Buffet Ramadhan 2017 di Imperial Chakri Palace KLCC


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bile nak bulan puasa je, selain nak kumpul pahala berganda mesti orang dah sibuk cari mana tempat yang menyediakan buffet Ramadhan yang best-best kan? Bulan puasa ni la masanya kita dapat berkumpul sesama keluarga...
Betul kan? Kalau hari biasa jarang sangat dapat berkumpul dan makan 1 meja, semua sibuk dengan tugasan dan aktiviti masing-masing...



 Bersempena Ramadhan pada tahun 2017 ni, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL sekali lagi menawarkan pakej buffet Ramadhan dengan variasi juadah yang pelbagai..
Bagi mereka yang tak tau lagi, Chakri Palace ni memang pakar masakan Thai yang diubah sikit bagi menepati citarasa rakyat Malaysia...
Promosi buffet Ramadhan " Tantalizing Tastes of Thailand " di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL akan bermula pada 31 Mei nanti... So, penggemar makanan Thai macam AJ ni mestilah suka!
Terdapat lebih daripada 50 menu yang ditawarkan pada kali ini.... AJ gerenti, korang yang berbuka puasa kat sana nanti akan berpuas hati...



Jom AJ bawak korang cuci mata dengan hidangan-hidangan yang bakal dijamu buat para pengunjung....
Kita mulakan dengan menu pembuka selera...
Dalam masakan Thailand tak sah kalau takde hidangan kerabu, kat sini pelbagai jenis kerabu boleh didapati...


Tak lupa juga all time favourite AJ  Mieng Kam!

Beralih pula kepada hidangan utama, AJ memang dah terliur habis...
Lebih lagi bila tengok green curry yang nampak melting tu....
Pilihan yang banyak buat AJ tak tau nak makan yang mana... Yang pasti semua hidangan memang sedap-sedap belaka!


Selain tu terdapat juga " live station " dimana hidangan panas-panas seperti satay, ikan bakar dan juga tomyam yang dihidangkan oleh chef-chef khas untuk pengunjung....
AJ suka tomyam seafood dia! Sedap, pedas tapi tak boleh nak benti makan... Hahahhahaa....



Pilihan minuman juga ada lebih pada 1, so korang boleh pilih mana yang kene dengan tekak korang...



Amacam? Best tak?
Mesti ada yang dah tak sabar nak cuba sendiri Buffet Ramadhan 2017 di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL kan?

Kat sini AJ sertakan sekali harga pakej Buffet Ramadhan 2017 yang ditawarkan :

Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace KLCC

RM 95.90++ Dewasa
RM 49.90++ Kanak-kanak (6-10 Tahun)
RM 49.90++ Warga emas


--------------------------------------------------------------------------------------------
Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace Pavilion KL

RM 85.90++ Dewasa
RM 42.90++ Kanak-kanak (6-10 Tahun)
RM 42.90++ Warga emas

Buffet bermula jam 7.00 malam
 
--------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni ada Promosi Early Bird untuk pembelian baucer sebelum 30 Mei 2017
The Imperial Chakri Palace KLCC
RM 75.90++ (Dewasa)
The Imperial Chakri Palace Pavilion KL
RM 65.90++ (Dewasa)

** Minimum 4 Orang
** Tawaran sah dari 10 April 2017 sehingga 30 Mei 2017 sahaja.
** Tempahan berkumpulan - Beli 5 Percuma 1
Segala info lanjut, layari dan hubungi talian di bawah :
Website :
http://berbuka.chakri.com.my

Telefon :
03 23827788 (KLCC)
03 21431141(Pavilion)
016 2277182 (hp)

Email :
marketing@chakri.com.my





  Apapun terima kasih kepada pihak Imperial Chakri Palace atas kesudian menjemput AJ pada kali ni...
Alhamdulillah, " gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati "

So Ramadhan nanti jangan lupa ke Imperial Chakri Palace tau!

P/s : Lebih kurang 30 hari lagi Ramadhan bakal menjelma...


Baca Selanjutnya »

Lynnity, Produk Untuk Kesihatan dan Kecantikan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah hampir 3 minggu AJ cuba produk Lynnity, salah 1 produk makanan tambahan untuk kesihatan dan juga kecantikan...
Produk Lynnity ini merupakan produk berasaskan bahan-bahan botanik.... Sesuailah dengan tagline nya " Let the Farm be your Pharmacy "
  Jadi korang tak perlu risau tentang kandungan yang digunakan dalam setiap produk sebab ianya dijamin selamat digunakan tanpa was-was...

Produk Lynnity didatangkan dalam jus untuk memudahkan pengambilan...
Jadi sibuk macam mana pun, korang boleh tetapkan amalkan makanan tambahan Lynnity....
AJ sendiri dah cuba 2 produk iaitu Botanic Juice (Tropical) dan Botanic Superfood...

 
Aktiviti harian AJ ni memang padat... Kadang-kadang balik keje sibuk dengan event dan jugak aktiviti dengan family ataupun kawan-kawan...
So AJ memang perlukan produk yang betul-betul membantu AJ suapaya kurang letih dan lebih aktif....
Badan kita ni makin lama makin berusia, so pengambilan makanan tambahan memang penting...
Bila badan kita sihat, nak buat apa-apa pun mudah dan senang....

Masa mula-mula AJ cuba produk-produk Lynnity ni, AJ rasa okay je...
Tapi lepas amalkan selama lebih seminggu, AJ dapat rasakan perubahan yang agak ketara...
AJ dah tak rasa letih sangat... AJ rasa semakin bertenaga walaupun lepas menempuh trip panjang sepanjang minggu lepas....

Okay jom kita tengok pulak bahan aktif dalam kedua-dua produk yang AJ cuba dan juga cara pengambilannya...

Botanic Juice (Tropical)

 ❀ Pineapple
 ❀ Black Ginger
 ❀ Gotu kola





Cara pengambilan : Minum 15ml 1 kali sehari selepas sarapan pagi ataupun makan tengah hari...

Rasa?
Mula-mula AJ cuba kan, rasa macam minum jamu...
Sebab dia ade black ginger... Memang rasa herba agak kuat...
Tapi bila dah amalkan, rasa dia sebenarnya okay je... Mungkin masa mula-mula je kot...
Heheheheehehhee....

Botanic Superfood

❀ Chia Seed
❀ Mulberry
❀  Lingonberry

 

 

Cara pengambilan : Bancuh 1 sachet didalam 200ml air suam dan kacau menggunakan sudu plastik. Amalkan 2 kali sehari selepas sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam....

Kebaikan setiap produk :

 ❀  Membantu mengurangkan berat badan
 ❀ Membuang toksin yang berlebihan di dalam tubuh badan
 ❀ Meningkatkan metabolisma badan
 ❀ Membantu menstabilkan hormon
❀ Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk meningkatkan kesihatan

Selama pengambilan produk Lynnity, AJ rasa sistem pencernaan AJ lebih baik....
Sebelum ni AJ memang ada masalah pencernaan, "membuang" pun 2-3 hari sekali....
Tapi lepas amalkan makanan tambahan Lynnity, hari-hari AJ "check-in", segala toksin dikeluarkan...
Badan pun rase lebih ringan.... Sesiapa yang ada masalah sembelit tu boleh cuba....

So kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut dan cuba sendiri produk Lynnity,  layari :

Website : www.lynnity.com/

P/s : Bila umur makin meningkat, penjagaan kesihatan memang penting

Baca Selanjutnya »