Travelog AJ | Short Escape | Bukit Fraser / Fraser's Hill, Pahang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

10 Mei lepas AJ luangkan masa dengan family AJ pegi Fraser's Hill....
Kakak AJ aka Birthday Girl pada hari tersebutlah yang bagi idea nak gi sana.....
Btw, Happy Birthday yang ke.... "tuttttttttttt" buat Kak Lang.....
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.....
Dan semoga nampak lagi tua pada AJ... Mana adil asik orang cakap AJ kakak je kot.....
Ai is adik hokayh! Hahahahhaha...


Okay berbalik cerita Bukit Fraser, kitorang bertolak dari KL lebih kurang pukul 2 petang....
Dah namanya unplanned / last minute plan memang takdelah keluar pagi sangat...
Niat pun sekadar nak relax-relax dan jenjalan je....... Sambil bawak anak buah AJ berjalan....
 Kitorang sampai sana lebih kurang pukul 4 petang.....

Cara nak ke Fraser's Hill / Bukit Fraser

Kalau dari KL, korang boleh ikut Highway Plus Utara-Selatan....
Dari sana boleh pilih nak keluar exit Sg. Buaya / Serendah, Bukit Beruntung atau Bernam Jaya....
Then korang kene ikut sign board menghala ke Kuala Kubu Bharu.....
Dari Kuala Kubu Bharu korang ikut sign board Fraser's Hill...
Laluan ke Fraser's Hill ni memang tak besar sangat, jalan lama katakan..... Jalan dia berbengkang-bengkok... Siapa yang tak tahan sila makan ubat sebelum travel tu ataupun sediakan plastik siap-siap =D.....
Kalau yang penah pegi Fraser's Hill sebelum ni mesti tau kat sana ade waktu turun naik, sebab jalannya 1 je... Itulah jalan turun, itulah jalan naik dan jalan tu muat-muat untuk sebiji kereta je....
Kalau masa naik turun tu kereta depan korang slow teramat sangat, makanya jem lah jalan tu sampai ke bawah.... Hehehehhehe....
Tapi sekarang tak payah nak risau dah, sebab jalan naik dan turun dah tak 1 jalan lagi.... Ade jalan lain yang dibuka untuk kereta turun....
So dah tak payah kejar masa or tunggu turn untuk turun naik lagi macam dulu.... (Dulu ade time, sejam kenderaan naik-sejam kenderaan turun) Kalau terlepas trip, tunggulah sejam kat atas atau bawah!

 Tugu jam trademark di Fraser's Hill

Fraser's Hill memang 1 tempat yang takde pape..... Serius AJ cakap memang takde pape!
Kawasannya hanyalah hutan yang masih lagi tak diterokai dengan pembangunan....
Kalau rase nak lari dari kesibukan kota dan menerokai kehijauan memang Fraser's Hill sesuai sangat...
Line telefon pun tak berapa stabil kat situ... Masa kat atas sana, AJ memang terputus talian internet terus....
On data pun whatsapp, notification pape tak masuk.....
Dengan Mr.JR pun pakai SMS je... Hahahahhaha... mampooo??? =P
Tapi seronok kat sana, kepala tak semak, hati tenang, riang.... Tak tau lah macam mana AJ nak gambarkan...

Kat sana AJ memang rase tenang sangat.....
Tengok sekeliling hijau, main air sungai yang sejuk dan tak tercemar, dengar bunyi burung, unggas dan hirup udara yang sangat segar..... Suhu kat sana pun sejuk.... Orang pun tak berapa ramai...
Kalau suka dengan mother nature, this is the place!
Lagi sejuk pada Cameron Highland!

 
 
Gambar kat atas ni masa kat Air Terjun Jeriau.....
Air dia jernih je.... Kawasan pun terjaga...
Nak sampai ke air terjun ni kene berjalan dalam 1.5 km ke dalam hutan lipur......

Lepas jungle trekking kat Hutan Lipur Jeriau, pusing-pusing sekitar Fraser's Hill which is 20-30 minutes dah habis pusing, makan dan ambik gambar semua dalam pukul 9 lebih kitorang bertolak balik KL...

Okaylah, jom layan lagi gambar sekeping dua....
Bergambar kenangan dengan family....
Ini pun belum cukup kroni lagi... =D

Antara bangunan yang terdapat di Fraser's Hill...
Smokehouse dan juga Balai Polis yang masih tersergam indah dari tahun 1919

Last-last tepek sikit muka Cik Puan tanah yang dah kepenatan + kesejukan...
Kihkihkih... =P


P/s : 30 Mei ni nak naik lagi.. Aritu pegi tak berkelah, just jungle trekking je....

6 ulasan

  1. Tak mandi pun kak....
    Last min plan kan, so datang sehelai sepinggang je....
    Kalau tak mau tak terjun kak....
    Hehehehehhehe... Sesilap tanak balik! =P

    BalasPadam
  2. best tak kalau tido sana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best Al-Kisah...
      Sejuk dan damai... 30 ni ingat nak tido, tapi macam dah banyak yang fully booked je... Awal cuti sekolah kan...

      Padam
  3. sekali sekala berjalan jauh dr KL./..baru ada feels!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn Sally kan....
      Semak otak kalau duduk kat umah je or KL ni je...
      Hehheheheh..

      Padam
  4. Bestnya kat sana! Sekarang taktau sejuk lg ke tak mcm dulu kan? Nanti nak dtg frazer lg boleh singgah2 kat tempat lain plak. Banyak tau tempat menarik mcm kat dlm blog kat bawah ni

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-pahang/

    BalasPadam