Blogger templates

Rabu, 5 April 2017

Blogger Kecantikan Adalah Tikus Makmal???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


Blogger Kecantikan dilabel sebagai Tikus Makmal?
AJ penah dapat soalan macam ni : " Jadi beauty blogger ni kan kene cuba macam-macam produk, tak sedar ke korang sebenarnya jadi tikus makmal je???? "
Hurmmm... Susah jugak nak bidas soalan ni...


Memang AJ tak nafikan la, bila pilih nak jadi beauty blogger kita dah merisikokan kulit jugak...
Sebabnya, kita akan cuba macam-macam produk...
Dari produk penjagaan muka, sampailah ke alat solekan.....
AJ yang bukan beauty blogger sepenuhnya ni pun, cuba macam-macam jugak tau....
Kalau yang blog dia memang niche beauty tu lagilah kan...
Almost everyday agaknya cuba produk yang berlainan....

Okay sebenarnya, takde masalah pun kita nak cuba produk itu dan ini....
Janji korang alert dan tau kondisi kulit, isi kandungan produk dan lain-lain lagi..
Selalunya sebelum ambik offer untuk review dan mencuba sesuatu produk mesti dah buat kajian sikit pasal produk tu kan?
Takkan main sapu je... Kulit kita nak pakai lama kot....
So pada AJ, jadi blogger kecantikan bukanlah bermakna korang jadi tikus makmal...
Tapi kalau tak cuba macam mana nak tau keberkesanan produk kan?
AJ sendiri sebagai pembeli lagi percaya yakin nak membeli bile tengok orang yang review, cuba sesuatu produk tu sendiri...

So kat sini AJ nak kongsikan sikit tips yang AJ amalkan kalau amik offer atau cuba barangan kecantikan ni....

Buat sikit kajian mengenai produk atau prosedur kecantikan yang kita kene cuba tu...
Kalau rasa tak OK ataupun was-was, tolak je...

Kene tau kondisi kulit sendiri macam mana....
Janganlah terima kalau produk tu bukan untuk permasalahan kulit kita!

Kenalpasti kandungan aktif dalam produk yang kita cuba...
Haaaa.. Yang ni memang kene betul-betul alert.. Tak semua kandungan ataupun bahan sesuai untuk kulit kita....
Seeloknya baca dulu kandungan dan bahan dalam sesuatu produk...

Sebelum berlakunya kejadian tak diingini, baik STOP!

Tapi yang paling penting kalau nak jadi beauty blogger ni, korang kene YAKIN...
Kalau tak yakin, memang tak jadi ape la... Huhuhuhu...

Bab Tikus Makmal?
Entah la, tu mungkin pendapat ssetengah orang, pada AJ takla...
Beauty blogger bukan tikus makmal!

P/s : Tak sabar tunggu minggu depan!



Isnin, 3 April 2017

Awas! Produk MESO WHITE Tiruan di Pasaran!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lambakan produk tiruan di pasaran bukan lagi perkara asing lagi...
Pelbagai barangan boleh dipalsukan termasuk produk-produk kecantikan...
Tidak terkecuali produk MESO WHITE....

Awas! Produk MESO WHITE Tiruan di Pasaran!

Produk Meso White merupakan produk keluaran Dermedics....
Baru-baru ni Dermedics telah membuka outlet terbaru yang terletak di USJ Taipan...
Tahniah Dermedics!



Masa majlis pembukaan tu, pihak Dermedics berkongsi macam mana nak bezakan antara produk Meso White yang original ataupun tiruan...
Jangan terkejut, produk tiruan ni hebat okay.. Boleh tiru hampir sama dengan produk yang original...
Sampaikan AJ sendiri pun tak dapat nak bezakan....

Sebelum AJ share dengan korang, meh AJ bagitau apa itu Meso White...?

✿ Diperkenalkan pada tahun 2013
✿ Berasal dari Eropah (Poland), mematuhi standart European Union dari segi keselamatan dan kegunaan semua produk
✿ Terdapat 16 jenis serum termasuk serum untuk kulit dan juga rambut
✿  produk ini 100% bebas Parabens, Alcohol, Colourants, Fragrances, Allergens & Formaldehyde

Produk ini telah dipalsukan kerana permintaan yang tinggi di pasaran Asia...
Hot stuff tau produk Meso White ni...
Sapa yang tak nak cantik? Nak pulak kalau korang boleh dapatkan dengan harga yang murah...
CHOP!!!! Kalau murah sangat tu, baik korang check balik.....

Beza antara Produk Meso White ORIGINAL dan TIRUAN

✿ Perkataan "dermedics" pada produk original dan tiruan sangat berbeza

Original : Font lebih tebal, kecil dan rapat
Tiruan : Font tak " bold " dan agak besar



✿ Perkataan (DAB) pada kotak - bawah perkataan Meso White

Original :  Menggunakan huruf besar (DAB)
Tiruan : Menggunakan huruf kecil (dab)
Tapi ada juga kotak tiruan yang menggunakan huruf besar, so korang refer pada perkataan "dermedics" macam point kat atas... 👆


✿ QR code yang digunakan berlainan untuk setiap produk...
Ianya telah di " customize "

Customize QR code

Atas : Original
Bawah : Tiruan

✿ Warna dan tekstur antara produk original dan tiruan juga berlainan

Original : Lebih " milky white " dan teksturnya halus
Tiruan : Warna kekuningan dan teksturnya bertepung

Kiri : Original
Kanan : Tiruan


So dah tau macam mana nak bezakan yang palsu dan tiruan?

Mudah je sebenarnya, korang kena lebih alert je...

Nak lagi mudah??
Kunjungi je outlet Dermadics... Kat sini memang confirm menggunakan produk original!
Kat sini pelbagai jenis treatment yang boleh korang buat....

Kesan pengunaan produk Original dan Tiruan

Pengunaan produk pada kulit wajah mesti beri kesan kepada pengguna...
Kat bawah ni AJ nak tunjuk pulak kat korang kesan penggunaan produk original dan tiruan....
Eksperimen ni dilakukan sendiri oleh staff Dermedics tau...
Sebelah muka menggunakan produk original manakala sebelah lagi menggunakan produk tiruan..

Produk Tiruan

Produk Tiruan
Produk tiruan menyebabkan kulit wajah pengguna menjadi kemerahan dan berjerawat teruk...
Kulit juga macam ade kesan terbakar dan menggelupas...
Kesan ni boleh dilihat seawal 2 hari penggunaan....
Berani ke korang  nak guna produk tiruan lepas tengok gambar kat atas ni?

Produk Original

Di atas ni pula kesan penggunaan produk original....
Kulit jadi lebih cerah dan lebih bersih...
Mengurangkan cela pada wajah... Kesan boleh dilihat selepas setiap kali melakukan produk Meso White dengan melakukan Mesotheraphy treatment bergantung kepada keadaan kulit wajah....


Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu Mesotheraphy, ianya mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit sahaja....
Harga bagi setiap rawatan bergantung kepada jenis treatment dan keadaan kulit...


Terdapat 3 outlet yang boleh korang kunjungi untuk mendapatkan rawatan Mesotheraphy ni...

✾ Kuchai Lama (HQ)
✾ Puchong
✾ USJ Taipan (New)


Proses rawatan juga sangat selamat dan tak menyakitkan!

❃ Mi-cellar Water - menanggalkan kesan kotoran dan mekap
❃ Milk cleanser
❃ Soothing cream - 15 minit
❃ Produk meso white - mengunakan mesin khas
❃ HA gel mask - 10-15 minit (masa mula-mula letak mungkin pengguna akan rasa sedikit pedih)
❃ Soothing serum
❃ Moisturizer dengan SPF

Psssttt : Kesannya boleh dilihat sebaik sahaja selepas menjalani rawatan tau...
Kulit lebih cerah, lembut, tegang dan liang roma juga lebih mengecil..

Tak sabar pulak AJ nak cuba rawatan ni sendiri...
Nanti bila AJ dah pegi, AJ akan share dengan korang okay...

Maklumat lanjut mengenai produk dan jenis rawatan di Dermedics :

Website :

Facebook :

Berita baik untuk korang!

Untuk pelanggan yang pertama kali nak buat rawatan Mesotheraphy, korang boleh dapatkan dengan harga RM 168 (harga asal RM 988/sesi)
Dan korang boleh dapatkan diskaun 20% untuk pakej berikutnya....
Nak tau macam mana? Korang kene follow IG @ayuejean

Jangan lepaskan peluang okay....

#dermadics #dermbeauty #mesotheraphy #fakemesowhite #mesowhite #dermedicsmalaysia #mesoserum

P/s : Sebab tu AJ takut dengan produk tiruan!