Jalan Jalan Japan | Pengalaman Membeli-Belah Menakjubkan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dijemput untuk ke Jalan Jalan Japan (JJJ)...
Masa mula-mula kan, AJ ingat Jalan Jalan Japan ni macam travel agency....
Tapi sangkaan AJ meleset....
Rupanya JJJ ni concept store yang membekalkan barang-barang preloved dari Jepun...
Bukan sahaja pakaian dan kasut malahan barangan sukan, permainan kanak-kanak dan juga perabot juga dijual disini dari pelbagai jenama terkenal di Jepun...


Jalan Jalan Japan ni memang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan dan lain daripada yang kita alami....

Outlet hasil usahasama Bok Marketing Sdn Bhd serta gabungan antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn.Bhd dan Koike Corporation Limited....
Ianya merupakan outlet mereka yang pertama di Malaysia akan dibuka kepada umum mulai 18 November 2016 ini....
Terletak di One City Mall, USJ 1 ianya sangat luas dan ada 2 tingkat pasti memberi keselesaan kepada pembeli...


AJ ni jarang sangat beli barangan dalam kategori preloved, tapi kat sini AJ berani nak beli sebab ianya bersih dan barangan yang dijual juga merupakan antara barangan yang terpilih....
Dari segi harga pulak memang korang akan berpuas hati...
Harga giler Jalan Jalan Japan bermula dari serendah RM 2 sahaja
Yup RM 2 sahaja!


Masa AJ pegi soft launch dia, AJ berjaya habiskan RM 200...
Tapi RM 200 tu korang boleh shopping bak raja...
AJ dapat beli 2 handbag, 3 pasang kasut, 1 sleeping bag dan berpasang-pasang jaket dan dress....
Sampaikan orang kat sana pun teruja tengok AJ shopping tau...
Kualiti barang pun thorbaik! Nampak baru dan paling penting takde bau tau!


So kalau nak merasai sendiri pengalaman membeli-belah yang menakjubkan macam AJ dah alami, korang boleh berkunjung ke Grand Opening Jalan Jalan Japan esok....
Korang boleh tengok details kat bawah ni..

Tarikh : 18 November 2016

Masa : 10 pagi - 10 malam

Tempat : 1A Skypark One City, 
Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya.

Maklumat lanjut korang boleh ke laman-laman sosial mereka seperti di bawah..


Instagram : @jalanjalanjapanmy

Lepas tu AJ nak bagitau berita baik...
100 orang pertama akan dapat diskaun 10% tau..
Dahlah harga giler, dapat lagi diskaun...
Memang harga giler giler lah wehhh!!!



Esok jangan lupa tau....
Korang KENA pegi Jalan Jalan Japan!

Jom AJ bawak korang Jalan Jalan Japan...













Murah kan??

P/s : Tunggu tau!



Baca Selanjutnya »

Promosi Akhir Tahun Traveloka


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula...
AJ pasti ibubapa sekarang tengah sibuk merangka percutian keluarga kan?
Yelah masa cuti akhir tahun ni la ramai yang berpeluang cuti panjang...
Anak-anak cuti, ibubapa pun mesti nak clearkan cuti jugak kan?
Dan masa ni jugak banyak promosi akhir tahun muncul... Nak berjimat? Sekaranglah waktunya....

Baru-baru ni kawan AJ ada bertanya pasal tempat penginapan yang selesa dengan harga yang menarik...
Since AJ selalu travel, memang AJ biasanya menjadi kaunter pertanyaan la...
Runsing kawan AJ tu fikir mana nak bawak anak-anak bercuti...
Budak-budak kan, cuti sekolah ni la masa mereka nak relax sekejap... =D 

Kat sini AJ nak war-warkan yang Traveloka ada banyak promosi sempena akhir tahun ni...
Banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh ibubapa mengikut bajet masing-masing tau...
Ada lebih daripada 100 buah hotel bukan sahaja di Malaysia, malahan di Indonesia, Thailand, Singapura dan banyak lagi lokasi yang boleh ditempah dengan harga yang sangat menjimatkan!
Fuhhh... Diskaun yang ditawarkan memang buat korang rasa nak bercuti di banyak tempat dalam 1 masa...
Kalau nak tau senarai hotel yang menawarkan diskaun hebat ni korang boleh klik sahaja https://www.traveloka.com/en-my/promotion


 
Selain hotel, Traveloka juga menawarkan pakej penerbangan ke setiap destinasi percutian...
Cakap je nak bercuti di mana, Traveloka ada jawapannya.. =D

AJ rasa kalau korang tak amik peluang dengan promosi akhir tahun Traveloka ni memang rugi sangat...
Tawaran dari mereka memang sangat mengujakan.... AJ pasti korang takkan boleh kata TIDAK dengan promosi yang ada...
Ada weekend promo dan juga promosi untuk pemegang kad kredit...


Banyak sangat pilihan hotel dari 3 bintang sehinggalah ke 5 bintang ditawarkan....
Harganya memang tak masuk akal...
Yelah selalu cuti sekolah je harga bilik hotel mesti melambung tinggi...
Sebab masa ni la ramai orang menempah bilik hotel...
Tapi dengan Traveloka, masalah harga bukan lagi masalah!

Kat sini AJ nak suggest beberapa hotel yang AJ tengok macam menarik je...

Kalau untuk percutian bersama keluarga korang boleh pilih The Legend Resort Cherating....
Terletak betul-betul tepi pantai...



Selain tu korang juga boleh pilih beberapa hotel di kawasan peranginan lain seperti Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya...

 

Hotel Tubotel, Langkawi untuk mereka yang merangka percutian santai dan bersahaja..

Akhir tahun ni pun ramai yang melangsungkan perkahwinan kan?
Time cuti panjang ni la boleh merangka honeymoon kat dalam dan luar negara....
AJ sarankan korang pegilah Indonesia....
Ramai kawan-kawan AJ kata Indonesia ni banyak tempat menarik jugak tau... Nak-nak untuk pasangan baru berkahwin ni....



Yang ni kan Mega Boutique Hotel & Spa yang terletak di Kuta, Bali....
Best ni, tepi pantai gitu...



Ini pulak Hotel Santika Seminyak juga d Bali Indonesia...
Sesuailah untuk mereka yang idamkan percutian romantik... =D

Baru ni AJ ada ke Hatyai dan Songkhla, Thailand tau...
AJ stay kat Hatyai Palace.... Hotel ni 3 bintang, tapi dia punya selesa macam 5 bintang okay....
AJ tengok promosi akhir tahun Traveloka ni memang melampau-lampau murah pulak harganya....
Ni yang buat AJ nak bercuti lagi dan lagi....
Tengok? Bukan ibubapa je fikir nak cuti kat mana sempena cuti sekolah ni...
Yang belum berstatus ibubapa pun nak cuti jugak! Hahahahha....





 So apa tunggu lagi?
Layari https://www.traveloka.com/en-my/ dan pilih tempat penginapan idaman korang pada harga diskaun...
Jimat kan?
Duit yang extra tu boleh la pakai untuk shopping masa bercuti nanti.....

Nak lagi mudah korang boleh download je aplikasi Traveloka di telefon bimbit korang....
Dengan Traveloka segala urusan untuk bercuti jadi cukup mudah....
Dapat tarikh yang sesuai dan tempat yang menarik, 5 minit je dah siap semua..
Tinggal nak packing dan bercuti je lagi....

Nah AJ belanja korang gambar-gambar sekitar percutian AJ kat Hatyai dan Songkhla haritu... =D
Manalah tau kalau lepas tengok gambar ni dapat ilham nak  bercuti kat mana kan....







Cepat grab peluang sempena promosi akhir tahun Traveloka...
Ingat cuti, ingat Traveloka okay...

P/s : AJ pun nak plan bercuti jugak....

Baca Selanjutnya »

Bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur


ASSALAMULAIKUM DN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dengan geng #KelabBloggerBenAshaari bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur...
Seawal jam 9.30 pagi dah berkumpul kat sana...
Menara KL, rasanya dah lama tak jejakkan kaki kat sana...
Mini Zoo ni terletak betul-betul kat kaki Menara Kuala Lumpur...
Dulu kat kaki Menara KL ni takde apa pun... Yang ada hanya Hutan Simpan Bukit Nenas...


[image%255B8%255D.png]

Apa yang menariknya Mini Zoo di Menara KL ni???
Banyak benda yang menarik disini...
Ada beberapa jenis binatang yang tak biasa dilihat terdapat di Mini Zoo Menara KL..
Antaranya Meerkat, Dwarf Mongoose, Kangaroo, Alpaca, Ferret, Racoon dan sebagainya...
AJ yang besar panjang ni pun teruja bila masuk dalam tu...
Inikan pulak kanak-kanak, lagilah berganda keriangan....
Kat sini, kita bebas nak sentuh dan bermanja-manja dengan beberapa jenis binatang tau...
Tapi buaya, tak bolehlah nak sentuh... Kang tak pasal kena ngap! Hahahaha...

Sebelum AJ menceceh berjela-jela, jom AJ bawak korang berjalan-jalan di dalam Mini Zoo Menara Kuala Lumpur ni dulu...

Dwarf Mongoose
Yang si kecik ni kan, memang AJ geram sungguh... Dia punya sifat nak tau tu tinggi betul...
AJ halakan lens kamera terus dia tunjuk muka comel nak tau dia tu...


Meerkat
Selalu AJ tengok Meerkat dalam TV je...
Tak terfikir pulak yang AJ akan dapat tengok sendiri gelagat Meerkat depan mata....
Tapi yang ni tak boleh nak pegang sebab mereka ni lincah... Tak reti duduk diam... =D

Kangaroo
Ferret

Lepas tu kan, kat Mini Zoo Menara KL ada baby kangaroo dan ferret tau...
AJ nak amik gambar dia terus dia cium pipi AJ... Alahai... Cair kakak!
Animals love me!

Selain tu terdapat beberapa haiwan esotik, haiwan terlindung seperti buaya, ular, iguana, kala jengking, monyet dan kura-kura...
Yang AJ perasan kan, kat sini semua haiwannya mini-mini je....
Dah nama pun Mini Zoo, janganlah korang expect nak ade dinosour pulak kat situ... Hehehhehehe...





















So kalau korang nak rasai sendiri pengalaan ni korang kenalah berkunjung ke Mini Zoo Menara KL...
Bayaran masuk yang dikenakan juga agak berpatutan dan terdapat pakej menarik untuk mereka yang berkeluarga...


Dewasa : RM 32
Kanak-kanak dan Warga Emas : RM 27
Pakej Mini 1 Dewasa & 1 Kanak-kanak : RM 50 (free ice-cream)
Pakej Keluarga 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak : RM 98 (free 2 ice-cream)

Best tak???? So cuti sekolah kan tak lama lagi...
Bolehlah bawak anak-anak bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur....

Sebelum balik tu, kitorang sempat lagi menyinggah kat Domino's The Weld....
Alhamdulillah kenyang open table kat situ....

Terima kasih AJ ucapkan kepada Mr. Rajagopal dari Mini Zoo Menara KL atas kesudian menerima kunjungan askar-askar #kelabBloggerBenAshaari...
Semoga berjumpa lagi...

P/s : AJ mengalahkan kanak-kanak kat sana...
Hahahahhahaha...




Baca Selanjutnya »