Orang Yang MENCINTAIMU................


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Orang Yang Mencintai Kamu..

1 - Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu seorang dan tiada yang lain.

2 - Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya apa yang penting ialah melihat kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impian serta pujaan hatinya.

3 - Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya. Kamu adalah orang yang tercantik, terhebat dihati dan dimatanya walaupun kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4 - Orang yang mencintai kamu selalu sahaja ingin mengetahui segala kegiatan yang kamu lakukan pada setiap hari kerana dia mahu memastikan kamu selalu berada dalam keadaan yang baik-baik belaka.

5 - Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Good Night", "Take Care" dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan rasa cintanya dalam cara yang berbeza.

6 - Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS walaupun hatinya mungkin sedikit terguris dengan tindakanmu itu.

7 - Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang telah kamu lalui bersama walaupun kamu sendiri mungkin sudah melupakannya kerana setiap saat bersamamu itulah sesuatu yang sangat berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang lagi.

8 - Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan walaupun kamu sendiri tidak ingat pernah menuturkannya. Kerana orang yang mencintai kamu itu sentiasa menyematkan kata-katamu di hatinya sekalipun ia pernah melukai perasaannya.
 
9 - Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari perkara-perkara yang menjadi kesukaanmu hanya kerana ingin menjadikan perkara itu kesukaannya juga. Walaupun sesukar mana pun, ia akan tetap berusaha sehingga berjaya.

10 - Jika si dia mengetahui kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk. Si dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon setiap 5 minit sekali semata-mata untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan kesihatan kamu dan terlalu mengambil berat tentang kamu.

11 - Jika kamu akan menghadapi ujian atau ingin menghadiri temuduga, dia akan mengirimkan SMS untuk memberi kata-kata semangat kepada kamu sebelum dan pada hari perkara tersebut berlangsung.

12 - Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin pada kamu itu ialah sesuatu yang sangat biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13 - Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon, sehingga kamu menjadi bingung. Hal itu terjadi kerana pada saat itu dia merasa sangat gugup seolah-olah kamu telah menggegarkan dunianya.

14 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmumu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu kerana baginya tiada apa yang lebih membahagiakan selain berada disampingmu walaupun ketika itu mood kamu tidak begitu baik.

15 - Jika suatu saat kamu harus berjauhan dengannya, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu kerana jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16 - Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti BAPA ATAU IBU mu daripada seperti seorang kekasih.

17 - Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang MERIMASKAN seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS hanya untuk menyatakan perkara-perkara yang tidak penting. Sedangkan sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18 - Orang yang mencintai kamu kadang-kadang akan melakukan hal-hal yang memeningkan kepalamu untuk mendapatkan perhatian. Namun apabila kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan segera meminta maaf dan berjanji tak akan melakukannya lagi. Tetapi perkara itu pasti akan berulang kerana dia terlalu mencintai kamu.

19 - Jika kamu memintanya untuk mengajari kamu sesuatu, maka ia akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan mengajarmu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu dan dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.

20 - Kalau kamu melihat telefon bimbitnya, kamu akan mendapati namamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia juga masih menyimpan SMS-SMS darimu walaupun kamu telah mengirimnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas. Malahan segala barang-barang pemberian kamu menjadi benda yang paling berharga buatnya walaupun kamu hanya membelinya dengan harga RM0.30.

21 - Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang diri dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan kepadanya, dia sentiasa ada untukmu kerana sebenarnya dia akan tetap menunggumu dan dia tak pernah mencari orang lain bagi mengisi kekosongan itu.

22 - Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui sesuatu kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu minta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

23 - Orang yang mencintaimu sentiasa berada bersamamu dikala susah mahupun senang. Dia juga tidak kisah mendampingimu walaupun ketika itu kamu tidak berharta. Malahan dia sanggup berkongsi duit yang hanya ada RM5 padanya ketika itu denganmu tanpa banyak soal.


24 - Orang yang mencintai kamu tidak pernah membiarkan kamu merasa susah hati. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi dahan yang kuat untuk kamu berpaut dan sanggup membakar dirinya hanya untuk menerangi duniamu.

25 - Orang yang mencintai kamu sanggup mengorbankan dirinya hanya untuk melihat kamu sentiasa gembira. Walaupun kegembiraan kamu itu menghancurkan seluruh perasaannya.


[ Pernahkah ada seseorang yang berbuat demikian kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut kerana kamu akan menyesal melakukannya! ]

Hargailah orang yang mencintai kamu sepenuh hatinya walaupun orang itu tidak sesempurna orang lain, kerana sekali dia berlalu kamu tidak akan pernah menemui orang sepertinya lagi.......

P/s : Adakah dia menyayangimu???

Tiada ulasan