Jalan Jalan Japan | Pengalaman Membeli-Belah Menakjubkan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dijemput untuk ke Jalan Jalan Japan (JJJ)...
Masa mula-mula kan, AJ ingat Jalan Jalan Japan ni macam travel agency....
Tapi sangkaan AJ meleset....
Rupanya JJJ ni concept store yang membekalkan barang-barang preloved dari Jepun...
Bukan sahaja pakaian dan kasut malahan barangan sukan, permainan kanak-kanak dan juga perabot juga dijual disini dari pelbagai jenama terkenal di Jepun...


Jalan Jalan Japan ni memang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan dan lain daripada yang kita alami....

Outlet hasil usahasama Bok Marketing Sdn Bhd serta gabungan antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn.Bhd dan Koike Corporation Limited....
Ianya merupakan outlet mereka yang pertama di Malaysia akan dibuka kepada umum mulai 18 November 2016 ini....
Terletak di One City Mall, USJ 1 ianya sangat luas dan ada 2 tingkat pasti memberi keselesaan kepada pembeli...


AJ ni jarang sangat beli barangan dalam kategori preloved, tapi kat sini AJ berani nak beli sebab ianya bersih dan barangan yang dijual juga merupakan antara barangan yang terpilih....
Dari segi harga pulak memang korang akan berpuas hati...
Harga giler Jalan Jalan Japan bermula dari serendah RM 2 sahaja
Yup RM 2 sahaja!


Masa AJ pegi soft launch dia, AJ berjaya habiskan RM 200...
Tapi RM 200 tu korang boleh shopping bak raja...
AJ dapat beli 2 handbag, 3 pasang kasut, 1 sleeping bag dan berpasang-pasang jaket dan dress....
Sampaikan orang kat sana pun teruja tengok AJ shopping tau...
Kualiti barang pun thorbaik! Nampak baru dan paling penting takde bau tau!


So kalau nak merasai sendiri pengalaman membeli-belah yang menakjubkan macam AJ dah alami, korang boleh berkunjung ke Grand Opening Jalan Jalan Japan esok....
Korang boleh tengok details kat bawah ni..

Tarikh : 18 November 2016

Masa : 10 pagi - 10 malam

Tempat : 1A Skypark One City, 
Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya.

Maklumat lanjut korang boleh ke laman-laman sosial mereka seperti di bawah..


Instagram : @jalanjalanjapanmy

Lepas tu AJ nak bagitau berita baik...
100 orang pertama akan dapat diskaun 10% tau..
Dahlah harga giler, dapat lagi diskaun...
Memang harga giler giler lah wehhh!!!



Esok jangan lupa tau....
Korang KENA pegi Jalan Jalan Japan!

Jom AJ bawak korang Jalan Jalan Japan...













Murah kan??

P/s : Tunggu tau!



7 ulasan

  1. Alaaa teringin nak pergi.. haritu nampak bamboo seat baby rm25 jer..

    BalasPadam
  2. kena pergi ni, perabut pun ada

    BalasPadam
  3. Nak pi! Bawak si kembar ni mesti sakan shopping mainan

    BalasPadam
  4. Dah pi tadi, memang sakan shopping angkut mainan ngan handbag. Puas hati!

    BalasPadam
  5. laa.. apasal baru baca entri ni.. ciss

    BalasPadam