Mencari POSITIF Bagi Sesuatu Yang NEGATIF...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 
Jangan MENGELUH....

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 

2.. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran. 

3. Untuk cukai pendapatan yang perlu kita bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 

4.  Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 

5.  Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 

6.  Untuk bunyi bising jiran tetangga, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 

7.  Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 

9.  Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat... Dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" 


P/s : Murahkan Bibir dan Lidah Kita Dengan Ucapan ALHAMDULILLAH....


10 ulasan

  1. mantop,manusia ni ade je xkena..

    paling stuju no 4,hahahha..

    BalasPadam
  2. @~LoVE PiNk~ Biase la tu...
    Manusia sentiasa ade kekhilafan....
    Cukup Makan... hehehhehe...

    BalasPadam
  3. yes. i agree. sangat sangat la benarnya

    BalasPadam
  4. @wantie Memotivasikn diri sendiri juga sebenarnya kan.... =D

    BalasPadam
  5. betul..negetif ke positf sgt bagus.. tapi bila marah minda di bawah sedar, jrang org bfikirkan..

    termasuklah nur..hihihih

    BalasPadam
  6. syukur la dengan nikmat Nya

    BalasPadam
  7. @Cik Nur Semua org kot mcm tu nur... heheheheh....
    Ayue pn motivate dri sendiri je..
    Tp klu dh mrh ilang rs bsyukur kadang tu...

    BalasPadam
  8. @Phat Alhamdulillah.......
    Bsyukur tu lebih baik dri mengeluh..

    BalasPadam