Ghost Museum, Magic Show dan Ice Cafe Penang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ dan geng #KBBA9 ke Penang untuk eksplore beberapa tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Kalau ke Herritage Street semua tu dah biasa sangat kan? So kali ni, selain daripada makan-makan, kami ke beberapa buah tempat tarikan dalam bangunan.



Destinasi pertama, kitorang pegi Ghost Museum yang terletak di Lebuh Melayu. Ghost Museum Penang ni bukan rumah hantu tau. Kalau masuk kat sini korang takkan jumpa hantu yang berlegar-legar ke, ketuk-ketuk dinding ke, takde! Tapi lebih kepada sejarah dan kepercayaan masyarakat mengenai kewujudan hantu.



Banyak kisah mitos mengenai hantu yang dipaparkan kat sini bukan kepercayaan hantu masyarakat Melayu je, Cina dan juga dari negara luar macam mitos hantu Jepun pun ade. Lepas tu siap ade beberapa scene tambahan lagi. Menariknya kat sini korang pun boleh cuba costume hantu jugak! AJ sempatlah jadi mak bidan. so lepas ni sape nak khidmat duola boleh la panggil AJ! Hahahahhahaha.


Info : 
Ghost Museum Penang
Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM - 7PM
Tel : 04-261 2352

Lepas je habis eksplore Ghost Museum, kitorang ke Magic World yang terletak tak jauh dari situ di Lebuh Victoria. Jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai. Tu yang best pasal Penang ni, kebanyakkan tempat best korang boleh berjalan kaki je. Dah kalau namanya Magic World semestinya segala trick ada melalui Malayan Cultural Magic Show. Terdapat beberapa sesi persembahan magis kat sini tau! Pastikan korang check waktu show supaya tak terlepas.


Kat sini ada juga 2 layar VR untuk korang cuba, layan jugak. Tergelak-gelak kitorang cuba layar VR tu, mengalahkan budak-budak! Hahahahaha. Nak cuba senang je, korang kene download apps dia dan staff Magic World akan bagi arahan dan recordkan untuk korang. Nah tengok aksi melampau masing-masing!



Dah puas mencuba segala trick dalam Magic World, singgah pula ke Ice Cafe di dalam bangunan yang sama. Konsep kat sini ala-ala musim sejuk dan hipster. Makanan yang dihidangkan pun memang cukup buat sejukkan tekak. Dengan rambut putih AJ tu, memang terus fefeeling macam Ice Princess. Gittew! Harganya pun berbaloi dan sedap!


Info : 
Magic World & Ice Cafe
Alamat : 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM - 7PM (Magic World)
10AM - 10PM (Ice Cafe)
Tel : 04-263 3193

So kalau korang ke Pulau Pinang, wajib singgah ke Ghost Museum, Magic World dan Ice Cafe okay!



email signature
Baca Selanjutnya »

Himalaya Joint Wellness dan Bowel Wellness untuk Kekal Sihat dan Bertenaga

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Himalaya bukanlah satu nama asing dalam pengeluaran supplemen berasaskan tradisional dan herba. Dipercayai sejak turun temurun dari tahun 1930 lagi. So arini AJ nak kongsikan dengan korang 2 produk yang AJ amalkan iaitu Himalaya Joint Wellness dan Himalaya Bowel Wellness untuk kekal sihat dan bertenaga.

Kenapa Himalaya? Himalaya Herbals 100% semulajadi dan selamat untuk digunakan. Sebenarnya AJ dah lama kenal dan amalkan produk dari jenama ni. Bukan untuk manusia je, malahan ubat untuk kucing pun AJ gunakan Himalaya. Jangan tak tau, Himalaya bukan sahaja ada produk untuk manusia, tapi ada untuk haiwan kesayangan korang jugak tau.


Sejak AJ tak keje ni, AJ banyak buat aktiviti luar. Kadang-kadang AJ pergi trip bersambung-sambung dari 1 tempat ke 1 tempat. Memang seronok,tapi kesan dia badan AJ jadi letih, lesu dan kurang bertenaga. Lepas tu AJ jugak ada masalah pencernaan. Bila pegi trip makan pulak macam-macam. So AJ amik 2 supplemen ni untuk membantu AJ kekal sihat dan bertenaga.

Himalaya Joint Wellness Shallaki

Bila umur makin meningkat, sendi-sendi mulakan rasa sakit. AJ pun tak terkecuali walaupun muka nampak macam masih muda remaja! Hahahahaha. Bila banyak berjalan, AJ kerap sakit belakang dan kat pelipat kaki. Lenguh dia tu kadang tak boleh bawak bincang woo. Bila nak tidur malam rasa menyengat jugak. Gulinglah macam mana pun, takdenya rasa sakit sendi tu berkurangan!


Sejak amalkan Himalaya Joint Wellness Shallaki, Alhamdulillah sendi-sendi rasa makin beransur pulih. AJ dah tak rasa sakit bila nak tidur. Baru ni pun, masa ride ke Thailand pun badan tak sakit walaupun duduk atas motor hampir 15 jam perjalanan. 

Kebaikan Himalaya Joint Wellness Shallaki
  • Mengelakkan sendi mengalami kerosakan dan membantu menyerap efek hentakan atau pergerakan berlebihan struktur sendi.
  • Membantu mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi.
  • Membantu dalam menindas keradangan sendi dan kesakitan dengan mensasarkan enzim utama yang memudahkan pelepasan bahan kimia keradangan pada sendi.
  • Shallaki lembut pada perut dan tidak menyebabkan kerengsaan atau ulser gastrik.

Cara pengambilan :

1-2 biji, 2 kali sehari. AJ selalu amik sebelum keluar beraktiviti dan sebelum tidur.

Himalaya Bowel Wellness Triphala

Okay, masalah ni memang AJ dah hadapi sekian lama. AJ susah sangat nak membuang air besar.  Senang cite sembelit lah! Kadang tu 3-4 hari sekali baru rasa nak "menoilet". Masalah ketidakhadaman ni memang tak elok untuk badan kita, sebab toksin dalam badan tu tak keluar kan. AJ ada jugak cuba beberapa produk, tapi tak berapa berkesan dan kadang-kadang buta perut AJ rasa tak selesa.



Since AJ memang amik Himalaya Joint Wellness, AJ cubalah sekali Himalaya Bowel Wellness Thipala ni. Kebetulan masa tu tengah ada sale, elok sangatlah beli. Hihihihih. Masa mula-mula amik, rasa biasa je. Tapi lepad tu sistem pencernaan tu jadi lebih efektif. AJ pun dah tak sembelit dan kerap ke tandas jugak. Lega tau! Barulah perut nampak slim sikit. Kalau tak rasa bloating je.

Kebaikan Himalaya Joint Wellness Triphala

  • Melegakan sembelit
  • Membantu aliran usus secara normal
  • Mendetoks usus yang normal


Cara pengambilan :

1-2 biji , dua kali sehari. AJ amik lepas sarapan pagi dan makan malam.

AJ dah cuba Himalaya Joint Wellness hampir sebulan dan Bowel Wellness selama hampir 2 minggu, kesan dia memang terbaik. AJ dapat rasa perubahan pada tubuh badan. Jadi lebih bertenaga dan perut rasa lebih selesa walaupun lepas makan macam-macam.

Lagi 1 kan, produk ni didatangkan dalam botol yang memudahkan AJ bawak travel ke mana-mana dan bentuk kapsul dia pun mudah nak ditelan. Rasa dia takdelah pahit pun. Orang selalu ingat, asal but pada herba je mesti pahit kan? Himalaya ni takde rasa apa pun, korang telan je la kapsul dia. Hihihihi. Okay je!

So kalau korang nak dapatkan Himalaya Joint Wellness Shallaki dan Himalaya Bowel Wellness Triphala, korang boleh kemana-mana outlet Himalaya berhampiran, Watsons ataupun boleh didapati secara online di laman web Himalaya, Shopee ataupun Lazada.

Untuk maklumat lanjut layari :

Website : http://www.himalayaherbals.com/
Facebook :  https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

P/s : Sama macam jaga muka, badan pun kene seiring...

Baca Selanjutnya »