Majlis Pra-Pelancaran BioUsahawan 2019 di Hotel Ibis Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Khamis lepas Majlis Pra-Pelancaran BioUsahawan 2019  telah diadakan di Hotel Ibis Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp), Jalan Yap Kuan Seng bagi mewar-warkan mengenai intisari BioUsahawan 2019 yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Semasa program ini nanti, Bioeconomy Corp menyasarkan pelaburan sebanyak RM375 juta bagi sektor bio melibatkan pelabur asing dari beberapa buah syarikat dari Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan banyak lagi.

Peluang kepada Usahawan Tempatan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Dr. Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Bio-Usahawan 2019 merupakan platform strategik untuk usahawan, syarikat permulaan, perusahaan kecik dan sederhana dalam aktiviti perdagangan serta peluang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan sektor Agro dan Bio.



Menerusi program ini juga, Bioeconomy Corp yakin ianya mampu memacu pertumbuhan sektor pertanian dan asas tani negara selain menyumbang kepada sasaran jualan sebanyak RM900 juta terhadap industri pada tahun 2019 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).

BioUsahawan 2019 : Ke Arah Industri Pertanian dan Asas Tani Berdaya Saing 

Mengikut kajian Bioeconomy Corp baru-baru ni juga menunjukkan 60% penduduk bandar telah membeli produk berasaskan bio tempatan. Kajian ini menunjukkan pengguna tempatan sudah mula mempercayai produk ini. Beliau juga menjangkakan angka ini akan meningkat kepada 80% menerusi BioUsahawan 2019.

Daripada penilaian tersebut juga tiga kategori barangan berasaskan bio yang dibeli pengguna merangkumi produk penjagaan diri, produk penjagaan kesihatan dan produk makanan serta minuman. Maklumat produk yang mencukupi juga menjadi faktor pemilihan selain kualiti dan keperluan. Jadi, usahawan perlu mengambil kira faktor-faktor ini dan BioUsahawan 2019 dapat memberi peluang kepada mereka untuk meneroka peluang pertumbuhan perniagaan.


Jadi jangan lupa ke BioUsahawan 2019 pada 15 dan 16 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Disasarkan seramai 10,000 pengunjung bakal menghadiri program ini. Jangan lepaskan peluang.

Untuk maklumat lanjut : 


Facebook : www.facebook.com/BioeconomyCorporation



atau

Sebarang pertanyaan tentang pameran, sila hubungi : 
biousahawan@bioeconomycorporation.my

Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384

Untuk penajaan, sila hubungi: syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my
Cik Syahirah: +603 2116 6499

Bioeconomy Corp

Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) merupakan agensi pembangunan ekonomi utama bagi industri berasaskan bio dan agro. Ia adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Bioeconomy Corp berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) sejak November 2018.

Bioeconomy Corp menyediakan perkhidmatan sokongan, fasilitasi dan khidmat nasihat untuk syarikat sains bio, agro dan sains hayat di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bioeconomycorporation.my.

Tiada ulasan