Surya Apple Cider Vinegar (ACV) Dengan Madu Asli Untuk Kesihatan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah dengar pasal Apple Cider Vinegar ataupun cuka epal? Tau tak sebenarnya cuka apple ni banyak khasiat dan manfaat dia untuk kesihatan. Macam AJ sendiri, memang kat rumah gunakan cuka epal untuk diri sendiri dan juga untuk kucing AJ.. Yup, cuka epal ni bukan bermanfaat untuk manusia je, ianya juga bermanfaat untuk kucing peliharaan AJ juga. Baru ni AJ diperkenalkan dengan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) dengan Madu Asli keluaran Surya Malaysia ni, AJ nampak macam cuka epal biasa je. Tapi bila AJ dah cuba sendiri, baru AJ tau yang ACV ni luar biasa penangan dia.. Huhuhuhuh...


Cuka epal yang diperbuat daripada buah epal segar mengandungi vitamin, pectin, pottassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi ini sememangnya terkenal dari zaman tok nenek kita kerana khasiatnya. Mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta carotene yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya yang boleh melemahkan sistem imun. Kalau siapa yang ade sistem imun yang lemah kan, AJ sarankan korang amalkan pengambilan cuka epal dalam kehidupan seharian. Bagus tau! Selain tu, ianya boleh membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin. Bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, produk Surya ACV memang disarankan tau. Bahan utamanya, asid asetik boleh membantu membunuh bakteria dan boleh digunakan sebagai bahan pengawet semulajadi.


AJ dah cuba sendiri cuka epal ni memang sedap. Takdelah rasa masam sangat macam cuka epal biasa sebabnya Surya Apple Cider Vinegar ni memang dah dicampur dengan madu asli. Kalau AJ tak makan masa bersahur pun, AJ minum segelas cuka epal Surya ni pun dah cukup tau...
Terasa lebih segar dan bertenaga je sepanjang hari walaupun aktiviti sepanjang puasa ni agakpadat adakalanya.
Lagi satu kan AJ ni memang selalu kurang tidur, bila bangun je rase badan ni lemau semacam. Tapi sejak AJ amalkan Surya ACV, Alhamdulillah, badan tak letih macam selalu. Lepas tu balik keje pun tak terasa penat sangat. Kalau tak balik keje je mesti flat!



Selain boleh diminum, korang boleh gunakan cuka epal ni dalam masakan.. Chef Wan sendiri pun gunakan cuka epal ni menggantikan asam jawa dan gula bila masak ayam masak merah ataupun acar. Kalau chef pun tak meragui cuka epal ni mestilah sedap kan bila dicampur dengan masakan.

Selain tu, Surya Apple Cider Vinegar (ACV) memang bagus untuk kesihatan. AJ tak nafikan AJ ni jenis jarang membuang air. 2-3 hari sekali je AJ membuang. Sistem pencernaan tak berapa efektif gitu. Tapi sekarang ni, senang je nak membuang. Korang pun tau kan, dalam menu detox sendiri pun memang selalu guna cuka epal, sebab ianya membantu sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan baik, toksin pun tak terkumpul dalam tubuh badan, jadi senanglah nak maintain kurus..Haaaaa.. Suka tak bila dengar pasal kurus? Hhihihihihi... Disebabkan ianya mengandungi madu asli, kalau korang ada batuk-batuk ataupun sakit tekak kan, Insyaallah bila amalkan pengambilan Surya Apple Cider Vinegar (ACV), masalah korang akan berkurangan dan sekejap je boleh baik.

Paling best ACV dari Surya Malaysia tiada bahan pengawet dan gula tambahan. Ianya juga disahkan HALAL.


Cara pengambilan Surya Apple Cider Vinegar pun mudah :
Campurkan 30ml ACV dengan 180ml air (2 sudu) dan minum selepas makan.

Okay kalau untuk haiwan peliharaan pun boleh guna jugak. AJ selalu campurkan 1 atau 2 sudu cuka epal kedalam minuman kucing AJ.
Fungsinya sama jugak macam kita, untuk meningkatkan sistem imun. Alhamdulillah, kucing AJ pun suka sangat bila minum air yang dicampur cuka epal. Berebut-rebut nak minum. Sebab ada madu asli tu la tu.

Kalau korang  berminat nak dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey dari Surya Malaysia, boleh pegi ke outlet Watsons yang berhampiran ataupun farmasi yang terpilih di seluruh Malaysia. Harganya juga berpatutan dan mampu milik, hanya RM 21 sebotol.
Mulai sekarang korang dah kene simpan 1 kat rumah. Banyak kebaikannya tau.
Oh ya, korang juga boleh beli secara online jugak di Lazada dan Shopee

Untuk info yang lebih lanjut :

Facebook : Surya
Instagram : @surya.malaysia

Raya nanti bolehlah jadikan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey sebagai kordial untuk dihidangkan untuk para tetamu. Benda yang baik haruslah dikongsi bersama kan. AJ sihat, keluarga sihat, kawan-kawan pun sihat barulah bersemangat dan lebih bertenaga nak menziarah dari 1 rumah ke 1 rumah!

P/s : AJ suka masam-masam manis, macam cerita P.Ramlee pulak


5 ulasan

  1. Memang banyak khasiat cuka epal, elok diamalkan.

    BalasPadam
  2. tak pernah try tp selalu dgr org sebut cuka epal

    BalasPadam
  3. Menarik lihat kebaikkan yng terdapat dalam produk ini.. Hihihi

    BalasPadam
  4. sedap² sebab rasa mcm air zapel...tp risau nk minum byk sgt..ke xkisah sbnrnya eh? huhu

    BalasPadam
  5. Ley ke simpn dlam suhu bilik

    BalasPadam