Le French Festival 2019 (LFF) Edisi ke-18 Kembali!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Le French Festival 2019 (LFF) bagi edisi yang ke 18 kini kembali. Acara tahunan yang menampilkan pelbagai pameran seni dan budaya, persembahan muzik, teater, gastronomi dan sebagainya dari Perancis ini bakal diadakan bermula 4 April sehingga 12 Mei 2019.


Acara pertukaran budaya yang mula diperkenalkan sejak 2001 ni telah berjaya dan kali ni dijangka menarik minat lebih ribuan penonton dan peminatnya yang tersendiri dari 4 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Penang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu.



Pada LFF 2019, G.H Mumm Champange, champange Grande Maison no 1 di Perancis  untuk pertama kalinya dengan Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai rakan kolaborasi LFF bergabung untuk membawakan festival ni untuk semua lapisan masyarakat sama ada yang berkeluarga, kanak-kanak, peminat makanan, filem Perancis dan sebagainya.

Untuk pertama kali dalam sejarah LFF, Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bukan sahaja membawakan variasi program dan artis dari Perancis tapi turut menjadi pengarah dengan kerjasama KL Shakespeare Players (KLSP) untuk persembahan istimewa LFF 2019 iaitu "Cyrano de Bergerac ("The story of Cyrano de Bergerac") yang terkenal di pentas teater Perancis.




LFF 2019 nanti akan mempamerkan pelbagai genre dan persembahan dari Perancis termasuk :

Festival Filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 15 pemenang anugerah filem Perancis.

Pelbagai jenis muzik Perancis dipersembahahkan oleh musician dari Malaysia.

Teater dan tarian

Art de Vivre termasuk food & drinks tastings, kelas memasak dan banyak lagi.

Selain itu LFF 2019 turut membawakan filem-filem terbaik dari Perancis seperti FUNAN, Paris, by Lorànt Deutsch, Exit, Brand New World dan sebagainya.





Festival ini bakal berlangsung di 4 buah negeri iaitu :

Kuala Lumpur : 4 April - 28 April
Penang : 25 April - 5 May
Johor Bahru : 2 May - 5 May
Kota Kinabalu : 9 May - 12 May

Masa sidang media tempoh hari, Sharifah Amani turut dijemput sebagai tetamu istimewa.



Untuk maklumat lanjut mengenai Ke French Festival 2019 (LFF) boleh layari :

Le French Festival 2019

Website : www.lefrenchfestival.com.my
Facebook : www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram : @lefrenchfestival_my
Sebarang pertanyaan : info@lefrenchfestival.com.my / 03-2694 7780

Alliance Française de Kuala Lumpur

Website : www.alliancefrancaise.org.my
Facebook : www.facebook.com/AllianceFrancaisedeKL
Instagram : @alliancefrancaisedejk
Tel : 03-26947880


P/s : Mesti pegi! Filem France best-best kot....


Baca Selanjutnya »

Bestnya Vitamin C Serum by Annona!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa dah baca entri AJ pasal Vitamin C Serum by Annona ni 2 minggu lepas? Kalau belum, apa kata korang baca dulu kat sini. Banyak kelebihan dan info mengenai serum ni yang AJ share tau.


So kali ni AJ nak bagi testimoni AJ sendiri lepas gunakan serum ni. Serius cakap bestnya Vitamin C serum by Annona! Macam AJ cakap sebelum ni kan, AJ kerap travel. Kalau korang follow rapat instagram AJ, ada je tempat yang AJ pegi. Sekarang ni dah tak keje kan, lagi panjanglah langkah!

Bila dah kesana kemari, AJ banyak terdedah pada cahaya matahari. Lepas tu pulak, AJ rajin mekap, tapi tak rajin cuci. Bila adanya habit macam tu, jerawat memang senang naik! Kadang AJ ni malas nak buat rutin yang sebetulnya untuk kulit, cuci muke je dah rasa kulit tu elok! Tu la masalah seorang AJ. Lepas tu dia pelik, " Kenapalah kulit orang lain cantik elok je? " Sadis nau!


Sebenarnya, nak kulit cantik bukan takat cuci muka ikut dan je. Kene rajin dan konsisten. Lepas tu korang kene pakai produk yang sesuai dengan kondisi kulit. Sebelum AJ gunakan produk ni, AJ ada baca review orang lain jugak, ramai yang kata produk ni berkesan dalam merawat kulit yang rosak, ada yang kata kulit diorang lebih lembut dan boleh hilangkan jerawat serta jeragat. Bila dah yakin, barulah guna.  Bila dah start pakai Vitamin C serum by Annona ni barulah rasa rajin sikit nak jaga muka. Hahahahahaha. Jujur sangat ni! Yelah, takkan nak bagi kulit orang lain je cantik kan?

Packaging dan Tekstur Vitamin C serum by Annona.

First sekali AJ nak cerita dulu pasal packaging dan tekstur serum ni. Ianya didatang dalam botol kecil yang mudah dibawa kemana-mana. Ada 2 size iaitu 5ml dan 15ml. Botol tu pulak jenis yang ada tube, so korang boleh kawal pengunaan ikut berapa banyak yang perlu. Sekali guna tu, sikit je dah cukup sebenarnya.



Teksturnya pulak jenis cecair. Tak pekat sangat dan tak cair sangat. Bila apply kat kulit memang tak rasa melekit pun. Cepat terserap dalam kulit. Walaupun kaya dengan vitamin C, dia takde bau yang merengsakan hidung. Tu salah satu bende yang AJ suka pasal serum ni. kadang ada jenis serum yang terlalu wangi. Bila pakai rasa menusuk je kat hidung. Lepas tu rasa perit kat kulit. Macam Vitamin C Serum by Annona ni, tak terasa macam pakai apa-apa kat kulit. Ringan!



Cara pengunaan Vitamin C serum by Annona.

✿ Bersihkan kulit wajah dan lap.
Tips AJ : Jangan lap sampai kering sangat kulit tu, biar dia lembab-lembab sikit.

✿ Segarkan kulit dengan toner.

✿ Titiskan Vitamin C serum by Annona di wajah ikut keperluan kulit. Macam kulit AJ agak kering di bahagian dahi, so AJ oleskan lebih sikit kat situ.


✿ Dap-dapkan sedikit supaya serum meresap ke dalam kulit. Siap! Ataupun boleh teruskan dengan rutin penjagaan kulit korang yang lain. Pakai sunblock ke kan.

Nota : Untuk kesan yang lebih baik, gunakan 2 kali sehari pada waktu siang dan malam. Vitamin C serum by Annona juga boleh digunakan sebagai makeup base.

Kesan penggunaan Vitamin C Serum by Annona.

Mesti korang nak tengok kesan pengunaan produk ni kat kulit AJ sendiri kan? Haaa, ni AJ nak share dengan korang.


Sebelum : Kulit agak tak sekata, kusam dan berjerawat.


Selepas : Kulit AJ nampak lebih segar, sekata dan sedikit cerah, jerawat pun dah makin berkurangan.

Ni baru pakai lebih kurang 2 minggu. Nak betul-betul okay kenalah konsisten kan. So AJ dah jumpa produk yang best dan boleh membantu mengurangkan masalah kulit AJ. Koramg pulak macam mana? Tak  nak cuba sendiri ke?

Kalau korang nak cuba produk Vitamin C Serum by Annona boleh dapatkan di :

Hotline : 010-8424243

Harga pasaran :

RM 39 (5ml)
RM 90 (15ml)

P/s : Bila elok, kenalah share!

Baca Selanjutnya »