Program Berkat Korban 2022 bersama AEON | Dari Masjid ke Pusat Beli Belah

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Program Berkat Korban 2022 bersama AEON | Dari Masjid ke Pusat Beli Belah | AEON CO. (M) BHD. (AEON) kembali lagi dengan Program Berkat Korban 2022 seperti yang telah dijalankan pada tahun lalu. Program ini dilaksanakan bertujuan bagi memudahkan umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban pada tahun ini.



Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.

Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”

(Riwayat al-Hakim).

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:

Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.


Berkat Korban 2022 bersama AEON


Tahun ini merupakan tahun ketiga program Berkat Korban dijalankan lantaran sambutan yang diterima pada tahun sebelumnya sangat menggalakkan. Bagi Berkat Korban 2022  pihak AEON telah berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.



Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, 


“Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,”


“AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,”


Program Berkat Korban 2022 ini akan dilaksanakan di cawangan AEON, AEON Big dan MaxValu seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalankan ibadah korban, korang boleh mengunjungi mana-mana cawangan AEON berhampiran.


 Dua Kategori Haiwan Korban dan Harga Berkat Korban 2022



Terdapat dua kategori haiwan korban dalam Program Berkat Korban 2022 ini iaitu lembu dan kambing.


  • Lembu

Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian dan harga yang telah ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880.


  • Kambing

Harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200.




Harga yang ditawarkan ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. AEON juga mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program Berkat Korban 2022.


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022



Pada tahun ini, AEON juga telah memperkenalkan seorang figura yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022.

 

“Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.”





Cara membuat tempahan Berkat Korban 2022 dan proses pengagihan daging korban


Kalau korang berhajat untuk menyertai Berkat Korban 2022, korang boleh membuat tempahan dengan  mengunjungi kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh terus menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816 ataupun secara dalam talian di : http://www.myberkatkorban.com.my/.



Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 5 Julai 2022. Korang masih ada masa lagi untuk berbuat demikian okay.


Bagi proses pengagihan daging korban pula, korang boleh pilih untuk membahagikan agihan secara peribadi kepada sesiapa ataupun mana-mana pihak yang korang nak beri ataupun serahkan sepenuhnya kepada pihak AEON untuk urusan pengagihan. Kalau nak agihkan sendiri, korang kena pick-up daging tersebut di mana-mana cawangan AEON pilihan korang pada tarikh yang akan diberikan kelak.



Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.



Alhamdulillah, inisiatif yang diambil ni memang usaha yang baik dan sangat memudahkan mereka yang berhajat nak buat korban, tapi kurang mahir mengenai cara-cara korban. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kakak pun nak jalani ibadah korban ni suatu masa nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.


Untuk maklumat lanjut :

Website: www.aeongroupmalaysia.com

Facebook: www.facebook/aeonretail.com/ | www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/ | www.instagram.com/myaeonbig/






Tiada ulasan