Makan Sambil Bersantai di D'Pallet Place @ Langat


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nak makan sambil bersantai?
AJ ade 1 tempat best untuk korang singgah... Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun yang single mingle...
Terletak di Batu 9, Langat, tak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur...
Kalau korang nak lari sikit dari kesibukan kota, kat sini lah tempatnya...

D'pallet Place ni telah dibuka hampir setahun kalau tak salah AJ...
Yang uniknya kat sini, meja dan kerusinya diperbuat daripada pallet kayu, sebab tu ianya dinamakan D'pallet Place....


Dari segi pemilihan makanan, terdapat banyak stall yang menyajikan pelbagai jenis masakan...
Ada masakan melayu, ada masakan barat dan banyak lagi.....
Suasana kat sini memang sangat santai dan tenang...
AJ kalau datang ke sini, AJ pilih masakan melayu...
Memang sedap... Tak rugi mencuba...

Kat sini konsepnya layan diri... Masa nak order korang just bagitau no meja je kat stall pilihan korang tu....
Nanti masa makanan dihantar, baru korang bayar....

Jom tengok antara makanan yang AJ makan kat D'Pallet Place


Ikan Siakap Masak Asam Boi

Tomyam Poktek

Kangkung Goreng Belacan

Telur Bungkus



Lepas tu ada kambing bakar...
Nyum nyum!



Pulut Durian
 Kat sini korang boleh dapat menu istimewa tau....
First time AJ cuba... Memang sedap...

Bubur Delima

Dalam bubur delima ni, ada nangka, sagu, sengkuang kalau tak salah AJ..
Lepas tu kuah bubur ni pulak santan...
Bayangkan AJ yang tak makan nangka ni pun boleh abiskan...
Sedap wooo!

D'pallet juga menyediakan pentas karaoke buat mereka yang suka berkaraoke....
Open punya tau... Kalau AJ memang tak nyanyi dah...
Hahahahahha.....
Kadang-kadang ada busker pada hujung minggu....

Oh ya, masa CNY nanti kalau ada masa datanglah sini.....
D'Pallet Place ade buat sambutan ulangtahun nye yang pertama....
Ada pertandingan karaoke dan diskaun untuk para pengunjung...
Dan kalau korang pengunjung bertuah, korang boleh dapat hadiah okay....

So kalau nak datang ke sini, landmark dia senang je...
Berhadapan dengan Petron, Batu 9 Langat.....

Sebarang info mengenai D'Pallet Place dan aktiviti yang akan datang boleh like page :


P/s : AJ nak  makan jap... Bai!
Maaf Abg Jie, lama pulak hutang entri!



Baca Selanjutnya »

Scrummy Restaurant & Cafe, Jalan Ipoh Lokasi Terbaik Untuk Pelbagai Majlis


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Merancang untuk sebarang event?
Tak kisah la birthday party, gathering, hi-tea, dinner, wedding dan macam macam acara lagi serta memerlukan ruang untuk acara korang?
AJ sarankan korang ke Scrummy Restaurant & Cafe yang terletak di Bt.3 Jalan Ipoh.....
Scrummy Restaurant & Cafe, Jalan Ipoh ni AJ boleh katakan lokasi terbaik untuk pelbagai majlis...
Kenapa? Sebab lokasinya dan juga suasananya yang sangat cantik dan menarik....


Baru-baru ni AJ berkesempatan menjamu selera di Scrummy Restaurant & Cafe, dari luar AJ nampak ianya macam sebuah cafe mahal dan eksklusif...
Tapi bila dah jejakkan kaki dalam tu, baru AJ tau harganya agak berpatutan sesuai dengan portion dia....
Makanannya juga sangat sedap, bukan sekadar indah khabar dari rupa.....


Sebelum AJ cerita lebih lanjut, jom AJ tunjuk kat korang antara variasi makanan yang ada di Scrummy Restaurant & Cafe...
Untuk bulan Januari dan Februari, Scrummy Restaurant & Cafe ada promosi untuk beberapa menu tau....
Sempena Chinese New Year, mereka juga ada menyediakan Chinese New Year Set Menu...

Local Menu



Western Menu

👉Promosi Januari & Februari 2017👈

Scrummy Chicken Chop

SP Rib Eye Steak

KL Sirloin Steak
Burger Meleleh! 👇

Chicken Burger
Beef Burger

Tau tak apa yang paling best???
Dessertttttt!!!!!!!!! Yeayyyyy!!

Kek-kek kat sini memang sedap...
Rasa pun just nice... Tak terlalu manis, sedang-sedang je....

Orange & Chocolate Cake
Red Velvet Cake

Amacam? Terliur tak?

Scrummy Restaurant & Cafe menawarkan hampir 80 ala carte menu yang terdiri daripada menu western, local dan juga oriental...
Yang paling best, disini TIDAK menghidangkan atau menggunakan alkohol di dalam masakan...
Chef juga bukan calang-calang tau.... Ada yang dah berpengalaman lebih dari 20 tahun...
Sebab tu makanan dia sedap-sedap dan deckorasi makanan juga nampak cantik...
Di dalamnya boleh memuatkan hampir 200 orang dalam satu-satu masa...
Terdapat dua zon yang disediakan dan korang boleh pilih untuk duduk di luar ataupun di dalam....
Suasana di dalam restoran ini sangat casual dan cozy.....
Bagi mereka yang beragama Islam, korang tak payah risau pasal nak cari tempat untuk menunaikan ibadah...
Di sini surau disediakan untuk korang bersolat....

Bagi mereka yang ingin menganjurkan sebarang event di sini, pakej yang korang ambil juga menyediakan beberapa item lagi antaranya :

  • Backdrop
  • Stage
  • Lighting
  • There Decoration
  • Table Setup
  • Buffet Decoration
  • Music
  • Door Gift 

 Jom AJ bawak pulak korang tour disekitar restoran...
Sejujurnya AJ selesa sangat bila menjamu selera kat sini....
Tak sesak dan sangat selera... Lepas tu pulak kalau sesiapa yang suka suasana yang romantik kan memang sesuai datang sini...



Untuk maklumat lanjut mengenai Scrummy Restaurant & Cafe :

Alamat :
2, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Miles Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
(Belakang HSBC Bank dan bersebelahan Rivercity)

Website :

Email :
scrummycafe@gmail.com

Contact no :
03-4050 5991

Facebook :

Instagram :
 Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu
8 pagi - 10 malam
 Kalau korang ada nak buat apa-apa plan atau event, jangan lupa letak Scrummy Restaurant & Cafe sebagai salah 1 tempat pilihan korang tau....
 Mesti puas hati...

P/s : Rindu pulak SP Rib Eye Steak dia....

Baca Selanjutnya »