Unboxing dan Review Make Your Concept, A : Concept dari Althea Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sebelum 2017 melabuhkan tirai AJ nak buat simple new year look dengan menggunakan Make Your Concept, A:Concept dari Atlhea Korea. Malam ni nak sambut new year kan, kenelah cantik-cantik.

Sebelum tu AJ nak unboxing dulu apa yang ada dalam Make Your Concept box. Yang ni black edition tau. Shade AJ pulak #23 Natural Beige.


Didalam ni ada 3 produk dengan 1 cushion refill. Ade all in one brightening a cushion, 1 a red orange lipstick dan 1 everything in a coral lip & cheek.



All in One Brightening A Cushion (#23 Natural Beige)

Cushion ni AJ suka sebab dia full coverage. Kulit AJ sekarang ni tengah sunburn dan bercapuk-capuk, bila AJ pakai cushion ni dia terus buat kulit AJ nampak sekata.



A Red Orange Lipstick

Lipstick dengan warna merah mewah ni sesuai dengan semua jenis kulit. Dia punya tekstur pun jenis matte dan tahan lama. Lepas makan atau minum tak payah nak touch up.

Everything in A Coral Lip & Cheek

Yang ni boleh digunakan 2 in 1. Boleh jadi lipstick dan juga pemerah pipi. Warna nude nya sangat sesuai untuk mereka yang suka makeup simple. Lepas tu yang bestnya, boleh dijadikan eyeshadow jugak.


Sekarang AJ nak tunjuk kat korang new year look versi AJ melalui video kat bawah ni.



So kalau korang nak dapatkan produk ni boleh lawati : Atlhea Korea.

P/s : Sambut tahun baru kat mana tu?




Baca Selanjutnya »

Program Sahabat Negaraku untuk pengguna Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard - Langkah Bijak Berbelanja

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Selepas sesi pengenalan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard kerjasama dari Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang diadakan pada hujung bulan lepas. Sekali lagi AJ dijemput untuk menghadiri majlis merealisasikan Program Sahabat Negaraku yang diadakan di Kelab Darul Ehsan.



Semasa majlis ini Dr. Zamri dari KSP  dan wakil dari Mpay telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai Program Kad Negaraku dengan menjemput beberapa buah badan bukan berkanun (NGO) untuk turut sama menyokong dan mendaftar dengan Program Sahabat Negaraku ini. Sekurang-kurangnya 15 NGO dengan keahlian lebih 12 ribu orang datang Rabu lepas.

Di bawah Program Sahabat Negaraku pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan dan dimulai dengan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard. Melalui program ni KSP mensasarkan 200 ribu pengguna kad melalui NGO yang terdapat di seluruh Negara terutama ahli-ahli NGO yang menetap disekitar Lembah Klang. Melalui kerjasama ini juga KSP berharap dapat menyemarakkan semangat Negaraku dengan penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.



Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard akan diperkenalkan secara konsisten di seluruh negara dan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memastikan rakyat dan ahli-ahli NGO memahami konsep dan hasrat program ini. Kad ini merupakan kad sara diri digital yang memberikan peluang kepada pemegang kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat.

AJ rasa zaman sekarang ni semua orang dah mula ambik langkah bijak berbelanja kan? So pada AJ inisiatif wujudnya kad ini sememangnya bertepatan dengan rakyat dan juga ahli-ahli NGO. Dengan kad ini, bukan boleh beli barang dengan harga yang murah tapi boleh digunakan untuk membuat pembelian secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya. Yang lagi menarik, pihak Mpay akan sentiasa menawarkan secara bulanan penjimatan bagi produk-produk terpilih dan bersesuaian dengan pengguna kad.




Banyak sebenarnya kelebihan bila NGO mendaftar di bawah Program Sahabat Negaraku dan menjadi pengguna di bawah Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ni. So nak tau lebih lanjut boleh hubungi :

Ketua Kelab Sahabat Persaudaraan, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Unit Media KSP : Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018, dijangka bulan Januari 2018. Sama-sama kita nantikan. 

P/s : Zaman sekarang, lagi banyak boleh jimat lagi bagus.

Baca Selanjutnya »

KL Wangan : Bikin Gempak

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ berpeluang menonton filem KL Wangan : Bikin Gempak aritu dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari. cerita ni pasal lumba kereta ala-ala FF. Cerita arahan Pekin Ibrahim ni berdurasi 90 minit ni merupakan filem arahan kedua beliau selepas Mat Moto. Menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim sendiri, Faizal Hussein, Kazuto Soon, Emily Lim, Jasmine Suraya, Kodi Rasheed, Kamarool Haji Yusof dan Donny Alamsyah.



Sinopsis KL Wangan : Bikin Gempak

Mengisahkan Hong dan Yudi yang ada sejarah yang panjang dalam perlumbaan drag. Mereka bermula dari bawah hinggalah mendapat kepercayaan memandu kereta berkuasa besar. Selepas sekian lama tidak menyertai sebarang perlumbaan berikutan sibuk dengan perniagaan masing masing, mereka bertemu di jalan raya. Ketika berlumba, Hong mengalami kemalangan. Hong cuba mencari pemilik kereta yang menyebabkan dia kemalangan tanpa menyedari kereta itu sebenarnya milik Yudi. Bermulalah pelbagai agenda dan pergelutan yang akhirnya menemukan mereka dengan Ejay. Siapakah Ejay? Apakah kaitan Ejay dengan Hong dan Yudi?


Pada AJ, Pekin ada idea dalam membuat filem berunsurkan aksi kereta ni, tapi apa yang buatkan AJ kurang faham mengenai cerita ni adalah terdapat beberapa watak yang tidak dikembangkan dan membuat penonton tertanya-tanya sampai ke akhir cerita. Contohnya siapakah bapa kepada Ejay yang disebut-sebut dalam cerita. Selepas tu terdapat watak yang kurang difokuskan seperti watak yag digalas oleh bintang kelahiran Indonesia Donny Alansyah dan kaitannya dengan bapa Ejay tadi.



Tapi dari segi sinematografi masih boleh diterima dan masih nampak logiknya kecuali masa kereta meletup di awal-awal tayangan. Kalau nak dibandingkan dengan filem luar Negara, memang tak sama la kan. But not bad. Tahniah kepada Pekin dan team. Bila tengok filem ni, barulah AJ tau sikit-sikit pasal enjin kereta semua kan. Hihihihi.

AJ nak ulas panjang lebar pun, AJ bukanlah orang industri. Tapi apa yang AJ boleh katakan mungkin Pekin boleh tumpukan pada 1 jalan cerita untuk filem aksi seterusnya. KL Wangan ni nampak macam 1 filem yang mempunyai banyak jalan cerita yang tak jelas. Nak kata AJ faham sangat mengenai cerita ni, tak jugak tapi takdelah tak faham langsung.

KL Wangan : Bikin Gempak telah ditayangkan pada 21 Disember 2017 lalu. So kalau korang nak tonton filem ni, jangan harapkan sesuatu yang terlalu gempak seperti filem Hollywood. Tapi tak salah pun untuk ditonton sebagai tanda sokongan kepada industri perfileman kita. AJ harap Pekin Ibrahim tak serik untuk membuat filem-filem lain lagi. Buat filem bukan murah, modalnya berjuta-juta pulak. Sayang kalau hasilnya tak seperti juta-juta.

Semoga segala komen dan kecaman yang diterima dari pelbagai pihak dapat diambil sebagai satu semangat lain buat Pekin pada masa hadapan. Kudos buat mereka yang menjayakan filem KL Wangan : Bikin Gempak ini.  Lagi 1 OST filem ni nyanyian Altimet best!



P/s : Nak tunggu Ayat-Ayat Cinta 2! Weeehuuu!


Baca Selanjutnya »