Produk-Produk Menangani Masalah Parut!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

AJ pasti semua orang tak suka bila kulit atau mana-mana anggota badan berparut kan....
Macam tu juga AJ, even parut sekecik hama pun runsing dia bukan main....
Parut selalunya mencacatkan penampilan dan boleh mengurangkan tahap keyakinan seseorang.....
Macam AJ sendiri, kulit memang jenis agak sensitif....
So kalau kulit luka or berjerawat nak jadi parut tu memang senang sangat lekatnya tapi nak menghilangkan parut tu agak memakan masa tanpa bantuan produk untuk masalah parut...

Terdapat banyak lambakan produk kat pasaran, tapi ada juga yang kurang atau lambat berkesan dalam menangani masalah parut lebih lagi parut lama....
Kat sini AJ nak share sikit produk-produk yang boleh membantu kita menangani masalah parut...

1. Azanis Scar Serum


Buat masa ni, produk ni pada AJ paling berkesan dan efektif dalam menangani masalah parut, ramai yang mengakui keberkesanan produk Azanis dengan terus menjadi pengguna setia Azanis Scar Serum... Testimoni dari mereka yang pernah menggunakan produk ni juga sangat positif...

Merupakan 1 produk yang dihasilkan menggunakan bahan organik tanpa menngunakan bahan kimia yang berbahaya....
Mengandungi Vitamin E 100% semulajadi (d-alpha tocopherol) bersumberkan soya yang mempunyai 50% lebih kuasa antioksidan....
Azanis Scar Serum menyerap lebih baik daripada Vitamin E sintetik dikenali sebagai acetate ataupun dL-alpha tocopherol yang mempercepatkan pemulihan kulit berparut...
Ianya akan menghasilkan sel-sel normal dalam kuantiti luar biasa dan mengambil alih tempat sel-sel berparut... Hasilnya parut akan lebih pudar, licin dan rata seawal 3 minggu penggunaan....
Memang kesannya boleh dilihat dalam jangka masa yang singkat bagi kesan parut lama dan baru.....

Selain menghilangkan parut, Azanis Scar Serum membantu melembabkan kulit, meratakan tona kulit dan juga melambatkan proses penuaan serta kedutan halus pada wajah.... 
Membantu menangani masalah kulit kering dengan memberikan lembapan pada kulit...
Produk yang dipercayai dari segi klinikal dengan inovasi serum bertaraf antarabangsa...

Harga produk Azanis Scar Srum juga sangat berpatutan dan dijamin mampu milik....
Didatangkan dalam botol yang convenient, mudah untuk dibawa kemana sahaja....


www.azanisscarserum.com

2. Mederma



Formula gel proaktifengandungi tiga bahan aktif iaitu cepalin, bahan anti-peradangan...
Allontoin, mendorong proses penyembuhan, mengurangkan rasa gatal (tetapi agak kurang bersesuaian untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif) dan meratakan permukaan kulit...
aloe vera, melembabkan, memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit...
Bertindak untuk memudarkan parut disebabkan oleh pembedahan, kecederaan, kesan melecur, parut jerawat dan kesan regangan selepas bersalin (stretch mark)...

Dari segi tempoh keberkesanan, produk ni mengambil masa yang sedikit panjang untuk betul-betul kurangkan parut...
Kenee guna beberapa tiub lah kiranya....

3. Bio-Oil



Mengandungi Vitamin A, E, Minyak essential seperti minyak Kalendula, Kamomil, Rosemary dan Lavender...
Mengurangkan kesan regangan, tona kulit tak sekata, penuaan, kulit kering...
Baunya pun agak lembut.... Kalau nak sapu pada parut luka, korang kene pastikan parut tu dah betul-betul kering....
Tapi AJ kurang gemar gunakan Bio-Oil sebab kulit akan rase sangat berminyak dan melekit masa sapu tu..... Dan AJ rase dia macam lambat meresap dalam kulit....
Kalau pakai sebelum tidur okay lah kot.....

Dari segi keberkesanan, AJ rase untuk parut AJ memang tak berapa nak rekomen...
Kalau untuk tona kulit tak sekata tu, efektif lah jugak....

4. Hiruscar



Diformulasikan oleh Medinova dengan formula Swiss dengan enam bahan berbeza seperti mucopolysaccharide polysulphate (MPS) yang mampu melembutkan kulit dan juga mempercepatkan proses pertumbuhan kulit...
Allontoin untuk membuang lapisan kulit mati....
Tocopherol (Vitamin E) dan allium cepa untuk mengurangkan kesan merah pada parut dan aloe vera serta Vitamin B3 untuk melindungi kulit...

Keberkesanannya dapat dilihat dalam masa sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan bergantung pada jenis parut dan pengunaan yang konsisten....
Gel hiruscar ni sedikit melekit pada AJ dan lebih kepada membasmi jerawat je...

Ini je produk yang dapat AJ kongsikan dengan korang...
So far antara semua produk AJ suka dengan Azanis Scar Serum sebab ianya mudah meresap dan tak berminyak serta lebih efektif....


AJ ni orang yang tak sabar dan tak boleh tunggu lama....
Produk pilihan AJ semestinya yang mudah dan cepat....

Tapi sebagai pengguna, korang kenelah pandai buat pilihan ikut kesesuaian dan keserasian terhadap 1 produk tu....
Jadi pengguna bijak okay... =D

P/s : Rase lebih yakin tanpa parut... =D

Tiada ulasan