Kafe Kleptokrat @ Jalan Tun H S Lee, Klasik dan Unik!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kafe Kleptokrat @ Jalan Tun H S Lee, Klasik dan Unik! - Cari kafe yang menarik kat Kuala Lumpur? Apa kata korang ke Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan Tun H S Lee. Landmark dia berhampiran dengan Menara Maybank KL, Muzium Telekom dan betul belakang Hotel Arenaa Star. Kalau naik kenderaan awam, korang boleh turun kat stesen Masjid Jamek dan berjalan kaki sikit ke blok sebelah.



Masa sampai je AJ teruja tengok kafe ni tau. Bertempat dalam bangunan lama yang telah dibina sejak tahun 1920 membuatkan ianya nampak klasik dan unik. Tu baru dari luar tau!

Tapi yang lagi unik kalau ke Kafe Kleptokrat, korang kena masuk ikut pintu belakang tau! Jalan nak ke pintu belakang tu pulak bakal membuatkan korang leka, sebab banyak port yang instagramable untuk bergambar!


Seperti biasa, nak masuk kafe kenalah patuh SOP. Lepas tu korang boleh naik ke tingkat atas untuk rasai lebih keunikan. Kat situ ada sebuah almari antik, menariknya almari tu bukan sekadar almari tapi almari tu adalah pintu masuk ke kafe! Wahhhhhhh.... Kitorang semua terpegun gila kat situ weh!


Melangkah masuk ke kafe pulak buat korang macam berada di zaman P.Ramlee gitu dengan himpunan pelbagai koleksi pelbagai barang antik. Macam AJ cakap tadi, bangunan ni dibina pada tahun 1920 kan. Jadi Kafe Kleptokrat memilih untuk mengekalkan struktur asal dalaman bangunan. Sebab tu awal-awal AJ cakap kafe ni klasik!


Tak puas rasanya nak bergambar dalam kafe, abis semua ceruk AJ pose sampai terlupa nak order makan. Hahahahahha.... Korang tengok gambar je pun dah boleh bayangkan macam mana suasana dalam kafe kan? Mesti tak sabar nak datang kan kan kan?

Dari segi makanan pulak, AJ boleh cakap semuanya sedap! Kat sini hidangan yang paling special pada AJ ialah seleksi pizza. Kenapa? Kafe Kleptokrat punya signature ialah homemade sourdough. Rasa dia memang A kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Doh dia rasa sangat lembut dan ranggup dalam masa yang sama. Topping pizza pulak memang dari bahan yang segar. Cendawan pun gebu-gebu!


Selain tu, AJ cuba rice bowl Chicken Teriyaki and Sweet Union Kafe Kleptokrat. Yang ni boleh tahan sedap, portion pun besar. AJ share 2 orang pun kenyang.


Kat Kafe Kleptokrat juga menghidangkan pelbagai jenis menu lain seperti salad, burger dan kek sebagai pencuci mulut.


Menu minuman pun tak kurang hebat, AJ cuba Dancing on The Floor yang menggabungkan mint, lemon, lychee dan lime. Segar terus rasa bila sedut salah satu signature drinks Kafe Kleptokrat tau!


Dari sekarang sehingga 15 Ogos 2020, Kafe Kleptokrat menawarkan diskaun 20% pada setiap pelanggan yang menjamu selera disini. Kalau korang nak ekstra lagi 10% pastikan korang bergambar di hadapan kafe dan post dimana-mana laman sosial korang, make sure ianya public dan tunjuk pada staff kafe semasa membuat pesanan okay!



Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar KL Sentral business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Bukit Damansara dan Bukit Tunku, Kafe Kleptokrat ada menyediakan khidmat delivery secara PERCUMA!

Korang cuma perlu Whatsapp +6019 222 0262 untuk tempahan. Best kan? Kalau malas nak keluar makan, order je dari Kafe Kleptokrat.


Nak ke Kafe Kleptokrat? Maklumat lanjut kat bawah ni :
Alamat : Kafe Kleptokrat, 18 Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin hingga Sabtu (10 pagi - 4 petang)



email signature

3 ulasan

  1. Kafe klasik + cuisine sumptious with ornaments... memang sangat menarik. Harga berbaloi tak?

    BalasPadam
  2. nice images and nice blog. kuala-lumpur place so good for Tourism.thanks for share your thoughts.

    tirenavi.jp

    BalasPadam
  3. hai nk tanya situ senang tak nak parking?

    BalasPadam