Event : Sidang Media dan Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 16 November bertempat di Zebra Square, Kg Pandan berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah yang bakal diadakan selama 18 hari..
Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990, 1994 dan 2007..

Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18 hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.
Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.

Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical, Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA dan Naturally Magical Sdn Bhd.
Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu (Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini, boleh layari www.langkawimagikal.com.my

Jom kita tengok gambar sekitar Majlis Sidang Media dan Perlancaran Langkawi Naturally Magical. Kedah ni.


Barisan tetamu Kehormat

Ucapan daripada Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah

Sidang Media Langkawi Naturally Magical

P/s : Jom Ke Langkawi!



4 ulasan

  1. wah happening giteww okay...cuma tak nampaknya adik ai yang diva ni jer...

    BalasPadam
  2. wah bestnya aj attend even ceng gini ye
    ciksu bru je blk dari lngkawi.hihi

    BalasPadam