Oscar Pistorius Sangat W.O.W!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau korang tengok sukan Olimpik London 2012, mesti korang ada terperasan seorang pelari dari Afrika Selatan ni......
Apa yang AJ mampu katakan masa mula-mula tengok dia adalah W.OW!!!!!!
AJ kagum sangat dengan dia.....
Bukan sikit, tapi sangat kagum....
Nak tau kenapa????
Meh AJ share sikit dengan korang......

Siapakah OSCAR PISTORIUS?



Nama sebenar Oscar Leonard Carl Pistorius...
Dilahirkan pada 22 November 1986....
Merupakan anak kepada pasangan Henke dan Sheila Pistorius..
Pada usia 11 bulan, kedua-dua belah kakinya dipotong sehingga ke paras lutut akibat Fibular hemimelia...
Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang aktif....
Beliau dikenali dengan gelaran "Blade Runner" dan merupakan seorang atlet Afrika Selatan bagi acara pecut 100, 200 dan 400 meter serta 4x400 meter...

Memenangi beberapa pingat antaranya : 

Sukan Paralimpik
Gangsa bagi acara 100 meter, Emas bagi acara 200 meter (Athen 2004)
Emas bagi acara 100, 200 dan 400 meter (Beijing 2008)

Kejohanan Dunia
Perak bagi acara  4x400 meter (Daegu 2011)

Kejohanan Afrika
Perak bagi acara 400 meter dan 4x400 meter (Porto Novo 2012)

Dan yang mengagumkan, pada 4 Ogos 2012 dia merupakan lelaki pertama yang berkaki amputee menyertai Sukan Olimpik dalam acara 400 meter....
Wahhhhh... Selain mengkagumi Dato Lee Chong Wei, Oscar Pistorius juga berjaya mencuri perhatian AJ......
Kalau korang tengok larian dia....... 
Fuhhhhhhh laju gila.......
Kemampuan beliau sangat luar biasa.........
Mampu kalahkan peserta yang memiliki kedua-dua belah kaki lagi masa pusingan pertama tu......


Rasanya tu je la yang dapat AJ share...
Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai atlet ini, google je la... =D
Kat sini AJ bagi korang link twitter dan website dia....



P/s : Jangan Pandang Orang Takde Mata Okay.......


9 ulasan

  1. miss z ada tgk..
    dia smpi semi final..pergh!! mmg tabik lah kat dia.. walaupun ada kekurangan tp tetap berusaha dan memberikan yg terbaik :)

    BalasPadam
  2. mmg hebatlah dia ni..
    walaupun xsempurna, dia mampu lari seperti org sempurnakan..

    BalasPadam
  3. sgt hebat! kagum dgn kebolehan beliau wpun x sempurna fizikalnya.

    BalasPadam
  4. Yup dia tak penah jadikan kecacatan dia 1 halangan @Cik Nur......

    BalasPadam
  5. Betul kak @Sue-Rya Qistina.....
    Masa tengok dia berlari tu kagum sangat..

    BalasPadam
  6. hensemnyeee diaaaaaa <3<3<3<3

    BalasPadam