Irama Malaysia Bakal Digegarkan Dengan Wangikanlah Hatimu dari Noraniza Idris dan Tyka


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Suatu ketika dahulu, Irama Malaysia bukanlah genre asing dalam industri muzik...
Tapi selaras dengan perubahan era dan masa, Irama Malaysia nampaknya semakin tertelan dek zaman...
Justeru itu, kita bakal digegarkan dengan single terbaharu Wangikanlah Hatimu yang akan didendangkan oleh ratu Irama Malaysia yang tak asing lagi iaitu Noraniza Idris dan penyanyi baharu Tyka...

Image may contain: 2 people, text

Wangikanlah Hatimu terbitan Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd akan dilancarkan serentak di media sosial pada hari Ahad, 15 Januari 2017, 9 malam semasa grand finale 3 Juara nanti....
Single terbaharu berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional ini menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda....
Single yang menggabungkan dua karakter vokal ini adalah karya ciptaan Amir Jahari dan AG Coco dan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya....

Penerbitan kali ni menitik beratkan kepada kualiti susunan muzik pada keseluruhannya dan muziknya juga disusun secara "live"....
Proses persediaan single Wangikanlah Hatimu ini sangat kemas dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang....
Sepanjang 2 bulan bermula dari perbincangan dengan Amir Jahari, penyesuaian melodi telah dibuat mengikut keserasian vokal nyanyian dan karakter dalam lagu...
Wangikanlah Hatimu juga merupakan single Irama Malaysia yang diterbitkan pada tahun ini...


Trivia
Noraniza Idris

Image may contain: 1 person, close-up

  • 32 tahun pengalaman dalam industri muzik 
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada tahun 2001
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri Pahang
  • Tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita

Tyka

Image may contain: 1 person, close-up

  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran program realiti TV Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu gende balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia

So kalau korang nak dengar sendiri alunan lagu Wangikanlah Hatimu buat julung kalinya, jangan lupa temujanji kita pada hari Ahad ni, 15 Januari 2017 jam 9 malam dalam program 3 Juara, TV3 okay...
AJ pun akan ada kat sana nanti...
So kalau nampak muka AJ ade keluar TV ke, jangan lupa amik gambar okay... Hehehehehehe....




Serius AJ tak sabar nak tunggu persembahan Ahad ni sebab seperti yang kita semua sedia maklum, Kak Ani selalu membuat pelkbagai kejutan dalam setiap persembahan....
Nak pulak Wangikanlah Hatimu ni julung kali dimainkan secara langsung dan eksklusif!


Kalau korang nak tau lagu ini mempunyai maknanya yang tersendiri...
Liriknya digubah dengan mesej berunsurkan nasihat dan ingatan..
Itulah Irama Malaysia... Dalam berhibur terselit jua pelbagai kata-kata nasihat secara tak langsung kepada masyarakat kita....

So jangan lupa okay... Wangikanlah Hatimu...

Nak dengar teaser lagu ni?
Boleh klik link kat bawah ni okay...


Untuk maklumat lanjut :

Youtube :

Page :

Instagram :

Laman web :

P/s : Lama tak dengar lagu-lagu joget..

Baca Selanjutnya »

Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masalah resdung bukan perkara luar biasa untuk semua orang....
Bezanya antara teruk atau tidak... 
AJ sendiri ada masalah resdung....
Tetiap pagi mesti bersin-bersin dan gatal sekitar muka terutama bawah mata....

Sebelum ni AJ nemang tak amik kisah sangat pasal resdung ni...
Tapi makin dibiar makin melarat pulak....

Berikut merupakan gejala resdung

•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak berpanjangan dan berulang
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin dan gatal hidung terutamanya pada waktu pagi
•Mengalami jerawat dimuka dan badan
•Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
•Demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan

Kalau kita tak merawat resdung, ianya boleh memudaratkan kesihatan seperti :

•Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
•Jangkitan otak
•Sakit tekak yg kronik
•Jangkitan tulang muka
•Asma yang teruk
•Berdengkur secara kronik
•Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
•Alahan hidung
•Selsema biasa yg melarat

Baru-baru ni AJ diperkenalkan dengan Kapsul penawar resdung Asmak Herbs....


"KAPSUL HALALGEL DGN RAMUAN HERBA TERPILIH INI MAMPU MELEGAKAN RESDUNG ANDA HANYA SEAWAL 3 HINGGA 14 HARI"

Ianya penyediaan tradisional dan diramuankan dari herba-herba terpilih, antaranya;
•AKAR MENGKUNYIT
•AKAR SERAPAT
•LADA SULAH

Seperti semua orang tau., dari dulu masyarakat kita menggunakan sediaan herba dalam mengubati dan merawat penyakit...

Meh AJ nak cerita dengan korang pulak kelebihan Asmak Herbs ni...


Melegakan Resdung
Melegakan Pernafasan (ASMA)
Melegakan Sakit Kepala
Melegakan Selsema
Melegakan Migrain
Kelebihan Utama : Asmak Herbs ialah tak perlu dimakan setiap hari. Sebaik sudah semakin baik, boleh hentikan pengambilan dan makan bila perlu sahaja.

Lepas AJ amalkan kapsul penawar resdung Asmak Herbs, AJ dapat rasa perubahan dalam diri AJ dalam masa yang singkat...
AJ tak lagi bersin-bersin pada waktu pagi dan kegatalan muka juga semakin berkurangan....
Alhamdulillah...
Masa awal-awal pengambilan tu AJ start bersin-bersin sikit..
Tapi tu kesan sementara je..... Lepas tu AJ dah rasa lega sangat....

Cara pengambilan Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs :


Ambil 2 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) selepas makan

Harga Pasaran :


RM 46 sebotol (30 kapsul) termasuk pos

Tapi sekarang ada promosi tau!
Korang boleh dapatkan dengan harga RM 39 sementara stok masih ada...
So apa tunggu lagi? Dapatkan kapsul penawar resdung Asmak Herbs sekarang...

Cara order : 

 Whatsapp "AH7" di 011-35447494

Atau dapatkan info lanjut : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/


Ig : mham.sdnbhd

Fb Page :
Ubat Resdung Herba

Jom cuba... Tak rugi mencuba!

P/s : Masalah resdung? Bukan lagi masalah!


Baca Selanjutnya »

Beli Tapestry Murah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Sebenarnya AJ beli tapestry ni bulan lepas....
Dah lama dah AJ duk intai-intai tapestrty ni, tapi harga dia.....
Fuhhhh.. Boleh tahan mahal jugak...

Lepas tu AJ ada survey-survey jugak kat mana-mana IG shop... Tapi kalau takde RM60 ke atas tu susah jugak nak cari....
Dalam duk survey tu sorang blogger suggest AJ tengok kat Lazada!

Image may contain: 1 person, close-up

Tengok punya tengok, AJ nampak banyak pilihan tapestry dengan harga yang murah dekat Lazada tu...
Corak pun macam-macam....
AJ beli aritu tak sampai RM 50 pun.....
Masa AJ beli tu ada lagi diskaun tambahan 15% dari harga yang siap diskaun.....
Double diskaun AJ dapat...

So kalau korang nak dapatkan tapestry macam AJ dengan harga yang murah, boleh klik bawah ni je.....
Banyak pilihan menarik.... AJ pun gaji nanti nak beli lagi...
Sajalah buat tambah koleksi... hehehehheheheh....





Selain jadikan background, boleh buat cadar dan hang kat wall rumah...
Nampak cantik dan unik.....

P/s : Nak beli lagi!

Baca Selanjutnya »

Sambutan Tahun Baru 2017 di Citta Mall, Meriah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Belum terlambat kan nak wish Selamat Tahun Baru 2017...
AJ harap tahun ni segalanya dipermudahkan berbanding tahun sebelumnya....



Ambang tahun baru aritu AJ pegi Citta Mall untuk sambutan tahun baru...
16 Going on 17!
Seriously kat situ sambutannya memang meriah...
Ditambah dengan persembahan menarik dari artis-artis tempatan dan juga games #CittaChallenge....
So sambil-sambil nak menunggu countdown tu sempatlah AJ join games kat situ...
Seronok okay, nak-nak tang kene cari huruf dekat dalam bola-bola tu...
AJ pulak dapat words paling panjang An Honest Mistakes... Jenuh! Hahahhaha..
Nah gambar kanak-kanak ribena!


Seperti yang AJ maklumkan dalam entri sebelum ni, artis-artis yang terlibat pasti akan bagi kejutan dalam persembahan mereka kan?
Memang betul! Sepanjang malam ambang tahun baru aritu, persembahan masing-masing memang mantap...
Nak-nak persembahan Shawn Lee dan An Honest Mistakes....
Persembahan dari performer lain pun tak kurang hebatnya okay...

Shawn Lee

AJ memang enjoy habis.... Lagi-lagi masa An Honest Mistakes punya performance...
Energetic gila.... Diorang ni dah perform kat banyak negara antaranya Filipina dan Taiwan....
Best! Lepas ni sure AJ akan follow perkembangan diorang...

Darren from An Honest Mistakes

Pada kemuncak sambutan tahun baru 2017 di Citta Mall, semua pengunjung dapat tengok bunga api...
Tak lengkap kan sambutan tahun baru tanpa bunga api?
Cita dia memang Sambutan Tahun Baru 2017 di Citta Mall, Meriah!
Beberapa orang pengunjung bertuah pulak tak balik dengan angan kosong tau....
Ramai yang menang handphone.....
AJ takde rezeki nak memang apa-apa... Tapi AJ menang bab berseronok-seronok....
Sampai lupa IC tertinggal kat rumah! Hahahhahaha.....



Okaylah, jom layan gambar-gambar sekitar sambutan tahun baru 2017 di Citta Mall dan juga konsert dari artis-artis tanah air...


Dina Nadzir dan Rejuvenate Dance Crew

Baki Zainal



Kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh ke Facebook : CITTA Mall

P/s : AJ jarang keluar kalau new year ke ape...
Sekali keluar... Happy! Hehehheheheh...
Baca Selanjutnya »

Jom Selfie dan Menang Sehingga RM10,000 dengan MyTown Shopping Centre


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Suka selfie?
Kalau korang ada hobi suka selfie, Jom Selfie dan Menang Sehingga RM10,000 dengan MyTown Shopping Centre....
MyTown Shopping Centre sebuah pusat membeli belah terbaharu yang bakal beroperasi tak lama lagi...
Bakal dibuka pada awal 2017 dan bertempat di sebelah IKEA Cheras, bangunannya memang bersambung dengan IKEA la senang cite.....
Kalau dari ofis AJ memang dekat sangat... Sekangkang kera je....
So time gaji dah tau nak menuju kat mana... Hahahahaha...
Kat situ nanti terdapat pelbagai jenis outlet F&B akan dibuka...


Bersempena pembukaan MyTown tak lama lagi, mereka ada menawarkan hadiah lumayan sehingga RM 10,000 untuk dimenangi!
Sehingga RM 10,000 tau, bukan RM 10...
Caranya mudah je.... Korang cuma perlu selfie je bertemakan #GooseySelfie




Log on : https://www.gooseyselfie.com.my/

1. Klik “Join Now”

2. Klik “Start”

3.   Log in menggunakan akaun Facebook korang

4. Upload gambar selfie dari galeri ataupun gunakan hp / webcam

5. Edit gambar korang dengan memasukkan elemen goose

6. Klik “Submit”

Lepas tu boleh share kat FB korang dengan hashtag (#GooseySelfie)


Sebanyak 10 peserta akan dipilih sebagai pemenang setiap minggu....
Kalau ada rezeki, manalah tau selfie korang dipilih sebagai pemenang...
Seronok jugak duk edit-edit ni....

Kat bawah ni gambar Goosey Selfie AJ... Comel tak?? Hehehehehe


AJ punya Goose Squad Name : Gim Goosedashian
Sexy tau nama Goose Squad AJ... Terasa ala-ala Kim Kardashian gitew... Heheheheh...

Kalau korang nak tau nama Goose Squad korang join  #GooseySelfie sekarang!
Nak submit banyak-banyak gambar pun boleh...




Untuk maklumat lanjut layari :

  Facebook Page : MyTown Shopping Centre

P/s : AJ dah join...
Korang bile lagi?


Baca Selanjutnya »