ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor | Dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:(Û±Û°Û³) Ø®ُØ°ۡ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ…ۡÙˆَالِÙ‡ِÙ…ۡ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَاللّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)
- Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon pintar, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.
- Cari fungsi taksir yang membolehkan korang membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.
- Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.
- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.
- Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Emas Perak
- Zakat Pelaburan Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Takaful
- Zakat Tanaman Padi
- Zakat Ternakan
- Zakat Harta Galian / Harta Karun
- Asnaf Fakir dan Miskin
- Asnaf Muallaf
- Asnaf Fisabilillah
- Asnaf Gharimin
- Asnaf Ibni Sabil
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/