KetchUp Blogger Run : 5 Cafe dalam Sehari....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas secara rasminya KetchUp Blogger Run membuka tirainya....
Apa itu KetchUp Blogger Run?

Merupakan 1 fenomena media sosial terbesar yang diilhamkan oleh Maven Communication untuk memperkenalkan cafe-cafe sekitar Lembah Klang kepada orang ramai dan juga memberikan peluang kepada pemilik cafe untuk mengembangkan perniagaan.
Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan rakan sosial utama okay... Bangga AJ menjadi sebahagian keluarga KBBA tau!!
Selain Kelab Blogger Ben Ashaari, KetchUp community juga turut bekerjasama dengan Sini (Official Partner), MYC (Youth Media Partner) dan juga Food Ink (Foodie Partner)
Haaaaaaa... Ahli-ahli Kelab Blogger Ashaari akan gegarkan beberapa buah cafe setiap minggu tau....

Can You Ketch Up?


Mengenai KetchUp Community :

Menurut Mr. Nicholas Pang, KetchUp Community ni mendapat namanya dari Tomato.....
Kenapa tomato???

"Setiap tomato ada sedikit berbeza, berlainan bentuk, jenis dan juga warnanya..
Sedikit perbezaan membuat kita lebih unik jika digabungkan...
Perhimpunan sosial KetchUp akan membawa semua "tomato" bersama-sama, menghargai setiap perbezaan dan mewujudkan keseronokan serta hubungan yang menarik!"

Maksudnya, kalau bergabung kita akan jadi lebih cantik dan kuat! =D
Unik kan?


 

 Okay sekarang AJ nak cerita sikit mengenai cafe yang kitorang dah terjah minggu lepas.
AJ dengan 5 lagi ahli KBBA yang terpilih pergi ke cafe-cafe sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI)..
Banyak rupanya cafe tersembunyi kat sini.... Sebanyak 5 buah cafe yang kami jelajah dalam masa setengah hari... =D
Antaranya : Chequers, Quartet, The Grumpy Cyclist, Pickle & Fig dan Thursdvy...


Chequers

Restoran yang mengetengahkan sajian American yang lebih berasaskan kepada Waffles yang rangup berwarna kuning keemasan.
Menyediakan sarapan, hidangan tengah hari dan sajian makan malam yang menjanjikan makanan terbaik dan ruang makan yang selesa...

Alamat : 153 Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu operasi : Mon-Thurs : 10am-11pm; Fri : 10am-12am; Sat : 9am-10am; Sun : 9am-11pm

Hidangan yang disediakan :

 
Double Deck Croque Monsiuer
Moo Moo Waffle Burger
Melting Moments
James Paradise

Quartet
 

Cafe hipster untuk peminat muzik Indie!
Terletak di kawasan kejiranan yang menjanjikan sajian yang menepati dengan citarasa orang sekeliling..

Alamat : 21, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Sun-Thurs : 8am-9pm; Fri-Sat : 8am-10pm

Hidangan yang disediakan :
 
Egg Rockkafella
French Toast
Smoked Salmon Bagel

The Grumpy Cyclist
 

Sport cafe khas buat atlet...
Berkonsep santai dengan dekorasi yang unik ini menyediakan bukan sahaja sajian enak, malahan tempat untuk membersihkan diri...
Kire macam pit stop untuk ahli sukan la... Makan, mandi dan bengkel basikal =D

 Alamat : 35, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Mon-Sun : 8am-11pm

Hidangan yang disediakan :

Oliver James
Potato Pista

Pickle & Fig
 

Menyediakan sajian yang sihat dan segar seperti panini, smoothies dan sandwish dengan idea baru...
Berkonsep santai sesuai untuk mini gathering ataupun lepak-lepak...

 Alamat : 26, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Sun-Thurs : 9am-11pm; Fri-Sat : 9am-12.30am;

Hidangan yang disediakan :

Coronation Chicken 
(Caramelized onions, sliced checken breast, coronation sauce, alfalfa, raisin)
Panini; Rotkraut Pastrami 
(beef, pastrami, rotkraut, Russin dressing, cheese)

Thursdvy

Cafe unik yang bercirikan sebuah apartment di Melbourne...
Menyediakan pelbagai jenis kopi dan juga sajian barat yang sedap...

Alamat : 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail.
Fri-Wed : 9am-10pm. Ditutup setiap hari Khamis.

Hidangan yang disediakan :

Egg Ham pancake
Pesto Fettuccine

Untuk info lebih lanjut mengenai KetchUp Blogger Run atau nak tau cafe apa yang KetchUp dan KBBA terjah korang boleh layari :

Website :

Facebook :
https://www.facebook.com/KetchUpCommunity/

Instagram :
https://www.instagram.com/ketchup_my/


P/s : Banyak lagi Cafe menarik setiap minggu..

4 ulasan

  1. nak gi chequers, lagi!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Besttt kan.. pastu sedap sume menu kat cafe2 tu.. rasa nak terjah balik..

    BalasPadam