Trip ke Riverine Nature Camp, Lenggong Perak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu baru ni AJ dengan beberapa orang kawan pegi trip ke Riverine Nature Camp yang terletak di Lenggong, Perak...
Sepatutnya kitorang ke Pantai Timur.. Tapi sebab tarikh pegi sana ditunda, kami buat plan last minute ni ke Lenggong...
Kami dah sewa kereta dan dah bayar deposit... So tak boleh nak cancel...
Nasib baiklah homestay kat Kuantan tu masih boleh dibatalkan dan owner setuju nak refund...
So AJ, Mr.JR, Razi, Aznan, Mera dan Kecik ON je la dengan trip last minute ni...


Riverine Nature Camp ni sebenarnya masih dalam pembinaan lagi....
Tapi awal tahun ni dah dibuka kepada orang awam untuk mandi manda....
Homestay pun dah ada.. Cuma tunggu masa untuk beroperasi sepenuhnya.... Mungkin bulan Mac nanti siaplah semuanya....
AJ tau pasal Riverine Nature Camp ni pun sebab ianya dibangunkan oleh kawan Mr.JR dan AJ, Pak Li namanya...
Pak Li ni kami kenal dari group-group moto la....


Perjalanan dari KL ke Lenggong mengambil masa 4 jam lebih...
Masa kami gerak Jumaat malam tu, cuaca tak berapa nak okay... Hujan sepanjang malam...
So trip kami ni delay dari waktu yang sepatutnya....
Pukul 9 kami singgah makan kejap kat Little Rara... Lebih kurang pukul 11 lebih kami start ke Utara....
Sepanjang perjalanan ke Lenggong tu hujan je.... So tak boleh nak bawak lelaju....
Lagipun condition kereta sewa tak tau macam mana pulak kan?
Pukul 4.30 pagi macam tu kami sampai kat Lenggong...


Kat situ, kitorang memang plan nak bercamping... So masa sampai awal pagi tu, Pak Li suruh stay dan rehat dulu kat homestay...
Takkan sesubuh nak pasang khemah pulak?
Pagi tu dalam pukul 11, Pak Li bawak pegi breakfast dulu kat pekan dan cari sikit barang-barang keperluan....
Tapi tak sempat pegi pasar pulak.... Dah nak tengah hari rembang, pasar pebende nye kan?? Hahahahahahahaha....


Untuk hari pertama Pak Li bawak jalan-jalan je sekitar pekan Lenggong...
Mana ada view cantik je berenti amik gambar..... Kat tengah jalan pun sempat posing! Hehehehhee....
Lepas siap-siap pasang khemah, aktiviti pertama yang kitorang buat terjun sungai lah...
Sungai kat situ best gile! Sejuk dan air dia pun tak cetek.. Puas mandi!


Lepas mandi masak-masak sikit, makan malam dan terjah live band kat kampung sebelah...
 Yang ni memang kelakar gile...
Tak pernah hayat masuk kenduri orang gitu je.... Tapi kitorang buat...
AJ dan Razi siap kene nyanyi 2 buah lagu lagi! Hahahahahahha..... 
Nasib tuan rumah bagi keizinan dan orang kampung sporting abis...
Memula rasa macam awkward gile... Lepas tu lupa diri!

Okaylah, nanti AJ sambung lagi dengan aktiviti-aktiviti santai kitorang kat Riverine Nature Camp okay...
Best gile!

Info mengenai Riverine Nature Camp

Alamat :
No. 221, Lorong 9 Jalan Utama,
Kg Sumpitan, 33420 Lenggong,
Perak Darul Ridzuan.

No. Tel :
019-3338670 (Pak Li)
019-2314210 (Aey)

Email :
fadzliabdulrashid8670@gmail.com

Facebook :
Riverine Nature Camp

P/s : Memang kalau bab masuk hutan, mandi sungai bagi kat AJ...

Baca Selanjutnya »

Virtual Reality di VR Lab SS2 Best!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Virtual Reality or VR, gamer mesti kenal alat ni..
Tapi untuk AJ, memang tak penah tau pasal VR ni sampailah AJ ke VR Lab SS2 minggu lepas...
Sebenarnya ni kali pertama AJ cuba main game dengan menggunakan peranti VR....


VR Lab Malaysia mula ditubuhkan beberapa tahun lepas.. Merupakan yang pertama menyediakan room-scale virtual technology untuk gamer...


Misi mereka untuk membawa dunia VR lebih nyata dan lebih interaktif...
VR LAb Malaysia menyediakan peranti yang berkualiti untuk memberikan lebih kepuasan kepada pemain....
Menyediakan bilik khas yang luas bagi memudahkan pemain bergerak 360 darjah....


Menjadi salah seorang daripada Blogger dan Youtuber di VR Lab SS2 merupakan satu pengalaman baru buat AJ...
Acara dimulakan dengan ucapan dari Datin Shireen selaku pemilik VR Lab....


Selepas itu kami dibawa tour di premis 2 tingkat yang menyediakan beberapa bilik khas VR dan penerangan mengenai peralatan VR itu sendiri....
Selepas itu kami diberi peluang mencuba sendiri VR...


Mulanya, AJ sekadar nak teman Mr.JR je, tapi entah macam mana boleh terjebak sama....
Sampaikan tak boleh berhenti main... Hahahahha...
Masa mula-mula try tu kepala AJ agak berpusing sikit.... Rasa pening sebab korang memang rasa macam korang ada dalam game tu sendiri...
Macam filem Avatar tu... Memang real!
Lepas tu bila dah dapat tune dia, memang tak kasi can dah!


Selama beberapa jam kat situ, AJ mencuba pelbagai jenis game....
Paling AJ suka game tinju dan horror!
Di sini memang sesuai untuk mereka yang berkeluarga... Korang boleh main multiple player walaupun berada di bilik yang berlainan sebab peranti ni boleh menghubungkan pemain dari bilik ke bilik....

Nak tengok AJ beraksi dengan di VR Lab tak?
Tengok video kat bawah ni!


Jangan main-main tau! AJ bertinju okay...
Hehehehehe...

VR Lab juga menawarkan pakej unuk korang buat gathering, event seperti birhday dan private function...
Bila lagi nak buat kelainan kan?
Cuma tetapkan tarikh dan buat tetamu korang terpegun....
Nak gantikan photo booth yang biasa dalam majlis dengan VR booth pun diorang boleh setup...

So kalau korang nak tau info yang lebih lanjut mengenai VR Lab Malaysia hubungi :

Tel No :
016-8787321 Jack Ting
016-3118325 Carina

Laman web :

Facebook :

 VR Lab juga terdapat 7 outlet yang boleh korang kunjungi iaitu di :

SS 2
Bandar Sunway
Manjalara, Kepong
Kota Damansara
Wangsa Maju
Publika

 Jom rasai sendiri pengalaman yang berbeza dengan Virtual Reality (VR)
AJ pasti korang mesti TERUJA!

P/s : Non Gamer macam AJ pun terpengaruh! Hehehehhe
Baca Selanjutnya »