Butik Chenta Lunar Menawarkan Konsep “Celestial In Style” Untuk Raya

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Butik Chenta Lunar Menawarkan Konsep “Celestial In Style” Untuk Raya | Arini kakak nak bawak korang shopping raya lagi! Kali ni kat Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Landmark dia senang je, terletak bersebelahan PKNS Biz Point atau nak lagi senang betul-betul belakang Jakel yang terbakar aritu. Koleksi raya Butuk Chenta Lunar pada kali ini berkonsepkan “Celestial In Style” yang membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa up to date dan tak lapuk dek zaman.



Kat Butik Chenta Lunar ni banyak sangat pilihan yang menarik dan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Ada baju kurung moden, kebaya, dress dan sebagainya. 




Lepas tu kan, pilihan baju raya kanak-kanak pun banyak sangat! Semua comel-comel tau! Geram kakak tengok, nasib baik belum ada anak lagi, kalau tak abis semua baju budak kakak ko memborong oi! Hahahahaha.



Selain baju raya wanita dan kanak-kanak, Butik Chenta Lunar juga ada menawarkan baju kasual dan juga kurta eksklusif untuk cik abang korang juga. Kadang-kadang ada juga yang selesa beraya dengan baju-baju yang kasual macam blouse semua kan? So jangan risau, kat sini semuanya ada!


Promosi Hari Raya

 

Bersempena hari raya yang bakal menjelang tiba, Butik Chenta Lunar melancarkan konsep baju raya ibu dan anak dengan harga yang mampu milik iaitu RM150 kebawah bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 yang lalu. Mak-mak yang nak berjimat tu bolehlah berkunjung ke Butik Chenta Lunar dan rebut peluang mendapatkan baju raya berkonsepkan Mother Daughter Type ni. Sekarang kan memang trend ibu anak berdondon-dondon gitu. lepas tu senang, korang boleh cari di bawah satu bumbung je!






Selain tu kan, korang boleh mendapatkan perkhidmatan on the spot request tau. Apa tu? Haaaa, kalau korang nak tampil sedikit glamour, korang boleh request untuk tambah manik, lace dan sebagainya kat baju raya yang korang beli tau! Best kan? Selalu korang cuma boleh buat ni kalau tempah baju je, tapi Butik Chenta Lunar ni special, boleh request lagi! Lain daripada yang lain dengan butik sedia ada yang lain tau.





So tunggu apa lagi? Jom kita shopping kat Butik Chenta Lunar. Banyak sangat pilihan baju raya untuk sekeluarga kat sini. Sampai rambang mata la kakak ko ni haaa. Hehehehehe.




Kalau korang buat pembelian bernilai RM150, boleh dapatkan sampul raya eksklusif Chenta Lunar juga tau!


Info lanjut :


Butik Chenta Lunar
65, Jalan Plumbum P/7P,
Seksyen 7, Shah Alam
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 7 malam (Isnin tutup)

Tel : 019-7542705

 

#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung

Tiada ulasan