ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
AFY Haniff : 20 Tahun Melakar Sejarah Bersama Serai Wangi SWiPEL | Korang penah dengar tak jenama AFY Haniff? AFY Haniff ni bukanlah satu jenama asing yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Yunus bin M. Haniff bersama anak-anak, sejak tahun 2006. Dah 20 tahun jenama ni kukuh berada dalam pasaran tau. Tahun ni juga merupakan ulangtahun ke-20 AFY Haniff. Tahniah AFY Haniff! Semoga terus maju jaya.
Bermula dengan produk pertama penghalau serangga Serai Wangi di rumah kedai Telok Mas, Melaka, AFY Haniff kini telah melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, dan Thailand, dengan memiliki beberapa jenama sendiri seperti SWiPEL, D'menc dan PLASH. Kesemua produk ini dihasilkan di bawah syarikat AFY Haniff sendiri dan memegang status whitelist JAKIM, GMP, ISO dan HACCP. So korang tak perlu was-was nak gunakan produk ni sebab dijamin HALAL dan selamat!
Kelebihan Produk SWiPEL atau Serai Wangi Insect Repellent
Sejak-sejak dah jadi isteri dan ibu ni kan, kakak memang dah jadi pengguna setia produk SWiPEL atau Serai Wangi Insect Repellent dari AFY Haniff. Nak pulak dengan cuaca panas macam ni, memang kakak lagi kerap gunakan produk ni sebab serangga macam semut dan lipas lagi banyak membiak. Jadi nak menghalau serangga-serangga ni kakak lebih yakin gunakan SWiPEL dari jenama lain sebab confirm selamat. Kalau brand lain tu, kakak tak pasti kandungan dia. Ada anak kecik ni, lagi la kena lebih cakna dengan kandungan produk yang kita guna. Anak tengah fasa nak eksplore ni, bahan yang beracun memang sangat tak sesuai untuk digunakan kat rumah.
SWiPEL ni pulak pengunaan dia bukan setakat boleh halau serangga je, nak guna untuk cuci peti ais, microwave, atas dapur semua takde masalah. Dia memang multi-purpose dan memudahkan urusan seharian kakak. Patutlah dari dulu ramai yang suka guna produk 100% serai wangi AFY Haniff ni! Senang rupanya keje mak-mak ni yeee. 😂
Lepas tu pulak bila kita ni membela kucing faham-faham je la kan, so nak pastikan rumah ni sentiasa berbau segar kakak gunakan SWiPEL untuk mop lantai juga. Bau segar serai wangi tu memang tahan lama dan buatkan lantai rumah lebih bersih.
SWiPEL ni ada 2 jenis tau, dalam botol spray dan botol berpenutup tu. So kalau nak buat kerja-kerja bersih dapur, halau serangga tu korang boleh la guna yang spray. Nak spray celah-celah laci simpanan, bawah-bawah meja tu semua spray je. Yang botol berpenutup tu pulak untuk buat mop lantai, cuci bilik air semua. Eh pendek kata, senang la bila ada AFY Haniff kat rumah ni. Korang beli je dedua botol, abis cerita! Kalau dah habis, pek refillable pun ada. Korang topup je dalam botol produk AFY Haniff sedia ada.
Pewangi Fabrik D'menc
Lagi 1 produk AFY Haniff yang kakak suka ialah pewangi fabrik D'menc. Yang ni kakak selalu guna spray kat sofa, langsir, bantal, tilam dan sebagainya. Produk ni ada teknologi anti-bakteria yang mampu menghapuskan 99.9% bakteria dan boleh menyerap bau-bau yang kurang enak. Ada pelbagai variasi bau yang boleh korang pilih tau. Semuanya segar-segar! Yang bestnya D’menc ni ia pewangi fabric halal pertama di Malaysia. Boleh la sembur dekat sejadah dan telekung untuk dibawa solat. Yakin dan selamat!
Plash Anti Bacterial Handwash
Selain tu AFY Haniff juga ada keluarkan produk sabun pencuci tangan, kalau korang cari produk pembersih yang lembut dan tak keringkan kulit, boleh cuba Plash ni. Plash ni best sebab baunya memang wangi! Macam perfume!
AWAS Produk Tiruan! Pastikan ORI baru beli!
Bila jenama dah kukuh, memang akan wujud produk-produk tiruan yang lebih kurang sama dengan produk ori kan? Jadi korang kena pastikan korang dapatkan produk SWiPEL yang betul sebab kita dah tau kualiti dan tahap keselamatan produk serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk tu sendiri. Kalau korang terbeli produk tiruan, tak tau la cara penghasilan dan bahan yang digunakan tu betul-betul selamat atau tidak. Produk tiruan ni memang nampak sebiji sama kalau korang tak perhatikan betul-betul. Tapi, bila dah guna korang tau la perbezaan dia. Bau pun tak tahan lama tau, lepas tu dia pun macam melekit sikit. Kakak tau la, sebab kakak penah tersalah beli 😅
Kalau korang belum penah cuba produk-produk keluaran AFY Haniff, korang boleh dapatkan produk ni di mana-mana pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia seperti Mydin, Lotus's, AEON, AEON Big, Econsave, Family Store, Jaya Grocer dan banyak lagi! Ingat baca label betul-betul dan beli produk yang betul okay!
Info lanjut :
Laman Web : https://www.afyhaniff.comTiktok : afyhaniff.hqInstagram : @afyhaniffShopee : AFY Haniff Official Store
SWiPEL - Penghalau Serangga Semulajadi
#AFYHaniff20Tahun #SWIPEL #Original #TolakTiruan #SeraiWangi #BersihTanpaSerangga #halal #lokal #insectrepellent













Tiada ulasan