Althea Petal Velvet Sunaway dan Althea Petal Velvet Powder

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Meriah Althea Angels sepanjang November ni tau! Pelbagai surprise kami dapat dari Althea Korea! Rasa sangat dihargai bile kami antara "first hand" yang dapat cuba produk baru Althea.

Nak share dengan korang lagi satu produk best dari Althea Korea. Sejujurnya produk dari Althea tak penah mengecewakan! Serius tau, bukan nak bodek. Hehehehe.



Althea Petal Velvet Sunaway dan Althea Petal Velvet Powder ni AJ dapat ngam-ngam sebelum pegi Jepun aritu. Memang terus sumbat dalam beg je la.. Hehehhee.. Jom nak kenalkan dengan korang pulak!

Althea Petal Velvet Sunaway


Sunblock pertama dari Althea Korea ni best sangat! Sebab ape? AJ tak suka sunblock sebab AJ  rasa bila pakai sunblock lagi sunburn teruk dan tekstur dia yang melekit tu buat kulit AJ jadi tak selesa, tapi Althea Petal Velvet Sunaway ni lain sangat, dia jenis liquid dan senang nak apply pada kulit. Lepas tu pulak, tekstur dia ringan dan tak melekit. So sesuai nak pakai hari-hari! AJ sendiri pun dah hampir sebulan cuba, so far kulit AJ tak terbakar teruk bila lama terdedah di bawah cahaya matahari.



Althea Petal Velvet Sunaway berfungsi sebagai pelindung kulit dari sinar matahari. Diformulasikan dengan 2 bahan utama iaitu :

  • Ekstrak Damask bagi memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari
  • Geranium Oil yang memberikan kulit lebih berseri dan mempu mengurangkan jerawat.

Ianya  juga mengandungi SPF 50+ dan PA ++++ tau! Selain tu terdapat serbuk mikro yang mampu mengawal sebum berlebihan serta menjadikan kulit lebih licin.

Cara penggunaan :

Picit sedikit dan ratakan ke seluruh kulit wajah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum keluar rumah tu. Boleh digunakan setiap hari dan sesuai untuk semua jenis kulit.

https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway


Althea Petal Velvet Powder

Kalau korang belum tau Althea Velvet Powder memang agak popular dalam rangkaian produk Althea. Tekstur bedaknya halus dan matte, sesuai digunakan sebagai mekap setting. Kemasan bak sutera buat kulit rasa lebih lembut. Berfungsi untuk mengawal pengeluara sebum tanpa mengeringkan kulit menjadikan kulit tampak lebih segar. AJ suka bau dia tau. Wangi macam cium baby! Hehehehehe.



Didatangkan dalam 2 tona iaitu #0 Translucent, #23 Warm Beige dan edisi ulangtahun #Pink Lavender. Kedua-duanya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. kandungan utama yang terdapat dalam Althea Petal Velvet Powder ialah :
  • Ekstrak Althea yang kaya dengan antioksidan bertindak melindungi dan menhidrasikan kulit.
  • Polyphenols untuk memelihara kulit dari sinar UV
  • Saponarin untuk memperbaiki kulit rosak serta menganjalkan kulit dari penuaan.

AJ paling suka pakai lepas mekap, sebab mekap jadi tahan lama dan nampak bersinar-sinar je. Bau pun menyenangkan dan tekstur halus tu rasa ringan pada kulit muka AJ. Packaging pun comel je, senang nak masukkan dalam beg. AJ kemana je bawak tau!

https://my.althea.kr/petal-velvet-powder

Nak cuba sendiri? Apa kata korang jenguk kat website Althea Korea. Nak jimat boleh beli set Althea Petal Velvet Sunaway dan Althea Petal Velvet Powder tau.



https://my.althea.kr/petal-velvet-set

P/s : Bestnyaaaa....



Tiada ulasan