Bukan Bersifat Perkauman...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ bukanlah seorang yang bersifat perkauman atau racist ni....
AJ bercampur dan berkawan dengan semua orang tak kira apa bangsanya atau apa agamanya.....
Tapi berada di ofis baru ni membuatkan AJ lebih berhati-hati.....
Di sini, hanya AJ dan seorang staff je yang berbangsa Melayu dan Muslim....
Yang lain, semuanya berbangsa dan beragama yang berlainan.....
Kami semua berkongsi pantri dan perkakasan ofis yang sama termasuk sudu, garfu dan sebagainya....
Tapi AJ lebih suka menggunakan perkakasan sendiri yang dibawa dari rumah...
Sehinggakan span mencuci pun dibeli sendiri....
Bukan berniat untuk menjadi seorang yang bersifat perkauman....
Tetapi sebagai seorang Muslim, AJ ambil pendekatan tu memandangkan keadaan persekitaran di sini...
Dekat kawasan ofis, TIADA kedai yang halal......
Ada pun terpaksa berjalan jauh....
Kebanyakkan staff di sini tapau kat kedai bawah-bawah ni je.....
Kalau dah tapau kat bawah tu, faham-faham je la... Non-Halal..
Memang patutlah AJ gunakan perkakas dan span sendiri kan?
Pada AJ, eloklah kita elakkan.....
Bercampur boleh, tapi untuk berkongsi sesuatu yang kita tak tahu isi kandungannya tidak sama sekali.... =D




P/s : Bersikap Perkauman Ke ek pada korang???
Apa pandangan korang???



10 ulasan

  1. Eh taklah tu bukannya racist ^^
    tu namanya menjaga keselamatan kita kan.. betul lah tu kalau bercampur dgn sisa makanan yg tak halal tu susah pula jadinya

    BalasPadam
  2. @Everything's Everythings yup betul...
    Tu yang AJ risaukan...
    Kalau setakat biskut kering ke AJ tak kisah pun....

    BalasPadam
  3. @Crew Fathi itulah kisahnya....
    Cuma kadang mereka tak faham niat kita tu..

    BalasPadam
  4. tak per laaaaaa. tak der sifat perkauman pun. sekarang yang bukan muslim sebenarnya lebih memahami.:) jgn risau

    BalasPadam
  5. ehhh tidak.. ini bukan soal bersifat perkauman.. kita kan org islam.. tak semua perkara boleh diambil mudah dan ringan.. lagi2 berkaitan kebersihan, halal haram.. andai ada non muslim yg bertanya.. jawab laa dgn secara baik dan jelaskan kenapa.. supaya mereka faham mengapa kita berbuat demikian.. :)

    saya sendiri pon bekerja bersama mereka2 yg non muslim.. mereka faham cara islam bila kita sudah jelaskan :)

    BalasPadam
  6. Setuju dengan @C.M.A @ CikMoonAdnan....
    Yup.... Hopefully mereka faham...

    BalasPadam
  7. bg akak, tu bkn racist. kita pun nk kena jaga keselamatan dan kebersihan diri kita. kita dh respect dorg, dorg pun kena respect kita jugak kan :)

    BalasPadam