Iftar : Citarasa Unik Flamo, Restoran Ayam Kampung


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan 1435H, AJ dan Mr.JR serta beberapa orang blogger berkesempatan beriftar di Restoran Ayam Kampung....
Terima kasih kepada pemilik Flamo, Restoran Ayam Kampung kerana sudi menjemput kami beriftar di sana....
Pada mulanya, AJ sangkakan kami akan dihidang dengan pelbagai juadah yang berasaskan ayam kampung....Namun jangkaan AJ meleset sama sekali.....
Kami telah dihidangkan dengan pelbagai citarasa unik dari negara China dan Arab....

Sebelum AJ mula, jom berkenalan dengan  FLAMO dahulu....


FLAMO ialah sebuah jenama dibawah syarikat perusahaan makanan (milik 100% Muslim) Restauran Ayam Kampung Wangsa Maju, telah didaftar di Malaysia, di bawah Akta Syarikat 1965 pada 2014. Sebelum ditukar kepada sebuah syarikat Sdn Bhd, telah beroperasi sebagai sebuah syarikat Pemilik Tunggal dengan nama Restauran Ayam Kampung Enteprise sejak 2009.
Menurut pemilik Flamo, En. Zulkarnain dan Puan Norazlina Restoran Ayam Kampung ini diambil alih 3 tahun yang lepas, tapi mereka masih mengekalkan nama restoran yang sama......
Mereka juga masih lagi menyajikan hidangan ayam kampung pada waktu tengah hari... =D

Sajian Flamo mula dhidangkan seawal jam 5 petang....
Terdapat pelbagai jenis hidangan menarik dan unik antaranya Satay.....
Juga hidangan utama istimewa dari Resepi Yunnan iaitu Mi Xian yang dihidangkan sama ada kering ataupun berkuah..... Kami juga dihidangkan dengan kebab yang lazat dengan sos tahini...

Hidangan pertama yang AJ cuba adalah Mi Xian....
Resepi dari Yunnan ini ternyata akan mampu membangkitkan selera korang.....
Korang boleh memilih Mi Xian kering atau berkuah bersama ayam atau daging.....
AJ memilih Mi Xian ayam berkuah manakala Mr.JR Mi Xian daging kering...
AJ difahamkan sup Mi Xian perlu direneh selama 9 jam dengan 22 rempah rahsia didatangkan khas dari Yunnan.... Patutlah sedap!
Mi Xian Berkuah

Mi Xian Kering

Selepas itu kami dihidangkan dengan satay....
Terdapat beberapa jenis satay yang boleh dicuba antaranya satay ayam, satay daging, satay jumbo kambing..... Juga terdapat satay cendawan dan satay daun kuchai.... Unik kan?? First time AJ dengar dan cuba......
Satay-satay ini disediakan dengan salutan Cili flakes dan diperap dengan ramuan istimewa.....
Memang terasa sedap dan pedasnya tu.....
Paling AJ suka adalah satay jumbo kambing dan satay cendawan.... =D
Satay daun kuchai pun best.... Pelik dan unik... Hehehehe.....

Satay Ayam
Satay Daging
Satay Jumbo Kambing
Satay Cendawan
Satay Daun Kuchai

Tak lupa juga kebab yang dihidangkan dengan sos tahini....
Sos asli dari negara timur tengah itu membuatkan kebab menjadi lebih lazat......
Terdapat 3 pilihan kebab antaranya kebab ayam, daging dan kambing.....

Kebab Sos Tahini



Seriously, rugi kalau korang tak mencuba makanan unik dari flamo ni tau...
Bagi korang yang teringin nak mencuba boleh ke :

Restoran Ayam Kampung
No. 41, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel : 019-2113433 (En. Zul)

Waktu operasi : Isnin - Sabtu (11 pagi - 11 malam)
*Ramadhan : 4 petang - 11 malam

Facebook : FLAMO

Oh ya, bagi korang yang ingin membuka peluang perniagaan adalah sangat dialu-alukan.... =D


Sikit je lagi gambar untuk tatapan korang...

Penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan tau....

Antara blogger yang hadir serta harga bagi menu utama di Flamo... =D

P/s : Unik dan sedap!
Boleh pegi lagi ni.....


9 ulasan

  1. pergghh..nampak mengancam tu..tgk gambar pun dah tau sedap,belum lg rasanya..hehehehe

    BalasPadam
  2. Menarik-menarik dan nampak menyelerakan makanannya..

    BalasPadam
  3. Tu dia Ayue
    Seronok ye memakan
    Tapi takpe la... Ayu maintain je
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    BalasPadam
  4. salam & hai sis..boleh tahan menarik menu dia..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum AJ, wahh sedapnya makanan2 ni ~~~

    BalasPadam
  6. satay dia tu nampak tempting..hehehehe..AJ pandai betul cari kedai makan yang sedap2 ...hehehee

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Satay tu nampak unik dan tempting....bleh la kita mkn kat sini nanti...

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum...ayu,

    sedap lauk3 kat sini dan review nie pun menarik...

    mselim3

    BalasPadam