Manusia Semakin Hilang Pertimbangan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pasti entri kali ni mesti dah ramai orang yang menulis dan bercerita pasal hal ni. Berita semalam yang AJ tengok memang sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan. Dua kejadian yang melibatkan bayi dan kanak-kanak yang belom mengenal dunia. Ya Allah, kenapa manusia semakin hilang pertimbangan. kejam dan zalim?

Kes 1 berlaku di China

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun digilis oleh 2 buah kenderaan. Malahan lebih menyayatkan hati 18 orang dewasa yang sepatutnya mampu berfikir hanya melihat dan tidak mempedulikan kanak-kanak kecil yang terlantar di atas jalan tersebut. Kemana hilangnya perikemanusiaan mereka? Takkan mereka sedar betapa sakitnya budak tu?

Mungkin kalau ada orang yang mempedulikan kanak-kanak itu lebih awal, kecederaannya mungkin tidak terlalu parah. Apa agaknya perasaan 18 orang yang lalu-lalang tanpa ada rasa simpati tu sekiranya kejadian sama berlaku kepada anak-anak atau kaum keluarga mereka sendiri?


Kes 2 berlaku di Malaysia.

Seorang gadis berusia 16 tahun bertindak kejam dengan membunuh bayi yang baru dilahirkan hasil hubungannya bersama teman lelaki dengan mengelar leher serta beberapa bahagian badan bayi malang tersebut. Tindakan kejam terbabit hanya disedari selepas seorang guru memeriksa bilik asrama gadis terbabit selepas beliau tidak menghadirkan diri ke kelas. Apalah dosa bayi sekecil itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa oleh insan yang melahirkannya? Tidak kira apa sahaja taraf bayi malang itu, dia tidak berhak diperlakukan seperti boneka yang tidak bernyawa.

Ya Allah apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujungnya? Manusia kini makin hilang pertimbangan. Tiada lagi rasa simpati dan rasa bersalah dalam diri. Cuma melihat dan melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebab dan akibat. Di mana letaknya moral kita sebagai manusia? Tepuk dada tanya selera.

P/s : Ya Allah, kau lindungilah keluarga dan rakan-rakanku dari segala bencana. Janganlah kau jadikan mereka manusia yang buta hati dan perasaan. Amin ya rabbal alamin.


Tiada ulasan