Hi-Tea Bersama Amy Mastura dan MotoGene



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Hi-Tea bersama Amy Mastura dan MotoGene | Jumaat, 27 September yang lepas kakak sempat menghadiri majlis hi-tea yang diadakan di Sky Dining, Ativo Suites Bandar Sri Damansara. Majlis ini telah dihadiri oleh pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd, Amy Mastura dan beberapa orang blogger termasuk kakak.




Amy Mastura sebagai duta rasmi BetAging, MotoGene


Majlis ini sangat eksklusif dimana selain minum petang dan beramah-mesra, pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Amy Mastura sebagai duta rasmi BetAging, MotoGene. Kalau nak tau, Kak Amy dah hampir 3 tahun menjadi pengguna produk BetAging tau. Patutlah Kak Amy sentiasa nampak muda remaja!




Morimoto Formulas Sdn Bhd


Syarikat Morimoto Formulas Sdn Bhd atau dikenali secara komersil sebagai MotoGene telah diasaskan pada tahun 2020 selepas lebih 15 tahun menyelia ujian klinikal untuk syarikat farmaseutikal global utama. Morimoto Formulas Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memberikan tumpuan kepada pembangunan produk suplemen kesihatan. Pada Mei 2022, mereka telah melancarkan produk pertama dibawah jenama MotoGene. Sehingga kini, mereka menawarkan produk-produk kesihatan terbaik antaranya BetAging, BetVision dan BetMuscle serta dua lagi produk yang akan datang.


Menurut Mr. Nick Ng, CEO Morimoto Formulas Sdn Bhd, 

"Pencegahan awal adalah kunci kepada kehidupan yang panjang dan sihat."


Morimoto Formulas Sdn Bhd bukan hanya menumpukan kepada pengeluaran produk yang berkesan tetapi mereka juga memastikan setiap produk keluaran mereka termasuk dibawah jenama MotoGene selamat untuk diamalkan. Setiap produk akan melalui proses analisis dan ujian klinikal yang ketat bagi mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna.


Selain itu, mereka juga memastikan produk yang dihasilkan juga tidak menggunakan bahan pengawet serta menggunakan bahan semulajadi yang terbaik serta selamat untuk dikonsum.


Perkongsian dari Amy Mastura


Pada majlis ini, Kak Amy Mastura sendiri telah berkongsi pengalaman peribadi setelah menggunakan produk BetAging, MotoGene selama hampir 3 tahun ni. Yang paling ketara selain wajah kekal awet muda, rambut pun dah tak beruban! Memang produk ni terbukti mampu membantu melambatkan kesan penuaan.




Kita ni orang perempuan mestilah nak sentiasa nampak muda remaja. Jadi, pengambilan produk suplemen yang tepat boleh membantu kita tau! Kakak sendiri pun dah tak lama nak mencecah 40 tahun, memang dari sekarang la kena amalkan suplemen tambahan.


Menurut Kak Amy lagi, produk ni bukan je membantu melambatkan penuaan tapi ianya juga membuatkan badan jadi lebih bertenaga dari dalaman dan luaran. Alhamdulillah. Kak Amy memang nampak sangat energetik okay sepanjang acara hi-tea ni. Serius dah rasa macam sebaya je aritu. Heheheh.




Produk keluaran Morimoto Formulas Sdn Bhd


Sejak Mei 2022, pihak Morimoto Formulas Sdn Bhd telah mengeluarkan beberapa suplemen kesihatan anti-penuaan antaranya :


BetAging



Produk yang diamalkan oleh Kak Amy ni dirumus khas untuk membantu melambatkan penuaan dan memberikan tenaga dan tahan kecergasan fizikal dan mental.


BetVision



Produk khas untuk penjagaan mata dan anti-penuaan. Tak dinafikan semakin tua, tahap penglihatan pun akan semakin menurun. Jadi, produk BetVision ni dirumus khas bagi melindungi dan meningkatkan tahap kesihatan mata dan mencegah masalah penglihatan.


BetMuscle


Produk ini dirumus khas bagi menjaga dan menguatkan otot. BetMuscle juga dapat membantu mencegah Sarcopenia iaitu pengecutan dan masalah lemah otot-otot akibat penuaan.


MotoGene juga ada keluarkan 2 produk terbaru antaranya ShiroMoto dan TacoMoto. Kakak sendiri pun dah mula mengamalkan ShiroMoto tau. Yeayyyy! Tak sabar nak tengok hasilnya pada diri sendiri.




So, kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Morimoto Formulas Sdn Bhd dan jenama MotoGene layari :

Instagram : motogene_my
Facebook : MotoGene Malaysia

Tiada ulasan