Bibir Menggoda dengan G9 Skin First Lip Stick!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

" Lipstick is Always a Good Idea "
" Give a Woman a right Lipstick and she can Conquer the World "

Penah dengar tak quote ni? Jadi perempuan ni takde la complicated mana, bagi je lipstick yang betul, maka cerialah sepanjang hari. Hahahahha. Pada AJ lipstick memang selalu bangkitkan mood AJ tau. Dalam entri AJ yang ni, AJ ade nak share lagi 1 produk kan? So arini AJ nak review sikit G9 Skin First Lip Stick yang terbaru di pasaran.


Alhamdulillah rase bertuah sangat bila dapat mencuba kesemua 5 warna yang ada. Kalau nak tau semua kaler ni memang so me!. " Happy lippie happy me! " Yayyyy! Terasa bibir lebih menggoda bila pakai lipstick ni okay.

Masa mula-mula bukak G9 Skin First Lip Stick AJ tertarik dengan bentuknya. Selalu lipstick je mesti berbentuk bulat, so susah jugak nak letak atas meja, asik bergolek je kadang tu. Packaging G9 Skin First Lip Stick ni petak je, so senang. Takkan ade isu lipstick jatuh dari atas meja. Hihihihih.


Tekstur lipstick ni pun lembut. Sekali sapuan je dah cukup untuk dapatkan bibir menggoda tu. Selepas penggunaan bibir AJ pun tak nampak merekah. Nampak smooth je. Bibir AJ ni jenis kering, so kalau tersalah pakai lipstick bibir tu nampak lagi kering dan crack, nak pulak bila pakai yang jenis matte macam G9 Skin First Lip Stick. Bau pun best!


Kalau dari segi warna pulak, AJ boleh katakan memang A! 5 warna yang ada ni cukup kene dengan jiwa AJ. Yelah, AJ tak suka pakai lipstick yang warnanya jadi pucat dan pudar. Warna yang ada pun nampak mewah, sampaikan AJ tak boleh nak cakap AJ suka 1 warna je, sebab AJ suka semua kaler yang ada! Hahahhahaha.. Tamakkan?



Tips : Untuk warna yang lebih menyerlah, korang boleh mix kan 2 warna yang berbeza.






Kalau cerita pasal lipstick kan, bende pertama yang orang duk fikir mesti tahan lama ke, tak ke kan? Jujur AJ cakap, nak kate lipstick ni too matte pun tak, kalau minum air ke memang akan ada jugak melekat sikit-sikit kat straw or cawan kita tu. Standart la kan.. 😁

Tapi bila pakai G9 Skin First Lip Stick  kita tak perlu nak kejap-kejap touch up. Kalau pakai pagi, petang sikit baru touch up lite-lite je sebab ianya agak long-lasting. Kalau setakat 6-7 jam tu takde masalah sangat, still nampak warnanya. Hihihihi. Kesimpulannya memang berbaloi la lipstick ni kalau korang teringin nak mencuba.

Harga G9 Skin First Lip Stick :
RM 72 / 3.5g

INFO lanjut mengenai produk :

Pembelian Online : Vline
Facebook : G9SkinMY
Instagram : @g9skin_malaysia


P/s : Keep Calm and Put on Make Up!


Baca Selanjutnya »

White In Whipping Cream dari G9 Skin

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semenjak dah masuk umur 30 an ni, AJ memang dah mula titikberatkan pasal kecantikan kulit. Kalau dulu, tak heran sangat pun semua ni. Yup mungkin dah agak terlambat tapi okaylah kan pada takde kan? Hahahahahaha.... Baru ni AJ diperkenalkan dengan White in Whipping Cream dari G9 Skin, jujur AJ memang tak penah dengar pasal brand ni tau. Terima kasih G9 Skin untuk produk awesome ni okay!

Sebelum AJ start mesti korang nak tau kenapa namanya di brandingkan kepada G9 Skin kan? G9 Skin dinamakan bersempena bahan utama yang digunakan dalam setiap produk iaitu Lotus extract, Ivy extract, Eucalyptus extract, Hibiscus extract, Chlorella extract, Pine Sprout extract, Oregano Leaf extract, Green Tea extract dan Chia Seed extract yang sememangnya terkenal dalam melindungi kulit.



White in Whipping Cream dari G9 Skin apa yang boleh AJ katakan kat korang memang best.. Ianya boleh mencerahkan kulit dengan pantas. Sebenarnya AJ bukan penggemar produk pencerahan kulit instant ni sebab AJ memang ada masalah kulit tak sekata, so bila gunakan produk whitening kulit AJ nampak lagi bercapuk-capuk. Nampak sangat tak ori nya! Bukan tak penah try produk lain sebelum ni. Hehehehe...



Tekstur White in Whipping Cream ni pun sangat halus, mampu menutup garis-garis halus yang terdapat pada kulit muka AJ. Apa yang perasan kan, bila lepas kita apply krim ni, bila mekap pun nampak sedikit flawless kesan dari skin blurry effect yang terdapat didalamnya. Tak percaya korang boleh tengok gambar kat bawah bila AJ try apply kat tangan AJ.



Produk ni jugak tak melekit bila pakai, malahan rase lebih ringan je pada kulit. Bau pun wangi je. Tapi ni bergantung pada keadaan kulit jugak tau. Macam AJ jenis kulit kering, so bila pakai tu memang tak berminyak. AJ ade jugak baca review yang kata krim ni agak berminyak bila digunakan.

Tips untuk mereka yang berkulit medium atau gelap (macam AJ) : Jangan apply terlalu banyak tau, nanti jadi tepung gomak dan nampak tak sekata. Cukup sekadar calit-calit sikit je. Kalau boleh apply part by part.




Harga White In Whipping Cream ialah RM 78/50g. Memang bagi AJ okay sangat sebab boleh tahan dalam 2-3 bulan mengikut pengunaan kita. Kalau pakai hari-hari macam AJ bolehlah tahan dalam 2 bulan.

Jom tengok bahan aktif dalam produk ni dan cara pengunaannya, memang senang je... Calit-calit siap!







Senang kan?


Info lanjut mengenai produk :

Pembelian Online : Vline
Facebook : G9SkinMY
Instagram : @g9skin_malaysia


P/s : Ada lagi 1 produk G9 Skin yang AJ nak share dengan korang tau. Tunggguuuuuu!


Baca Selanjutnya »