Harum Malam dan Moeder Makanan Tambahan Untuk Wanita


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Perempuan ni selain jaga kecantikan luaran, kene juga jaga kecantikan dalaman....
Kecantikan ni kan bersifat universal... So kalau jaga luar je, tak seimbang la jadinya kan??
Jangan tak tau, kecantikan dalaman tu memang penting, tak bolehlah kita yang perempuan ni nak amik mudah....


AJ ni sejak dah berusia awal 30'an ni lagilah perlu jaga kecantikan dalaman ni....
So sekarang ni AJ amalkan pengambilan HARUM MALAM yang merupakan supplemen dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa...
Rasanya ramai dah tau pasal kebaikan produk Harum Malam ni...


Bagi AJ sendiri produk ni memang bagus... Selain mengharumkan tubuh badan produk ni mampu mengawal keputihan jugak....
AJ dah lama ada masalah ni, kadang bila keputihan tu datang rasa tak yakin nak berurusan dengan orang... Tak selesa okay!
Tapi sejak mengamalkan pengambilan Harum Malam sejak 2 minggu lepas, AJ dah rasa keputihan semakin hari semakin berkurangan...
Bau-bau yang membuatkan kita kurang selesa pun dah takde.... Sape yang ada masalah keputihan mesti tau macam mana tak selesanya kan?


Produk Harum Malam ni banyak kelebihannya antaranya :

✿ Mengatasi masalah keputihan
✿ Menghilangkan kegatalan dan masalah bau di Miss V
✿  Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot rahim
✿ Memberi tenaga dan kecerdasan
✿  Membuang toksin dalam badan
✿ Melawaskan sistem penghadaman
✿  Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
✿ Membuang angin dalam badan
✿ Mengurangkan masalah bau badan
✿ Mengawal berat badan
✿ Mengempiskan perut buncit

Dan banyak lagi kelebihannya terutama untuk wanita yang sudah berkahwin.... Tapi ni tak bermakna anak dara tak boleh amalkan pengambilan Harum Malam ni.. So far, AJ amalkan okay je... 😀

Antara bahan aktif yang digunakan dalam produk Harum Malam ni pulak ialah :

✿Sireh
✿  Buah Tin
✿ Kismis
✿  Madu
✿ Goji
✿ Limau Purut
✿ Pueraria Mirifica
✿ Kayu Serapat
✿ Buah Delima
✿ Manjakani
✿  Pueraria Lobata
✿ Senna

Kesemua bahan ni memang diakui sangat baik untuk kesihatan dan tidak diragui lagi sejak dahulu...

Cara pengambilan produk Harum Malam :

✿  Ambil sebelum sarapan

✿ 2 sudu besar untuk keperluan harian (seeloknya gunakan sudu plastik)

*** Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka dan banyakkan minum air.
jauhkan daripada kanak-kanak


Harga pasaran :

 RM 33 (SM)
RM 39 (SS)
BRD 18 (Brunei)
SGD 18 (Singapura)
Lagi 1 produk pula ialah MOEDER, susu perkembangan terbaik untuk Ibu Mengandung dan Bayi...
Produk ini sesuai digunakan untuk wanita hamil, untuk bayi di dalam kandungan dan juga untuk ibu menyusu...
Kiranya produk ni bagus untuk "milk booster"...
Disebabkan AJ belum berkahwin, susu ni AJ bagi dekat sepupu je... Dia pun tengah menyusukan baby...
Baru ni pulak dia cakap susu dia mula berkurangan dan Moeder pulak memang membantu dalam meningkat susu ibu...
 Alhamdulillah, semoga bertambah meriah susu dengan Moeder...


Kebaikan Moeder :

Untuk Wanita Hamil
✿  Menguatkan kandungan
✿ Memberi tenaga ketika proses bersalin
✿ Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang
✿ Meningkatkan daya tubuh, stamina serta tenaga sepanjang kehamilan
✿ Mencantikkan kulit ibu hamil

Untuk Kandungan/Bayi
✿ Membantu memutuhkan kulit bayi
✿ Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi
✿ Menguramgkan risiko jaundis
✿ Membantu kecergasan otak bayi

Untuk ibu menyusu
✿ Memberi tenaga
✿ Memperbanyak dan memekatkan produksi susu
✿ Membantu menghilangkan seluliy kesan kehamilan
✿ Membantu merawat luka dalaman ketika bersalin
✿ Memcegah penambahan berat badan, mencerah dan melembabkan kulit



Bahan aktif dalam Moeder :

✿ Susu Kambing
✿ Ekstrak tomato
✿ Habatussauda
✿ Madu
✿ Ekstrak Anggur
✿ Lutein
✿ Bird Nest
✿ Seaweed
✿ Buah Tin
✿ Kurma
✿ Gam Arab
dan banyak lagi....

Harga Pasaran :

RM 159 (SM)
RM 169 (SS)
 
Banyakkan khasiat dan kelebihan yang terdapat dalam Moeder ni?

Nak tau lebih lanjut mengenai kedua-dua produk ni korang boleh tengok antara testimoni yang AJ selitkan dibawah : 


 
Image may contain: 2 people, people smiling
 

 

 Kalau korang berminat nak dapatkan produk ni korang boleh dapatkan info di bawah :

Millennial Gen Sdn Bhd

Alamat :
11G, Jalan Keluli AL7/AL,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel :
010-404 2769
03-3358 5344

Website :

Facebook :

Instagram :
@harum_malam_hq (Harum Malam)


Harapnya produk ni dapat bagi manfaat kat korang jugak okay!

P/s : Cantik luar, cantik dalam, cantik dengar sini....
Tetibe teringat lagu Altimet!



Baca Selanjutnya »

Kopi Badang Al Mubarak Health Sdn Bhd, 100% Kopi Tulen! Buka Peluang Tambah Pendapatan.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas AJ menghadiri Majlis Pelancaran Kopi Badang keluaran Al Mubarak Health Sdn Bhd yang merupakan kopi 3 dalam 1 menggunakan 100% kopi tulen tanpa campuran bahan tiruan...
majlis pelancaran yang diadakan di Saloma Bistro ini bertujuan untuk memperkenalkan Kopi Badang dan juga memperkenalkan duta rasmi iaitu Aktor Zamarul Hisham...
Dan juga duta-duta kecil seperti Zur Eda, Nizam Laksamana, Rahmat Mega, Mus May, Acong dan ramai lagi...



Al-Mubarak Health Sdn Bhd merupakan syarikat kesihatan tempatan yang mempunyai kilang di Johor Bahru... Syarikat ini bertanggungjawab dalam pengeluaran Kopi Badang yang tidak menggunakan sebarang bahan tiruan untuk menjaga kesihatan para pengguna.. Kiranya kopi yang dihasilkan memang 100% tulen dan pemilihan biji kopinya juga dikatakan mengikuti citarasa orang Asia....

Dalam majlis itu juga, pihak Al Mubarak Health Sdn Bhd buka peluang menambah pendapatan kepada para stokis dengan tawaran insentif-insentif yang menarik.
Stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapatkan sebuah kereta Toyota Vellfire atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axia atau Proton Saga... Dengan adanya insentif-insentif ni, stokis-stokis sedia ada mesti lagi bersemangat nak meningkatkan jualan sekaligus menambah pendapatan sedia ada...







Selain itu, para pengguna juga tidak ketinggalan untuk memasuki cabutan bertuah..
Hanya beli sekurang-kurangnya 12 kotak Kopi Badang, pengguna telah layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dimana hadiah yang ditawakan juga sangat menarik iaitu Perodua Axia, sebuah Motosikal, 2 unit Iphone7, Ipad dan Televisyen...



Kalau korang berminat nak menjadi stokis Kopi Badang, boleh hubungi :

Premier Victory Enterprise
07-2326124

Encik Hisham Khairil
019-7792211

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Kopi Badang

Haaaaa... Sekarang ni AJ nak cerita pulak pasal Kopi Badang, kalau tadi AJ dah bagitau serba sedikit kan, sekarang AJ nak cerita pulak pasal rasa Kopi Badang ni...
AJ ni tak boleh sangat minum kopi, kejap lagi pening la kepala...
Tapi lepas pekena Kopi Badang ni AJ rasa okay je.. Takde pening kepala ke ape ke..
Dari segi rasa, masa hari pelancaran memang terasa manis sikit la...
Tapi bila balik rumah try buat sendiri, takdelah manis sangat... Cuma AJ kene lebihkan air sikit...
Masa tu baru terasa kaw sikit kopi dia...
Lagi 1 yang AJ suka pasal Kopi Badang ni kan, bila kita minum takde bau kopi...
Selalu kalau minum kopi, bau mulut kita pun ada melekat bau kopi... Nak cakap dengan orang pun macam tak berapa selesa... Dengan Kopi Badang, sikit bau pun  takde..
Lepas tu bila pegi tandas pun, air kencing kita tak berbau!


So kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Kopi Badang, korang boleh ikuti laman-laman sosial dibawah..

Facebook :
Kopi Badang Official

Instagram :
@kopibadang

P/s : Nak sihat amalkanlah pengambilan makanan dan minuman yang menyihatkan..



Baca Selanjutnya »

Iftar di Verandah, Cyberview Resort & Spa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Haaa.... Ni AJ nak cerita pasal lagi 1 tempat yang best untuk berbuka puasa...
Tapi kali ni AJ nak bawak korang ke Verandah, Cyberview Resort & Spa...
Kat sini konsepnya sangat santai... Terdapat  23 buat station makanan yang terdiri daripada lebih daripada 222 juadah yang dijamu untuk para pengunjung....
Menariknya station makanan ini diletakkan ala-ala dalam taman gitu....



Kat sini korang boleh pilih dari hidangan Melayu, Cina, Japan, Italian, Mexican dan juga hidangan favorite tempatan iaitu udang, sotong, kupang, sosej jumbo, kepak ayam, daging dan juga kambing...
Terliur betul AJ bile tengok menu-menu yang terdapat kat situ.....

Pertama sekali AJ nak tunjuk dengan korang kambing bakar sebagai pembuka selera...
Berbuka tak lengkap rasanya tanpa kambing bakar... Keenakkan dan rasa empuk daging tu... Perghhh! Ditambah pula dengan sosnya yang masam manis pedas, memang terangkat!
Gittewww ayat seorang AJ penggemar kambing bakar! 😁😁😁



Selain tu kan, yang bestnya kat sini ada masak lemak! AJ punya all time favorite...
Ada ayam, daging salai dan juga itik... Paling spesel, kat sini ada siput sedut tau!
Kat mana lagi korang nak dapat hidangan masak lemak siput sedut? Susah nak jumpe sekarang...
Masak lemak ni korang boleh pilih nak campurkan dengan rebung ataupun pucuk ubi...
AJ ni kalau bercerita bab masak lemak, terbayang-bayang kuahnya yang berlemak tu..
Alahai... Dah tak pasal tetibe mengidam masa tulis entri ni...
Kalau tak gemar masak lemak, gulai kawah pun ada...



Setiap tempat yang menyediakan juadah iftar pasti ada satu atau dua menu uniknya yang tersendiri... Verandah, Cyberview Resort & Spa juga ada menu uniknya tau!
Korang penah makan Durian Rolls tak?
AJ bukan penggemar durian sangat, tapi bila AJ dah pekena crispy durian roll dia...
Ya ampunnnn... Tak cukup 1! Nak pulak durian yang digunakan tu musang king...
Perghhh! Merembes air liur rasanya.. Hahahahhahahaha....
Menurut chef Cyberview Resort & Spa, durian roll ni memang signature menu...
No wonder sedap gila!


Yang bawak anak-anak pulak, korang tak perlu risau sebab Cyberview ada menyediakan beberapa menu yang bakal menarik perhatian anak-anak macam popcorn bersalut karamel, kek, chocolate fountain, cookies dan aiskrim....
Bile sebut pasal aiskrim, kat sini perisa aiskrim dia pelik-pelik okay...
Paling AJ tak boleh nak hadamkan, aiskrim rendang ayam! Yup aiskrim rendang ayam...
Rasa dia memang sebiji macam rendang tau.. Siapa ade rasa pedas-pedas sekali..... Tak terjangkay dek fikiran adanya aiskrim berperisa rendang ni....
Pastu ade jugak aiskrim teh tarik.. Yang ni memang kene sangat dengan tekak AJ... Hhihihi...



Kalau korang nak tau setiap makanan kat sini kan, disediakan panas-panas...
Ada yang bila korang nak baru dimasak... Tu yang best!
Kesegaran makanan tu pun terjamin...
Jom intai lagi apa yang ada...









Saujana mata memandang juadah-juadahnya kan...
Okaylah apa kata korang datang sendiri cuba Buffet Ramadhan di Verandah, Cyberview Resort & Spa...
Kalau setakat menjamu mata je tak best!

Kat bawah ni AJ sertakan info serta harga yabg ditawarkan di sini :

-------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan Verandah, Cyberview Resort & Spa

Isnin - Jumaat
RM 138 (Dewasa)
RM 100 (Kanak-Kanak)

Sabtu & Ahad
RM 100 (Dewasa)

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel :
03-8312 7091
03-8312 7092

-------------------------------------------------------------

Apapun, terima kasih Tourism Selangor atas jemputan.... Memang puas hati sangat menu iftar kat sini....

P/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan

Baca Selanjutnya »