Blogger templates

Rabu, 17 November 2021

Faith Fleur | Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kegatalan Kulit Kepala

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Faith Fleur | Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kegatalan Kulit Kepala - Siapa cakap wanita bertudung tak perlu jaga rambut? Tak kiralah korang free hair atau bertudung, penjagaan rambut perlu dititik beratkan. Sebab tu la orang kata rambut ni mahkota wanita. Sejak kakak bertudung ni kan, rambut kakak gugur teruk dan kulit kepala selalu gatal. Kadang tu sampai luka kulit kepala. Auch! Macam-macam cara dah kakak guna untuk atasi masalah ni dari tradisional dan moden, tapi ianya kerap berulang.

Baru ni kakak ternampak iklan produk Faith Fleur by CTYMARY dan tergerak hati nak cuba. Kakak amik Primadona set yang ada 3 jenis iaitu syampu, perapi dan serum rambut. Korang mesti familiar dengan produk ni yang dutanya Erra Fazira tu. Sebelum cuba, kakak banyak buat carian dan baca testimoni pengguna lain. Alhamdulillah, banyak yang positif, so kakak berani la nak cuba. Lagipun produk ni tiada PARABEN dan SLES!


Faith Fleur Hair Loss Shampoo

Bahan utama yang terdapat dalam syampu ini ialah :

PEG-40 Hydrogenated Castor Oil·       Bahan pewangi.

·       Membantu air bercampur dengan minyak, supaya dapat membuang minyak dan kekotoran di rambut

Citric Acid·       Melembutkan rambut.

·       Menjadikan rambut bersinar.

Cocamide DEA·       Agent penghasilan buih
Sodium Chloride·       Agent pemekat syampu untuk memudahkan syampu dibilas
Polyquaternium-39·       Menguatkan rambut
Glycerin·       Memberi dan mengekalkan kelembapan rambut
Dipropylene Glycol·       Agent pengawal kelikatan
Aminomodified silicone·       Mengurangkan kehilangan kelembapan dari dalam rambut

·       Membuat rambut anda licin dan kurang kusut

Polyether Copoymer·       Mengawal konsistensi syampu
PEG-7 Glycerin Cocoate·       Memberikan kelembutan kepada rambut
Cocamidopropyl Betaine·       Menghilangkan kotoran, minyak dan silicon pada permukaan rambut
Tri-SodiumN. N-1·       Ejen pengstabilan pH
2-Ethanediylbis-L-aspartate·       Ejen pelembap rambut
Cocoamphocarboxyglycinate·       Membenarkan syampu memberikan

·       kelembapan kepada rambut tanpa iritasi

Styrene Acrylates Copolymer·       Memberikan kilauan kepada rambut
Polydimethylisilaxone·       Mengelakkan kehilangan kelembapan daripada rambut
Dimenthicone·       Melembabkan rambut.

·       Menghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepala bersisik.

TEA-dodecylbenzenesulfonate·       Meningkatkan kebolehan syampu untuk membasahkan rambut

Masa mula-mula guna syampu ni kakak tertarik dengan bau dia, tak terlalu kuat dan lembut. Lepas tu buih pun banyak, korang tak payah guna terlalu banyak syampu sebab teksturnya agak pekat dan tak terlalu cair. Bila korang syampu tu, kulit kepala rasa berangin je. Best! 

Cara pengunaan mudah je, basahkan rambut dan urutkan lembut syampu pada kulit kepala dan rambut selama 3 - 5 minit. Kalau kakak kan, suka syampu dengan edge finger brush tu. Takdelah kuku tercakar kulit kepala.

Kelebihan Faith Fleur Hair Loss Shampoo

  • Mencuci minyak dan kotoran.
  • Membersihkan liang rambut.
  • Mengharumkan rambut.
  • Mengurangkan rambut gugur.
  • Menjadikan rambut lebih subur.

Faith Fleur Hair Loss Conditioner

Bahan utama yang terdapat dalam perapi ini ialah :

Mineral Oil·       Membersihkan rambut.

·       Mengurangkan masalah rambut putus.

·       Menyediakan persekitaran ideal untuk pertumbuhan rambut.

Demithicone·       Menjadikan rambut bersinar dan lembut
Behentrimonium Chloride·       Ejen pelembap rambut
Caprylic-Capric Triglyceride·       Menghalang kehilangan kelembapan rambut
Citrid Acid·       Melembutkan rambut.

·       Menjadikan rambut bersinar

Glycerin·       Memberikan dan mengekalkan

·       kelembapan rambut

PEG-40/PPG-8 Methylaminoproply·       Pewangi
Hydrophyl dimenthiconne Copolemer·       Memberikan kelembutan kepada rambut
Polyquaternium-10·       Memberikan kelembapan kepada rambut
Dipropylene Glycol·       Menyerap dan menjaga kelembapan

·       Mengurangkan pertumbuhan bakteria

Ceteryl Alcohol·       Melembutkan rambut
Cetrimonium chloride·       Ejen pelembap rambut

Perapi rambut Faith Fleur pulak, sangat bagus dalam melembutkan rambut. Korang tak payah nak guna banyak-banyak pun dah cukup untuk melembabkan rambut. Bau dia pun tak terlalu kuat dan tekstur dia juga agak pekat macam syampu tadi.


Cara penggunaan pun sama, korang cuma perlu urutkan lembut pada rambut selama 2-3 minit dan bilas bersih. Masa bilas pun tak lama, sebab dia tak melekit pada rambut. Sesetengah perapi ni kakak tak suka sangat sebab dah bilas berkali-kali pun  masih ada rasa macam perapi tu tak tanggal lagi.

Kelebihan Faith Fleur Hair Loss Conditioner

  • Membantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut.
  • Mengurangkan kerosakan rambut.
  • Mengelakkan masalah rambut gugur.
  • Mengembalikan minyak semulajadi.

Faith Fleur Hair Serum

Bahan utama yang terdapat dalam serum ini ialah :

Olive Oil·       Merangsang pertumbuhan rambut.

·       Mencegah keguguran rambut.

·       Mencegah hujung rambut bercabang.

·       Anti Kelemumur.

·       Menjadikan rambut lebih bersinar.

Grape Seed Oil·       Kaya dengan Vitamin E
·       Menguatkan setiap helaian rambut dari akar.
·       Melembab dan merapikan rambut.
·       Mencegah kelemumur dan keguguran rambut.
Vitamin E·       Merangsang pertumbuhan rambut.
·       Mengurangkan keguguran rambut.
·       Memperbaiki rambut bercabang.
·       Menjadikan rambut lebih bersinar.
Castor Oil·       Merangsang pertumbuhan rambut.
·       Mencegah kerosakan dan rambut bercabang.
·       Merawat keguguran rambut
·       Merawat kelemumur.

Serum ni best sangat, wangi dan tak melekit! Bila urutkan pada rambut terasa rambut jadi lebih lembut, mudah diuruskan dan anti-frizz. Setiap kali bukak tudung lepas seharian kat luar pun rambut tak kepam dan masih berbau wangi.


Kakak selalu picitkan sedikit serum dan urut lembut pada rambut yang separa basah. Lepas tu korang boleh stailkan rambut seperti biasa.

Kelebihan Faith Fleur Hair Serum
  • Menjadikan rambut lebih lembut
  • Menjadikan rambut lebih terurus
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Melembutkan rambut dari akar.

Hasil lepas menggunakan produk Faith Fleur?

Rambut kakak lebih lembut, kadar keguguran rambut pun berkurangan. Kalau sebelum ni, sekali tarik je mau segenggam dia punya gugur. Kulit kepala kakak pun dah tak gatal walaupun kadang-kadang kakak sarung tudung dengan rambut yang masih lembab. Yelah, bila dah lambat tu, takde mana nak hair dryer kan rambut dulu. Lepas tu kan, rambut tak kepam okay!

Nah kakak sertakan sekali beberapa testimoni pengguna Faith Fleur.




So korang kena cuba sendiri produk Faith Fleur ni tau, mesti tak menyesal. Nak tau lebih lanjut mengenai produk boleh layari :

Instagram : @faithfleurhq
Facebook : Faith Fleur HQ



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan