Balik Pulau Nature Xploration : Taman Negara Pulau Pinang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, jam 2.30 pagi kami selamat sampai kat Pulau Pinang. Sebelum ke Teluk Bahang, singgah pekena Nasi Kandar Mohd Raffee dulu. Tak sahlah gi Penang tak makan nasi kandar. Lepas tu, kami rest sekejap kat motel di Teluk Bahang. Dapatlah lelapkan mata 2-3 jam sebelum beraktiviti.

Untuk Balik Pulau Nature Xploration, AJ akan share dengan korang aktiviti lain yang boleh korang buat di Pulau Pinang, selain berada dalam kawasan bandar. Nature lover mesti suka punya. Selalu asik main dalam bandar je, apa kata sesekali kita dekatkan diri dengan alam sekitar pulak.


Hari pertama Balik Pulau Nature Xploration, kami menjelajah sekitar Taman Negara Pulau Pinang. Apa yang menarik kat sini? Kenelah baca entri ni!

Sebelum menjelajah, En. Ahmad Husni Ahmad Basri, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara memberikan sepatah 2 kata dan kami diberikan taklimat keselamatan dan penerangan ringkas oleh Nature Guide.


Seterusnya kami bergerak ke USM Centre for Marine & Coastal Studies (CEMACS) dengan menaiki bot. CEMACS ialah sebuah pusat penyelidikan dan latihan pascaiswazah dalam Sains Marin dan Ekosistem pesisir Pantai yang ditubuhkan pada tahun Ogos 1991. Tujuan institusi ni adalah untuk menggerakkan dan mengintegrasikan kepakaran dalam sains marin. Objektifnya untuk meningkatkan keupayaan menjalankan kajian yang berkaitan dengan ekosistem laut dan pesisir.



Masa kat sini, kitorang didedahkan dengan pelbagai jenis hidupan akuatik macam gamat, coral, tapak sulaiman dan kenal beberapa jenis spesis dolphin. Kat sini AJ dapat makan latok fresh tau! rasa masin air laut pun melekat lagi. Hahhahahah.



Kami juga dibawa melawat muzium dan juga tempat CEMACS buat penyelidikan. Tapi, CEMACS tidak dibuka pada awam, kalau ada agensi ataupun mana-mana pihak nak buat lawatan, boleh terus hubungi pihak Cemacs untuk buat appointment.



Info :
USM Centre for Marine & Coastal Studies (CEMACS)
Alamat : Jalan Hassan Abas, Pualau Pinang.
Tel : 04-8852750

Kemudian kami ke Teluk Kampi untuk makan tengah hari dan juga campsite tour. Kalau korang nak camping, kat sini ada disediakan fasiliti asas macam tapak perkhemahan, tempat masak, tandas dan surau. Tapi, korang tak boleh buat unggun api kat Taman Negara untuk menjaga ekosistem.


Seterusnya kami ke Pantai Kerachut. Kat sini kami ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Banyak ilmu pasal penyu yang kitorang belajar kat sini. Cara penyu bertelur, membiak dan sebagainya. Nature guide pun sporting gila, siap buat live demo lagi. Lepas tu kami berjalan ke Meromictic Lake yang terletak di hujung pantai.


Meromictic Lake ialah tasik dimana air tasik dan air laut berada dalam 2 lapisan berbeza. lapisan bawah terdiri dari air laut dan lapisan atas dari sungai dan hujan. Tapi ini bukan fenomena yang kita boleh tengok setiap hari tau. Nature guide kitorang cakap, kali terakhir boleh nampak pun sekitar 2 tahun lepas. Tapi tanah lumpur tasik ni pun halus da lembut je. Bagus untuk kulit. Hahahahhah.

Info :
Taman Negara Pulau Pinang
Alamat : Pejabat taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abas, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Tel : 04-8814788

Lepas dah selesai tour di sekitar Taman Negara Pulau Pinang, kami balik ke jeti dan check-in di Hype Eco Park, Teluk Bahang ataupun dikenali sebagai Sportfishing Resort. Lepas rehatkan badan, kami dihidangkan dengan barbeque sebelum sambung aktiviti. Untuk malam ni, kami semua boleh buat pilihan sama ada nak memancing ataupun nak berjalan-jalan di night market Batu Feringghi. AJ pilih untuk ke night market. Memancing kat laut memang fun tapi tu la, AJ penah cuba buat aktiviti memancing kat sini 10 tahun lepas. Rase serik pulak, sebab AJ ni mabuk laut! Hahahahahhaa.


So kalau korang gemar memancing, AJ sarankan korang stay kat resort ni. Kat sini memang lubuk pemancing kata orang. Depan ni je dah laut. Kalau nak bawak family yang tak gemar memancing pun sesuai. Sambil korang memancing, diorang boleh buat pelbagai aktiviti lain macam tour AJ ni. Seronok tau!

Info :
Hype Eco Park Resort, Teluk Bahang
Alamat : Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang. 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Tel : 04-8852728

Night Fishing / Transporation
Safar Saied Tour nd Travel Sdn Bhd.
Alamat : 5-1-5 Jalan Sungai Emas, Mutiara Arcade, 11100 Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Tel : 04-2952440

So selesai sudah aktiviti untuk hari pertama. Hari ni pulak, kami akan buat beberapa lagi aktiviti menarik, nak tau apa. kenalah tunggu entri AJ yang seterusnya!

P/s : Demam pulak masa trip ni. Sobs! Sobs!

#tourismmalaysia #visitmalaysia2020 #vm2020 #BalikPulauNatureXploration #kbba9

Baca Selanjutnya »

Vivo NEX 3, Telefon Pintar Terbaru Dari Vivo Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

17 Oktober yang lepas, AJ menghadiri majlis pelancaran telefon pintar terbaru dari Vivo Malaysia iaitu Vivo NEX 3 selepas melancarkan Vivo V17 Pro. Sekarang ni telefon pintar memang 1 keperluan buat semua orang. Nak-nak pulak blogger macam AJ ni. Masa tengok Vivo NEX 3 ni memang rasa tergoda habis sebabnya ia dilengkapi dengan pelbagai inovasi baru yang sesuai dengan AJ. Nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis tau.



Vivo NEX 3 didatangkan dengan paparan skrin dwi-lengkung dengan teknologi POLED Waterfall Fullview untuk view yang lebih menarik dan elegan dengan ukuran 6.89 inci bernisbah 99.6% dan layar tepi hampir vertikal. Sangat wide angle!


Selain tu Vivo NEX 3 juga didatangkan dengan fungsi Touch Sense untuk keselesaan pengguna dan dilengkapi dengan teknologi X-axis Haptic Vibration. Terdapat juga In-display Fingerprint Scanning untuk membolehkan pengguna membuka telefon pintar dengan lebih pantas.


Yang paling AJ suka sekali mengenai Vivo NEX 3 ni ialah teknologi kamera dengan 64MP triple camera. So senang, korang tak payah nak usung kamera DSLR kemana-mana dah dengan adanya Vivo NEX3, untuk kamera depan 13MP wide camera pulak dia akan popup bila korang nak gunakan. Dan paling best, storage dia 256 GB! Nak selfie 200 kali sehari pun boleh je. Hahahaha.


Vivo NEX 3 juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan UFS 3.0  high-speed flash memory untuk kegunaan yang lebih lancar. Kapasiti bateri sehingga 4500mAh membolehkan pengguna menggunakan peranti lebih lama. Kalau nak caj pun senang jugak sebab ada FlashCharge sehingga 22.5W dan C-DRX power-saving. Telefon pintar ni pun tak mudah panas kalau digunakan dengan adanya The Vapor Chamber Cooling System.



Untuk spesifikasi lebih lanjut mengenai Vivo NEX 3, korang boleh rujuk kat bawah.

NETWORKTechnologyGSM / CDMA / HSPA / EVDO / LTE / 5G
LAUNCHAnnounced2019, September
StatusAvailable. Released 2019, September
BODYDimensions167.4 x 76.1 x 9.4 mm (6.59 x 3.00 x 0.37 in)
Weight218.5 g (7.72 oz)
BuildFront/back glass, aluminum frame
SIMDual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
DISPLAYTypeSuper AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size6.89 inches, 119.3 cm2 (~93.6% screen-to-body ratio)
Resolution1080 x 2256 pixels (~363 ppi density)
HDR10
PLATFORMOSAndroid 9.0 (Pie); Funtouch 9.1
ChipsetQualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm)
CPUOcta-core (1x2.96 GHz Kryo 485 & 3x2.42 GHz Kryo 485 & 4x1.8 GHz Kryo 485)
GPUAdreno 640 (700 MHz)
MEMORYCard slotNo
Internal256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM
UFS3.0
MAIN CAMERATriple64 MP, f/1.8, (wide), 1/1.7", 0.8┬Ám, PDAF
13 MP, f/2.5, (telephoto), PDAF
13 MP, f/2.2, (ultrawide), PDAF
FeaturesLED flash, HDR, panorama
Video2160p@30fps, 1080p@30/60/120fps, 720p@960fps, gyro-EIS
SELFIE CAMERASingleMotorized pop-up 16 MP, f/2.1
FeaturesLED flash, HDR
Video1080p@30fps
SOUNDLoudspeakerYes
3.5mm jackYes
32-bit/192kHz audio
Active noise cancellation with dedicated mic
COMMSWLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth5.0, A2DP, LE
GPSYes, with A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS
RadioNo
USB2.0, Type-C 1.0 reversible connector, USB On-The-Go
FEATURESSensorsFingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass
BATTERYNon-removable Li-Po 4500 mAh battery
ChargingFast battery charging 44W
MISCColorsLiquid Tianhe, Deep air streamer
ModelsV1924A, V1924T
Price$ 774.39 / £ 755.00
TESTSPerformanceBasemark OS II: 4951 / Basemark OS II 2.0: 5067
Basemark X: 46474
DisplayContrast ratio: Infinite (nominal)
CameraPhoto / Video
LoudspeakerVoice 70dB / Noise 73dB / Ring 72dB
Audio qualityNoise -93.7dB / Crosstalk -93.1dB
Battery life
Sumber : www.gsmarena.com
Gempak kan? Harga pasaran untuk Vivo NEX 3 ialah RM 3,899. Sesuailah dengan teknologi nya kan? Kalau ada yang nak beli, belikan untuk AJ 1 please! Hihihihihi.



P/s : Canggih-canggih telefon pintar sekarang!

email signature
Baca Selanjutnya »