Eat.Travel.Write 8 | Gerai Masakan Kampung Asli (Ikan Sungai), Hulu Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau sebelum ni kami dihidangkan dengan hidangan Minang, untuk hari kedua kami dibawa menjamu selera di Gerai Masakan Kampung Asli (ikan sungai), Hulu Langat. Gerai ni terletak betul-betul di tepi jalan Batu 11 tak salah AJ. Kalau korang lalu situ, boleh nampak banner dia.


Pelbagai jenis hidangan ikan sungai terdapat disini seperti ikan patin, baung, keli, talapia dan sebagainya. Kalau korang tak begitu gemarkan ikan sungai, korang boleh pilih hidangan ikan siakap.

Pelbagai jenis masakan kampung ada seperti masak lemak, gulai tempoyak, kari dan asam pedas. Kat sini kan, lauk-pauk dia macam ala-ala Jawa sikit. Yang paling buat terliur tu ada beberapa jenis sambal. AJ duk terliur dengan sambal hijau Jawa dia. Pedas dan memang umppph!




hjKalau korang kenal AJ kan, korang mesti tau yang AJ tak makan ikan. Jangan risau, ada jugak lauk lain macam ayam goreng, gulai lemak telur itik, sambal tauhu dan tempe goreng jawa, masak lemak nangka. Kalau nak cerita memang tak abis sampai esok! AJ yang menaip entri ni pun dah terliur.



Gerai ni taklah besar mana pun, tapi selalunya kalau korang datang lambat lauk-pauk pun dah tak berapa banyak dan meriah. So kat situ pun dah boleh tau, macam mana enakmya rasa masakan dia kan?

Kalau korang ke Hulu Langat, jangan lupa singgah menjamu selera di Gerai Masakan Kampung Asli (Ikan Sungai). Gerenti kenyang!

P/s : Apa yang best mengenai Eat.Travel.Write, kita bukan je terjah kedai makan yang mewah-mewah. Biasa-biasa pun kita singgah. Janji sedap!

Baca Selanjutnya »

Eat.Travel.Write 8 | Galeri Saudagar, Bangi Gateway

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kita sambung lagi dengan trip Eat.Travel.Write 8, Hulu Langat. Hari kedua, kami dibawa ke Galeri Saudagar milik Tok Siak Ar-Rembauwi yang terletak di Bangi Gateway. Apa yang menarik kat sini?


Galeri Saudagar ni menjual Khazanah Melayu, terutamanya keris. Serius la zaman moden ni ada lagi yang jual dan tahu pasal keris? Haaaa, kalau korang nak tau apa sahaja mengenai keris, korang boleh berjumpa sendiri Tok Siak. Banyak ilmu mengenai keris yang dikongsikan dengan kami semasa sesi ni.


AJ sendiri pun pertama kali pegang keris yang betul. Kalau setakat keris plastik pengantin tu penah la pegang. Yang ni keris betul okay! Masa kami kat sini, Tok Siak banyak menerangkan jenis keris dan perbezaan setiap bilah keris yang ada.


Kami ditunjukkan dengan keris Melayu dan Jawa. Selama ni, yang AJ tau, keris tu sama je semuanya. Asalkan ada hulu, ada bilah dengan sarungnya itulah keris. Tapi sebenarnya setiap satu keris ni ciri dia sangat berlainan. Bentuk mungkin nampak sama dan serupa tapi lainlah! AJ nak cerita lebih lanjut pun, AJ tak berapa mahir.


Yang AJ tau, keris Jawa pangkal bilahnya tenggelam habis bila dalam sarung, manakala keris Melayu pula bilahnya akan sedikit kelihatan bila didalam sarung. Tapi kan, bila tengok sendiri keris-keris kat sini, AJ paling tertarik dengan rekabentuk hulu keris. Tak tau kenapa tapi bagi AJ hulu keris tu sangat unik. Pada mata AJ, kalau hulu cantik, bentuk unik nampak gah sangat!


Setiap keris-keris ni ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Bukan semua orang boleh beli atau pinang keris-keris ni tau! Korang kene ada ilmu dan juga kebenaran untuk memiliki keris.  Selain daripada keris, terdapat beberapa lagi senjata dari zaman moyang kita yang ada kat situ. Nak tau lebih lanjut korang boleh ke Bazar Karat yang terletak di bahagian belakang bangi Gateway dan jumpa Tok Siak sendiri.

P/s : Khazanah dan pusaka Melayu makin dilupakan.. Sobs!


Baca Selanjutnya »