Day 3 | Trip ke Sg Lembing


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

26 Januari 2016, hari ketiga dan hari terakhir di Sg Lembing....
Untuk malam terakhir ni, kitorang pilih untuk bermalam di Time Capsule Retreat.....
Kalau nak tau, apa yang bawak kitorang ke Sg Lembing, tempat ni lah...
Hihihihihih.....

Time Capsule Retreat, Sg Lembing...
Kalau tak kami nak bermalam kat sini dari hari pertama sampai...
Tapi disebabkan dah full, kami dapat semalam je....
Okaylah tu kan, sekurang-kurangnya kan, dapat merasa.... Best sangat tau!
Nanti next entry AJ akan cerita lagi details pasal tempat ni....
Tunggguuuuuuuuuu......

Hari last ni, pukul 5.30 pagi dah bangun sebab kami nak pegi panjat Bukit Panorama...
Kali ni kami bukan bertiga tau.. Kami panjat bertujuh...
Al-kisahnya, masa kat Time Capsule kami jumpa lagi 4 orang kaki outdoor jugak...
So malam sebelum tu, kami plan lah nak naik sesama....
Cuaca pada pagi tu agak tak okay.. Hujan dari tengah malam....

Geng mendaki dari Time Capsule Retreat...
Nampak tak betapa 1 malaysia disitu? =D
Plan asal kami nak berjalan kaki je dari Time Capsule ke Bukit Panorama, tapi sebab hujan kami pilh untuk naik kereta je sampai sana...
Nasib baik hujan dah start renyai... Tu yang buat kitorang gigih jugak panjat bukit.... Hihihihi....

Dalam pukul 6 pagi, kitorang start mendaki....
Jalan agak basah dan gelap... So memasing standby dengan torch henpon....
Takde pulak teringat nak bawak torchlight masa tu...
Jalan nak naik tu ade tangga, tapi ade setengah-setengah tempat yang korang kene lalu jalan tanah liat dan ade jugak tangga yang dah rosak.... Kene berhati-hati la....
Nak naik sampai atas tu memang agak mencabar mental AJ jugaklah....
Kenapa? Sebab ianya bertangga...
AJ lagi gigih panjat trail berbukit dari panjat tangga ni.... Penat kot.....
Rase nak tercabut peha...... Hihihihih...
Dalam 45 minit, kitorang sampat kat puncak....

Jalan bertangga... Mencabar weh!
Amik masa nak turun.. Masa naik jalan gelap, tak nampak ape... =D
Jalan bertangga... Mencabar weh!
Amik masa nak turun.. Masa naik jalan gelap, tak nampak ape... =D
Ni pulak jalan tanah liat....
Di puncak Bukit Panorama ni, korang boleh tengok matahari terbit dan juga korang boleh nampak pemandangan sekitar Sg Lembing...
Cantik! Memang cantik!
Alhamdulillah kitorang dapat tengok jugak matahari terbit walauun keadaan agak mendung dan still renyai-renyai.... =D
What a beautiful view!

Pemandangan di puncak Bukit Panorama...
Pemandangan di puncak Bukit Panorama...
Pemandangan di puncak Bukit Panorama...
Matahari terbit jua... =D
Kengkawan dari Time Capsule turun agak awal sikit, kitorang pilih untuk stay lama sikit kat atas tu...
Mungkin ade hikmah kot.... Masa tengah rehat-rehat tu, kitorang terjumpa dengan seorang local dari Kuantan (AJ lupa nama dia laaa......)
Dia kate ade lagi tempat yang orang tak tau kat Bukit Panorama tu....
Dia offer nak bawa kitorang ke sana.....
Nak ke puncak bukit lagi 1 tu, memang kene redah denai sikit... Calar jugaklah kaki AJ...
Tu la sapa suh pakai seluar three quarter! Hahahhaa... =P

Redah semak kau!
Another trail...
Sampai situ terpegun kejap, memang lagi cantik dari tempat kitorang sampai memula tu....
Settle amik gambar, kitorang relax jap amik angin.....
Anyway thanks ye awak sebab bawak kitorang explore kat situ!

Hidden view dari Bukit Panorama...
Hidden view dari Bukit Panorama...
Hidden view dari Bukit Panorama...Thank awak sebelah tu bawak kitorang....  Maaf saya lupa nama awak la..=D
Hidden view dari Bukit Panorama...
Hidden view dari Bukit Panorama...
Kakak belakang tu busy amik gambar.. =P
Turun je dari Bukit Panorama kitorang singgah makan dan balik ke Time Capsule bersihkan diri dan siap berkemas untuk balik KL....
Alahaiiii... Rasa tak puas sangat explore kat Sg Lembing....
Seriously AJ akan kembali balik ke Sg Lembing ni.....
Tempat best kot...
Tenang, jauh dari hiruk piruk kota, tak tercemar dengan pembangunan ntah hape-hape....
Best sangat tau!

Sebelum tinggalkan bumi Kuantan, kitorang sempat singgah kat Gua Charas...
Tapi setakat bergambar berlatar belakangkan gua je la...
Cuaca tak berapa ok.. Hujan on off..
Agak bahaya jugak kalau kami bertiga nak masuk dalam tu.....

Gua Charas....
Amik gambar je la..... =D
Berlatarbelakangkan Gua Charas...
So tu saje la aktiviti AJ dan kengkawan sepanjang 3 hari 2 malam di Sungai Lembing....
Next entry AJ akan share ngan korang secara lebih details pasal penginapan kitorang tu tau...
Anyway thanks kepada 2 orang travel partner baru AJ...
Ini pertama kali AJ pegi trip dengan diorang...
Walaupun baru je beramah mesra, rasa macam dah lama sangat kenal....
Syang korang okay! nanti plan lagi pegi adventure trip kat memana tau...
Tunggu dana cukup la.. =P

Travel crime : Devi, Zue dan AJ!

P/s : Nak kumpul duit pulak untuk next trip!
Hihihihi... Tapi belum tau nak kemana... =D


5 ulasan

  1. Nice sharing..pernah sampai ke sini..tapi gi Muzium Sg. Lembing tu je..

    BalasPadam
  2. Subahanallah cantiknya pemandangan.. :)
    Harap dapat ke sana satu hari nanti.. lama dah tak hiking ni sejak2 badan dah lebih muatan.. hahahahaa.. :p

    BalasPadam
  3. Sayang korang jugak! Mcm dah iklan perodua gambar last tu, hehe apa pun memang enjoy trip ker sg lembing! Nanti kita fikir nak ker mana pulak,,,

    BalasPadam