Part 1| HALAL @ Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni kakak berkesempatan join program HALAL @ Selangor selama 4 hari 3 malam untuk mempromosikan Industri Halal di sekitar Negeri Selangor bersama Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Pertubuhan Media Negeri Selangor. Kalau sebut pasal Halal kan, mesti kita akan fokus bab-bab makanan. Tapi Halal ni merangkumi pelbagai sektor selain makanan, antaranya sektor kosmetik, fesyen, kewangan Islam dan Pelancongan Perubatan. Melalui program HALAL @ Selangor ni la kakak berpeluang mengenali lebih tepat mengenai kepelbagaian sektor dalam kategori HALAL.

INDUSTRI MAKANAN

Pertama sekali kakak nak share dengan korang pasal makan-makan. Yang ni confirm ramai suka. Lepas ni bolehlah korang terjah antara kedai-kedai dan outlet makanan yang kakak kongsikan.

Baker's Cottage (Seksyen 18, Shah Alam)

Sebut pasal Baker's Cottage apa yang terlintas dalam fikiran korang? Macam kakak sendiri, bila dengar Baker's Cottage memang duk ingat aneka pilihan kek dan pastri. Tapi sebenarnya, Baker's Cottage bukan hanya ada kek dan pastri semata, malahan banyak lagi hidangan lain seperti ayam panggang. Yup, sejak beberapa tahun ni, ayam panggang Baker's Cottage dah mula jadi menu kegemaran kakak kat sini.

Baker's Cottage mula beroperasi pada tahun 1993 dan terdapat kurang pada 10 kedai pada masa tu. Lama-kelamaan Baker's Cottage mula mendapat tempat di hati par pelanggan dan telah menjadi pengeluar kuih bulan terbesar di Malaysia dan juga pengeksport kuih bulan Halal. Sehingga ke hari ini, Baker's Cottage telah memiliki hampir 180 outlet termasuk outlet terbaru yang terletak di Bukit Bintang. 

Menurut pengurus di Baker's Cottage Seksyen 18 Shah Alam, mereka menggunakan bahan-bahan yang segar dan semulajadi dengan kawalan kualiti yang ketat dan konsisten dalam pengeluaran setiap produk. Bercakap mengenai HALAL, Baker's Cottage merupakan pemegang sijil Halal JAKIM sejak 15 tahun yang lepas, tetapi faktor pemilikan membuatkan Baker's Cottage perlu memohon pencerapan Halal JAKIM yang baru dibawah syarikat Leong Hup International Berhad mengambil alih Baker’s Cottage sebagai anak syarikat. 

Kenapa harga ayam di Baker's Cottage tu murah? Ini kerana, syarikat Leong Hup International Berhad memiliki ladang ayam sendiri selari dengan konsep farm-to-plate yang bukan sahaja menghapuskan kos tambahan tapi turut memastikan ayam segar dan berkualiti tinggi. Kalau korang belum cuba ayam panggang Baker's Cottage, korang wajib cuba!

Info lanjut : https://thebakerscottage.com/

HOMST, Setia Alam

HOMST merupakan salah satu restoran Cina Muslim yang menawarkan pelbagai jenis Masakan Cina yang merupakan salah satu pemegang sijil Halal JAKIM. Diusahakan oleh En. Yusoff Lau Bin Abdullah, seorang chef yang bercita-cita untuk menghidangkan Masakan Cina asli khususnya kepada Masyarakat Islam. Mula membuka cawangan pertama pada tahun 2002 di Tman Tun Dr. Ismail, KL dan kini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang termasuk HOMST, Setia Alam.

Hidangan yang ditawarkan di HOMST sememangnya authethic Chinese Cuisine dengan pelbagai pilihan menu seperti Seafood, Meat, Soup & Egg, Vegetable & Tofu, Rice & Noodles, Beverages & Desserts. Kalau datang dengan keluarga korang boleh pilih Set Dish, senang tak payah nak gaduh nak makan apa, semuanya ada. Pendek kata apa sahaja hidangan ada disini. Masa kat HOMST, kakak makan Nasi Goreng Petai, Oyster Omelette, Black Pepper Beef dan Chinese Pancake. Semua sedap! Kalau tak nak makan berat? Korang boleh pilih lebih daripada 30 menu Dim Sum juga!

Info lanjut : https://homst.com.my/

INDUSTRI KOSMETIK

Kosmetik sinonim dengan kaum hawa, tapi macam mana dengan cara pembuatan dan status Halal produk? Halal ni merangkumi semua, termasuklah produk yang kita guna pakai seperti kosmetik ni. Jangan buat main tau bab Halal ni.

V’ASIA COSMETIC & HEALTHCARE

V’ASIA diterajui dan diasaskan oleh Dato’ Azril bin Mohd Radzi, selaku Pengarah Urusan AURA ONE RESOURCES (M) SDN BHD. V'ASIA adalah singkatan kepada VERSI ASIA yang merangkumi produk kecantikan dan kesihatan untuk wanita dan lelaki setiap peingkat umur.

Ditubuhkan pada 11 Januari 2011, V’ASIA COSMETIC & HEALTHCARE adalah 100% produk keluaran syarikat bumiputera yang dimiliki oleh AURA ONE RESOURCES (M) SDN BHD. Setiap produk barangan kosmetik dan produk kesihatan V’ASIA COSMETIC & HEALTHCARE juga berasaskan herba asli dan ramuan semulajadi buatan Malaysia.

Produk V’ASIA dikilangkan mengikut kaedah amalan pengilangan baik (GMP), dikilangkan mengikut kaedah Halalan Toyyiban dan paling penting mendapat notifikasi, kelulusan dan pengkelasan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi memastikan produk V’ASIA mencapai standard yang terbaik dan mencapai kepuasan pengguna, V’ASIA bekerjasama dengan LEMBAGA PELINDUNG DAN KEBAJIKAN PENGGUNA MALAYSIA (LPKPM).


Menurut Dato’ Azril bin Mohd Radzi, V’ASIA COSMETIC & HEALTHCARE bermula dengan hanya 5 produk dan kini V'ASIA telah mengeluarkan sehingga 150 produk termasuk produk minuman kesihatan, alat solek, set bersalin dan banyak lagi dibawah 2 anak syarikat iaitu Herba Timur dan Jamu Jelita. Kalau korang nak tau, V’ASIA COSMETIC telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya SUPER HEALTH BRAND pada tahun 2017 & 2018 dan beberapa awards lagi.

Kakak sendiri sempat membeli mascara dan bedak sejuk okay masa lawatan aritu!

Info lanjut : https://www.vasia.my/

INDUSTRI FESYEN

Pakaian pun kena Halal ke? Bukan macam tu, sebagai seseorang yang beragama Islam, kita kena menitik beratkan soal pemakaian. Jadi dalam program HALAL @ Selangor, kami sempat melawat ke beberapa buah butik yang menawarkan pelbagai pilihan gaya terkini muslimah dan juga untuk lelaki.

SHAWLPUBLIKA

Bukan nama asing lagi dalam industri fesyen, merupakan salah satu pelopor baju kurung Sari. Bila raya je, kakak mesti teringat baju kurung Sari dari ShawlPublika.


Diasaskan pada tahun 2014 oleh sepasang suami isteri iaitu, En. Iskandar dan Puan. Nur Hidayu yang didorong oleh semangat dan dedikasi dalam menampilkan fesyen yang baharu. Menurut pasangan suami isteri ini, sebelum wujudnya ShawlPublika, mereka mempunyai kerjaya masing-masing, tapi bidang keusahawanan bukanlah sesuatu yang asing kerana Puan Nur Hidayu sendiri pernah menjual tudung.


Ilham dalam mewujudkan ShawlPublika ni pun datang dari Puan. Ayu sendiri yang gemar memakai baju kurung berasaskan sari. So dari situlah bermulanya ShawlPublika. Awalnya mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok kain sari, tapi atas usaha gigih mereka telah mendapat suplier kain dari India. Kini, mereka telah berjaya membuka sebuah kedai bagi mengembangkan perniagaan di samping memiliki sebuah kilang menjahit baju kurung sari untuk dijual oleh Shawlpublika.

Mengikut peredaran masa, ShawlPublika kini bukan hanya memfokuskan kepada penjualan baju kurung sari, tapi telah melebarkan sayapnya dalam pengeluaran pakaian moden harian untuk wanita dan juga kurta untuk lelaki serta shawl pelbagai corak. Design-design ShawlPublika ni memang cantik terutama koleksi Palestine yang dikeluarkan tempoh hari. Rugi sapa tak grab!




SITI KHADIJAH, Bangi

Sape tak kenal tagline "Nak, Mak teringin nak pakai Telekung Siti Khadijah".? Kata orang, tak kenal maka tak cinta! Rupanya kakak sendiri pun belum betul-betul kenal Siti Khadijah ni tau. Kenapa? Sebelum ni cuma ingat Siti Khadijah ni cuma jual telekung je, tapi sebenarnya produk Siti Khadijah ni ada pelbagai termasuklah pakaian wanita dan lelaki. Bukan tu je, kasut dan tote bag pun ada tau! Korang pun baru tau jugak kan?


Diasaskan pada tahun 2009 oleh Puan Padzilah Enda Sulaiman. Menurut beliau, kaum hawa ni, kalau nak solat mestilah nak cari telekung yang sesuai dan selesa. Oleh itu, beliau telah mengilhamkan telekung Siti Khadijah dengan inovasi yang ditambah baik dari pelbagai segi termasuk pemilihan fabrik, kesesuaian penggunaan mengikut individu itu sendiri dan juga pilihan warna. Kalau dulu, telekung je mesti warna putih, tapi sekarang warna telekung pun dah banyak variasi.


Kini, Siti Khadijah mempunyai lebih 40 butik di seluruh negara serta di Indonesia dan menyasarkan untuk menjadi jenama global terkemuka dalam industri fesyen. Kalau korang nak dapatkan sendiri produk Siti Khadijah untuk keluarga dan rakan-rakan boleh kunjungi cawangan Siti Khadijah yang berhampiran. Bukan hanya untuk wanita, malahan untuk lelaki juga. Kurta lelaki dia memang cantik-cantik. Baju pun sama, aritu nak beli kebarung tapi takde saiz pulak. Bukan rezeki kakak nampak gayanya.



Ada lagi beberapa industri yang kakak nak kongsikan dalam program HALAL @ Selangor iaitu Industri Kewangan Islam dan Industri Perlancongan Perubatan / Muslim-Friendly Hospitality. Tapi yang tu kakak akan ceritakan dalam next entry, tunggu tau!


Baca Selanjutnya »

Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik | Dah nak akhir tahun ni, korang dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan. Sekarang ni kita pun tau tragedi banjir yang berlaku kan? Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga ada menghulurkan bantuan tau dari hasil zakat. Alhamdulillah.

Zakat dan Kewajipannya

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Zakat diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)


Islam sentiasa menitikberatkan tentang memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu menyulitkan manusia dalam urusan sehariannya khususnya dalam melaksana urusan agama. Semua hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.” (Surah At-Talaaq : 4)

Umat Islam juga diingatkan supaya tidak membebankan sesuatu perkara malah haruslah dipermudahkan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”

Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”

Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik




Sekarang ni nak bayar zakat lebih mudah, korang tak perlu pegi ke kaunter untuk berurusan pun. Bayar secara online dengan kad kredit Islamik korang pun boleh! Yelah, kalau nak berurusan kat kaunter ni agak leceh kan, nak kena cari parking, nak beratur lagi. Jadi Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mengambil pendekatan untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat sama ada individu ataupun korporat untuk menunaikan kewajipan Zakat.


Terdapat beberapa jenis Kad Kredit Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diterima oleh pihak LZS, antaranya :

  • Kad Bank Islam (Visa & Master)
  • Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
  • Kad I-Bank Rakyat
  • Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
  • Kad Caj Al-Rajhi Bank
  • Kad Al-Aiman BSN

Pembayaran menggunakan kad kredit ini boleh dibuat secara online ataupun di semua kaunter zakat LZS. Bayar secara online la cepat kan? Caranya pun mudah dan lebih efektif.

Layari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my 

Isikan butiran seperti :

  • Maklumat Bayaran
  • Pilih kaedah Pembayaran
  • Pilih Bank
  • Dan dapatkan Resit Bayaran Zakat

Senang kan? Kaedah pembayaran secara online ni cepat dan selamat. Semua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Kempen Menang dan Kongsi


Kakak nak kongsikan 1 berita menarik untuk pembayar zakat. Kalau korang membayar zakat sekarang, korang berpeluang menyertai Kempen Menang dan Kongsi LZS dimana 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri. Korang boleh baca terma dan syarat kempen di bawah okay!


Info lanjut :
Baca Selanjutnya »