Cantik dengan Jentayu Bird Nest dan Jentayu Bird Nest Collagen

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minuman berasaskan sarang burung dan kolagen ni bukan asing lagi dalam dunia kecantikan. AJ pun dah start mengamalkan dua jenis minuman ni. Macam-macam jenama ada kat pasaran luar sana, tinggal korang nak pilih je. So arini AJ nak perkenalkan korang dengan Jentayu Birds Nest dan Jentayu Bird Nest Collagen dari Jentayu Beauty Care. AJ jamin la, produk ni memang best! Dan paling penting keluaran Bumiputera.


Terus terang AJ cakap, sebelum ni AJ penah cuba minuman sarang burung dan kolagen ni, tapi tak boleh diterima dek tekak. Mungkin campuran herba ginseng dia terlalu kuat sangat. Bila AJ cuba Jentayu Bird Nest dan Jentayu Bird Nest Collagen, rasa dia memang lain! Rasa ginseng tu masih ada, tapi just nice.

Okay sebelum AJ membebel, meh la AJ cerita sikit dengan korang khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam Jentayu Bird Nest dan Jentayu Bird Nest Collagen.

Khasiat dan Kebaikan Jentayu Bird Nest


  • Awet muda dan melambatkan proses penuaan
  • Memutihkan kulit, melicin dan menghilangkan kedutan
  • Menyejukkan badan
  • Baik untuk mengurangkan demam dan selsema
  • Baik untuk sakit sendi
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Melancarkan aliran darah
  • Baik untuk penyakit asma
  • Melegakan batuk dan sakit tekak
  • Bagus untuk kesihatan mata
  • Menghilangkan letih dan lesu tubuh badan
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
  • Membantu mengurangkan sengugut
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Jentayu Bird Nest
  • Gula Batu
  • Cendawan Putih
  • Sarang Burung
  • Ginseng

*Tidak mengandungi bahan pewarna tiruan, perisa dan pengawet


Khasiat dan Kebaikan Jentayu Bird Nest Collagen


  • Mencantikkan kulit
  • Menjadikan kulit lebih licin dan cerah
  • Awet muda
  • Anti-oksidan
  • menguatkan sistem imun
  • Mencegah demam dan selsema
  • Menyembuhkan batuk dan mengurangkan kahak
  • Baik untuk ibu hamil
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Jentayu Bird Nest Collagen
  • Sarang Burung
  • Perisa sarang burung (penstabil)
  • Gula batu
  • Buah bidara
  • Kolagen ikan
  • Goji beri
  • Longan

Banyak lagi khasiat lain yang terdapat dalam setiap botol produk Jentayu ni. Selain cantik, ianya membuatkan korang rasa lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari. Kedua-dua produk ni sesuai diamalkan untuk kanak-kanak 3 tahun keatas, lelaki, wanita dan warga emas. Pendek kata, sesiapa sahaja yang berumur 3 tahun keatas boleh amalkan.



Secara peribadi, AJ suka rasa kedua-duanya. Macam AJ cakap tadi Jentayu Bird Nest mengandungi ginseng. Selalu bila ade ginseng rasa mesti agak pahit. Tapi produk ni ada sikit bitter taste tu, tapi tak kuat hujung-hujung lidah je rasa dia. Kalau Jentayu Bird Nest Collagen pulak, dia manis-manis buah macam korang tengah minum lai chi kang. Paling best, isi dalam dia banyak, puaslah mengunyah sambil minum tu. Hihihi..




Korang boleh minum terus ataupun sejukkan dulu dalam peti ais. Lepas tu perlu dihabiskan dalam masa 24 jam bila dah dibuka. Tapi percayalah, takde mana sampai 24 jam je. 1 jam pun tak sampai, mesti habis! Hahahahahhahaha. 

Bagi korang yang masih ragu-ragu dengan status produk dari Jentayu Beauty Care, jangan risau sebab Jentayu Bird Nest dan Jentayu Bird Nest Collagen ni ada pengesahan dan mendapat kelulusan dari HACCP, GMP Certified, Veterinary Inspected dan disahkan Halal oleh JAKIM.



Harga pasaran :
Jentayu Bird Nest : RM 18/1set (3 botol) - percuma beg kosmetik
Jentayu Bird Nest Collagen : RM 11/botol


Kalau korang berminat nak dapatkan kedua-dua produk ni ataupun sebarang info lanjut, boleh hubungi :

Facebook : Jentayu birdnest HQ
Instagram : @jentayubirdnest
Tel : 0342883122
Whatsapp : 01121823532 / 0133276593

P/s : Agak-agak kalau AJ jadi agen, ada yang nak beli tak?

2 ulasan

  1. AJ..beli secara online je ke?kalau COD tak ada ke?

    BalasPadam
  2. Jadi agent la dik..senang akak nak beli...akak pun nak cantik dan awet muda gak

    BalasPadam