Store yang merupakan Mall "Preloved" Berkualiti Tinggi Pertama dan Terbesar Di Malaysia...
Pra-pelancaran ini bertujuan untuk para blogger dan media melihat sendiri barangan yang dijual di Bandoru Store yang akan dibuka secara rasminya adalah pada 5 dan 6 November ini....
Lokasinya terletak di tepi Plaza Tol Batu 3 menghala ke Shah Alam....
Paling tepat sebelum melepasi tol berdekatan stesen minyak Shell dan Petronas dan Al-Ikhsan....
Korang boleh waze je Bandoru... =D


Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved atau lebih dikenali sebagai "bundle" dikalangan orang kita tetapi berkonsep lebih moden dan terkini dengan persekitaran yang selesa seperti di mall-mall terkemuka...


Menurut En Wafi selaku founder Bandoru Store, apa yang berlainan mengena bandoru adalah barangan yang dijual sememangnya berkualiti tinggi dan keasliannya juga tak perlu diragui....
harga yang ditawarkan juga dijamin mampu milik kerana beliau mahu mereka yang tidak mampu untuk memiliki pakaian berjenama boleh bergaya dengan koleksi preloved dari Bandoru...
Semua barangan preloved untuk semua golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak ini diimport dari Jepun dengan beberapa peringkat pengasingan bagi memastikan pakaian yang dibekalkan benar-benar berkualiti dari segi material, jenis dan keasliannya selaras dengan slogan Bandoru Store sendiri iaitu " Better Than New "...

Pelbagai barangan yang ditawarkan seperti baju-T, kemeja, jeans, sweater, beg tangan, kasut dan beberapa aksesori berjenama....
bagi penggemar dan peminat koleksi "vintage" dan "rare" pula, korang boleh dapatkan di Bandoru Store dengan harga yang cukup berpatutan....






AJ dan rakan media yang hadir berpeluang mencuba sendiri pakaian yang akan dijual di Bandoru Store, ternyata kualiti yang dikhabarkan oleh En Waf tak dapat disangkal oleh kami...
Jom tengok apa yang AJ sempat cuba...







Sempena pembukaan rasmi Bandoru Store pada 5 November ini, pelanggan boleh mendapatkan baucer diskaun sebanyak 20%  dengan hanya mengikuti langkah mudah di :


Jangan lupa ikuti segala update mengenai Bandoru di laman sosial mereka :

Facebook: Bandoru

Instagram:  @bandorumalaysia

Twitter:  @bandorumalaysia

So apa lagi? Jumpa korang masa pembukaan rasmi esok..
Jangan tak datang tau... 
Penjualaan di Food Truck dan pelbagai aktiviti menarik menanti korang.....

P/s : Esok AJ akan berada kat sana selepas pukul 3...
kalau jumpa jangan lupa tegur tau!

Baca Selanjutnya »