Wangikanlah Hatimu Diperdengarkan Buat Kali Pertama di Pentas Epik 3 Juara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang tengok siaran langsung Pentas Epik 3 Juara ahad lepas mesti dah dengar lagu Wangikanlah Hatimu dendangan Noraniza Idris dan Tyka 3 Juara musim yang lalu...
Kalau nak tau lagu ini kali pertama didendangkan dan mereka yang hadir tu merupakan antara yang terawal dengar lagu ni....


Lagu Wangikanlah Hatimu ini merupakan lagu terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan ditaja oleh Produk Mewangi, Wangian Penenang Hati dan Jiwa dari 7 Kelopak Mawar...
Persembahan bertenanga dari Noraniza Idris dan Tyka dimulakan dengan monolog dari penyanyi baharu yang merupakan anak kepada Kak Ani sendiri iaitu Fee Haiqal....


Persembahan mereka memang sangat memukau.... Terpegun AJ dengar nak pulak ianya menggabungkan unsur dikir barat, Siam dan Sunda....
Alunan suara Tyka pun cukup memukau... Menurut Kak Ani sendiri, Tyka dipilih untuk berduet dalam lagu ni keraa kebolehannya menyanyikan pelbagai lagu-lagu etnik....
Ternyata pilihan Kak Ani memang tepat!
Persembahan juga diiringi oleh penari Sanggar Budaya....

 Bagi mereka yang terlepas untuk melihat persembahan pertama lagu Wangikanlah Hatimu semasa Pentas Epik 3 Juara, boleh tengok kat bawah ni :

 

Hebat kan??


Menurut Kak Ani, beliau memang bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai pelapis yang mempunyai pengetahuan dalam membawa Irama Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab...
Irama Malaysia ini memerlukan perhatian khusus dan pemantauan yang teliti agar tidak mudah dimanupulasi dan terus melangkah ke arah yang lebih selesa untuk bersaing....




Manakala bagi Tyka 3 Juara pula, beliau sangat berbesar hati apabila Kak Ani sudi melamar dirinya untuk memnyanyikan lagu Wangikanlah Hatimu ini...
Tyka sendiri dia sememangnya ingin memperjuangkan genre Irama Malaysia supaya ianya tidak pupus ditelan zaman..

Niat Kak Ani dan anak muda ini sangat berani pada AJ kerana Irama Malaysia agak sukar untuk diketengahkan..
Mudah-mudahan dengan munculnya lagu Wangikanlah Hatimu, Irama Malaysia bakal mendapat tempat di hati penggemar muzik di malaysia tanpa mengira usia...


So kat sini AJ sertakan sekali lirik lagu Wangikanlah Hatimu yang menyelitkan pelbagai kata-kata nasihat....





Akhir kata, terima kasih Kak Ani dan warga kerja Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) terutamanya Encik Arol atas kesudian menjemput AJ dan rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari menjadi salah seorang pertama yang mendengar lagu ini secara live dan juga antara yang pertama menjadi pemilik single Wangikanlah Hatimu...


Semoga Irama Malaysia terus mendapat tempat di hati penggiat muzik dan juga kami para pendengar....

P/s : Berulang kali dengar lagu ni...
Best! Unik dan lunak je dengar kat halwa telinga ni...


Tiada ulasan